Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan Peluang Kedua ini turut memuat naik satu rakaman video berserta beberapa keping foto momen ketika sedang menerima vaksin tersebut.
Mencuri perhatian, Nabila juga dilihat memeluk patung haiwan Dinasour ketika mengambil vaksin tersebut.
Pada masa sama, penyanyi berusia 29 tahun ini memberitahu proses pengambilan vaksin tersebut telah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah.. Bella bersama Baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaccine Covid19 di Universiti Malaya tadi.
“Kejap je process dia. Tak sakit pun Semua staff frontliner baik2. Thank you so much korang!,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji gelagat bintang drama bersiri Kebaya Kasut Kanvas itu.
“Kene cucuk pun kene ade bear eh so cute,” tulis seorang warganet.
“Well done bella look so cute,” puji seorang peminat yang lain.
“Alaaa. Manjanya bella. Cute jak,” tulis lagi seorang peminat.
Foto: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Saya Alami Hanya Kecil Sahaja,” – Banyak Belajar Dari Anak-Anak Autisme, Awi Rafael Sudah Sedia Berumah Tangga
Penyanyi dan komposer, Awi Rafael menyifatkan dirinya ketika ini sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan seandainya dia ditakdirkan untuk bertemu jodoh dalam masa yang terdekat.
Bagaimanapun, Awi menjelaskan buat masa ini, dia hanya memberikan sepenuh fokusnya terhadap kerjaya bersama syarikat rakaman dan juga kerja-kerja amalnya bersama anak-anak autisme.
Malah, Awi turut berharap agar orang-orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Jalan kehidupan saya sama juga seperti orang lain. Setiap orang ada pengalaman mereka masing-masing. Allah dah takdirkan kisah saya.
“Yang paling penting saya percaya dengan perancangan Allah dan sekiranya selepas ini ditakdirkan saya bertemu jodoh, saya akan buat yang terbaik.
“Cuma setakat ini, saya memang fokus pada Newsantara dan platform muzik bagi anak-anak autisme khususnya.
“Anda yang di luar sana tolong doakan saya semoga saya dapat bertemu dengan seorang wanita yang dapat menerima saya seperti di dalam lagu yang saya cipta ini,” katanya kepada MH.
Bintang asal Singapura itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Jangan Lupakan Aku hasil kolaborasi bersama pelakon, Julia Farhana Marin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Awi turut menafikan faktor umur menjadi sebab utama mengapa dia memilih untuk mempercepatkan proses berkahwin andai dia bertemu jodoh selepas ini.
“Ini bukan soal umur kalau ikutkan saya, sewaktu saya berumur 21 tahun pun saya nak terus kahwin dan tak perlu nak jalani proses bertunang ni.
“Tapi ada kalanya kita harus mengikut kehendak orang lain. Bagaimanapun, ketika ini saya amat yakin dengan usia saya yang dah pun mencecah 34 tahun.
“Keadaan pun dah semakin stabil dan saya rasa sekarang merupakan masa yang terbaik.
“Saya berharap yang saya dapat berjumpa dengan satu jiwa yang sama-sama dapat mengubah kehidupan orang lain dan kehidupan kami sendiri,” katanya lagi.
Ujar Awi lagi, sepanjang bekerjasama bersama anak-anak autisme, dia telah mempelajari banyak perkara sehingga dia merasakan apa yang dilaluinya ketika ini amat kecil jika ingin dibanding dengan mereka.
“Sepanjang saya bekerjasama dengan anak-anak autisme ini, mereka mengajar saya sesuatu.
“Apa yang kita lalui dan apa yang saya alami hanya kecil sahaja berbanding dengan seorang anak yang ada apraxia of speech. Mereka tak autism tapi tak boleh berbual.
“Apa yang mereka lalui lagi penting daripada apa yang saya alami,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Awi ketika ini sedang menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi National Autism Resource Centre (NARC) milik universiti itu bagi membantu menghasilkan sukatan pelajaran untuk mengajar anak-anak autism.
Sebelum ini, Awi atau nama lengkapnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon, Atikah Suhaime pada tanggal 17 Mac 2018.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Keguguran Rafidah Ibrahim ‘Update’ Keadaan Terkini – “Semalam Genap 2 Minggu Pantang…”
Selepas dua minggu mengalami keguguran, penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih buat suami Shahzemir Shahzulkarib yang banyak membantu sepanjang tempoh pantang.
Rafidah atau sinonim disapa Fida memuat naik foto serta perkembangan dirinya menerusi satu hantaran terkini di Instagram.
“Alhamdulillah terima kasih En Suami yang menjaga saya sepanjang berpantang walaupun ini pengalaman baru buat kami berdua.
“Banyak perkara yang kami tak tau dan sedang belajar. Syukur ke hadrat Ilahi yang mendatangkan orang sekeliling yang banyak membantu dan memberi nasihat serta tips kepada kami,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih atas doa ramai.
“Semalam genap 2 minggu dan InsyaAllah saya masih meneruskan pantang dalam beberapa perkara. Terima kasih tak terhingga atas nasihat daripada keluarga, para sahabat, para media, para pengikut saya dan semua yg tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat kami.
“Hanya Allah yg dapat membalas jasa kalian. Semoga kalian dirahmati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. *gambar kedua tu antara lauk / supplement tambahan sepanjang saya berpantang,” tulisnya panjang lebar.
Untuk rekod, Rafidah, 37, sah bergelar isteri dengan bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37 pada 5 Mei lalu.
Pada 14 November lalu, Rafidah memaklumkan telah mengalami keguguran cahaya mata sulungnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur Alhamdulillah, Mummy Dah Diijabkabul 17.8.2019,” – Ibu Yasmin Hani Selamat Bernikah, Tahniah!
Pelakon dan pengacara Yasmin Hani meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan ibunya, Kamariah Ismail dengan jejaka pilihan, Abu Bakar Mahmud berjalan lancar, Sabtu lalu.
Kongsi bintang filem Duyung ini, dia mahu melihat ibunya gembira dengan pasangan baru dan mahu mereka mencari keserasaian sebagai pelengkap hidup antara satu sama lain.
“Syukur Alhamdulillah my Mummy dah diijabkabul smalam 17.8.2019 di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram . From wanting a super small do, terlebih sikit plak.
“Semuanya sebab anak2 mummy ni teringin nak tengok mummy dia bersanding. Tapi mummy taknak bersanding. Maka, kita tweak sikit.. Lol.
“Hey not many of us get to see our mum or dad sanding OK. In my case still tak sanding. Tapi naik pentas jugak laaa. Sangat happy dengan majlis yang kecil dan alhamdulillah mudah urusan kami smalam,” tulisnya.
Malah, Yasmin mendoakan agar hubungan yang dibina ini kekal selamanya hingga akhir hayat.
“Moga mummy dan Abah ‘uncle Burn’, dapat mencari keserasian, persefahaman, kasih sayang dan menjadi pelengkap hidup antara satu sama lain.
“Moga Allah pimpin, melindungi, beri Kesihatan dan umur yang panjang lagi untuk mereka menikmati perkahwinan baru ini.
“Kami anak beranak mohon maaf sekiranya tak dapat menjemput semua untuk hadir kerana kami ingin kan majlis yang kecil-kecilan sahaja seperti permintaan pasangan mempelai, ewah mempelai.
“Please doakan kebahagiaan, Kesihatan dan kesejahteraan mereka. Abu Bakar Mahmud dan Kamariah Ismail,”kongsi Yasmin.
View this post on InstagramA post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on
Lalu, di ruangan komen rata-rata turut mendoakan kebahagiaan mereka berdua, disamping memuji kecantikan Yasmin manis berhijab.
Difahamkan, majlis tersebut diadakan di Masjid Ar-Ridhuan Pekan Jeram, Selangor yang dihadiri ahli keluarga dan saudara terdekat.
Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019
Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019
Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019
Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019
Posted by Yasmin Hani on Sunday, 18 August 2019
Foto : Instagram/ Facebook Yasmin Hani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI