Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengejutkan ramai pihak setelah memuat naik video kolaborasi bersama selebriti Tik Tok terkenal dunia, Bayashi.
Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit dan Bayashi dilihat sama-sama memasak menu popular Malaysia, nasi goreng.
Jelas Ustaz Ebit, mereka juga akan menyerahkan nasi goreng berkenaan buat para gelandangan di Tokyo, Jepun.
Paling mencuri tumpuan apabila Ustaz Ebit turut mengajar Bayashi perkataan Malayu iaitu ‘Sangat Sedap’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya selain turut berharap agar Ustaz Ebit dapat berkolaborasi dengan lebih ramai pempengaruh terkenal dunia selepas ini.
Ads
“Sulit untuk dipercayai tapi sudah di depan mata.
“Kolaborasi yang kita tak minta tapi kita perlukan.
“Lepas ni kolaborasi bersama Mr. Beast pula Ustaz.
Ads
“Kami rakyat Malaysia pun terkejut. Kolaborasi yang tak disangka-sangka. Collab of the year.
“Selalu tengok Bayashi ni. Tak sangka pula collab dengan Ustaz pual,” antara komen-komen netizen.
Ads
Terdahulu, Bayashi merupakan pempengaruh asal Jepun yang terkenal dengan video-video masakan yang menyelerakan
Sehingga kini, Bayashi memiliki jumlah pengikut seramai 48 juta di aplikasi Tik Tok.
Malah, video bersama Ustaz Ebit ini juga telah meraih lebih 3.7 juta tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah pergolakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana masih belum berkesudahan selepas suaminya, pengarah kontroversi, Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai pada 18 April lalu.
Memasuki hari kedua bulan Mei, aktres itu mengharapkan agar bulan ini dapat memberikan lebih kebahagiaan dan senyuman buat dirinya.
Berkongsikan baris-baris rangkap ayat di InstaStory, Puteri Sarah, 38, mengulang siar (repost) entri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Penyambut Senja.
“Mei harus bahagia, Mei lebih bahagia, Mei full senyum, MEI HARUS BAHAGIA!” kongsi Puteri Sarah.
Susulan keengganan Syamsul melafazkan talak, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga pasangan pelakon ini mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwakil walikan bapa Ira, pelakon Kazar Saisi.
Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu kerana tidak sanggup hidup bermadu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat… Eh!,” seloroh Watie pada ruangan kapsyen disusuli hashtag #sabarituindah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut tumpang gembira sekaligus menitipkan ucapan tahniah kerana bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, wanita berusia 35 tahun ini juga turut berkongsi sijil kursus yang telah dijalani.
Imbas kembali, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda, bulan lalu.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Bintang itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui keputusannya untuk mengahwini Watie Hanifiah, 35, adalah untuk kebaikan keempat-empat anaknya.
Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, dia lebih memilih perkara yang mampu membahagiakan anak-anaknya buat masa ini.
Dengan kemampuan dimiliki, Shuib berharap perkahwinan tersebut akan berjalan lancar dan mengikut seperti yang telah direncanakan.
“Perkahwinan ini berbalik kepada niat. Saya niat untuk anak-anak dan keluarga saya sebab untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa bukanlah mudah.
“Saya tahu tugas sebagai seorang bapa ini berat dan anak-anak saya masih kecil. Perkara ini tidak mudah bagi saya. Saya memilih untuk anak, kalau saya pilih diri sendiri, saya akan (terus) membujang.
“Saya ada tanggungjawab yang besar sebab arwah (Siti Sarah Raisudin) mahu saya membesarkan anak-anak dengan cara dan jalan paling baik. Saya perlukan seseorang untuk ada bersama-sama saya,” katanya kepada MH.
Shuib ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Indigital Music dan FYP Media, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar pada Selasa.
Dalam masa sama, Shuib menjelaskan, dia sudah memikirkan segala kemungkinan termasuk memahamkan anak-anaknya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Watie.
“Walaupun anak-anak saya masih kecil, tapi mereka cepat dewasa. Setiap perkara yang saya mahu lakukan saya akan berbincang dengan keluarga dan anak-anak juga. Setiap keputusan, saya akan tanya mereka.
“Sudah pasti saya ada fahamkan anak-anak dan perkara ini adalah proses. Pertama kali saya ada berkawan dengan seseorang, saya beritahu mereka. Proses itu lama sampailah saya berani cakap yang saya mahu berkahwin.
“Disebabkan itu saya cakap perbincangan itu ada. Setiap kali ada perkara penting saya akan beritahu mereka. Walaupun saya tidak tahu sedalam mana mereka faham, saya tetap akan beritahu,” katanya.
Shuib berkata, dia tetap perlu mendapatkan persetujuan daripada semua anaknya sebelum benar-benar tekad untuk berkahwin lagi.
“Alhamdulillah segala perkara negatif dan positif saya fikirkan sampailah keempat-empatnya positif.
“Seingat saya anak terakhir yang diberitahu adalah Uwais sebab dia sudah berusia 12 tahun dan makin dewasa.
Uwais anak terakhir saya tunggu untuk dia persetujuan. Sampailah dia bersetuju barulah saya kata ini adalah masanya,” katanya.
Terdahulu, Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie apabila mendedahkan mereka memilih 23 Jun depan untuk bernikah.
Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman keluarga Watie di Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.
Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.