Sekeping foto mesra sedang mengucup kepala seorang wanita, pelakon Isa Khan meluahkan isi hati dengan menyifatkan kekasih hatinya seorang wanita yang sangat sempurna.
Malah, dia mempatrikan janji untuk menjadikannya sebagai wanita paling bahagia di dunia.
“Sayang, kamu tlah muncul dalam hidup aku pada saat aku ga punya siapapun. Kamu tlah memberi segala arti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.
“Kamu tlah menerima dan mempercayakan aku walaupun banyak manusia jahat coba untuk meracuni pikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku,” tulis Isa.
Jelasnya walaupun hubungan ini terjalin dengan pantas, namun dia percaya inilah jodoh yang ditentukan tuhan.
“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku berasa udah sangat kenal sama kamu. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang.
“Aku janji sama kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini. Aku akan menjaga kamu, melindungi kamu, menyayangi kamu sepenuh hati dan sepanjang hidup aku.
Ads
“Aku cuman mau kamu tahu bahwa kamu adalah hal yang terindah dan kamu adalah bagian terbesar dalam hidup aku sekarang. InsyaAllah.. Tuhan tlah kirim kamu ke dalam hidup aku sebagai jodoh aku. Terima kasih karna tlah mencintai aku dengan setulus hati kamu, aku ga akan kecewakan kamu,” jelasnya.
Memberi bayangan kata-kata ‘counting days’, lelaki berusia 26 tahun ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut akan maksud penyatuan seperti yang ditulis.
“Kepada sahabat” media, minta maaf aku belum bisa kasih apa” penyataan untuk sekarang. Minta doa dari kalian moga semuanya di permudahkan buat aku dan dia. Assalamualaikum.
Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.
Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit.
Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya.
“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.
“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja.
Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu.
Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.
“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay.
“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH.
“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.
“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.
Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi.
Awal hari ini, penyanyi dan usahawan, Datin Alyah ada berkongsi surah al-Fatihah menerusi entri terkininya di Instagram bersempena dengan hari jadi suaminya, tahun ini.
Tulis penyanyi Meluruh itu, hanya doa yang mampu dihadiahkan sambil menyatakan ingantan buat suami yang tak pernah putus.
“Hanya doa yg mampu saya hadiahkan. Dan doa saya tidak pernah putus buat kamu.
”Selamat ulang tahun Dato Hj Ramli bin Hj Muhammad Salleh,” tulisnya.
Lalu di ruangan komen, para peminat turut memberikan ucapan serta dedikasi sama buat pengarah muzik terkenal itu.
Malah tak kurang yang berdoa agar rumah tangga mereka aman harmoni selamanya.
Ramli dan Alyah mendirikan rumah tangga secara sekitar Mac 2013 secara tertutup di Indonesia dan ia hanya dapat dihidu media kira-kira lebih setahun selepas itu.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nadya Syahera menyifatkan fasa perkahwinan bukanlah suatu yang mudah seperti disangka.
Malah, jelasnya lagi di Instagram, diri pernah berdepan situasi sukar dan hampir putus asa.
Namun, bintang ini memasang niat di dalam hati untuk mencapai kebahagiaan.
“Keluarga kecilku. Perjalanan utk jadi sebuah keluarga bukannya mudah. Banyak jatuh bangun berendam air mata jugak.
“Hampir pernah rasa putus asa tapi balik pada hati dan nawaitu yang awalnya hanya ingin ‘BAHAGIA’.
“Datanglah ujian, dugaan, cubaan yg kadang sampai rasa tak mampu nak tanggung tapi sebabkan nawaitu dan izin Allah,
insyaAllah akan ku teruskan cita dan nawaitu itu sehingga akhir hayatku. Ameen,” tulisnya sambil mengharapkan agar mereka di luar sana juga turut mencapai bahagia.
Nadya yang bakal muncul menerusi drama Satukan Rasa, sebelum ini pernah berdepan dengan konflik rumah tangga bersama suaminya, Fizul Nawi.
Bagaimanapun, bahtera perkahwinan pasangan yang kini dikurniakan dua cahaya mata ini kembali mekar apabila masing-masing cuba memberi yang terhadap terhadap satu sama lain.
Keduanya diijabkabulkan pada Fizul pada 25 September 2015.
Pelakon Syazani Zikry Zainul Hakim kini sah bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Sofiah Abu Bakar, selepas selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di The Square, A-Park, Puchong, pagi tadi.