Pelakon, Tasha Shilla berkongsi detik istimewa cintanya yang sedang mekar menerusi sebuah klip video antaranya dengan suami, Muhammad Atiq Idris.
Setiap detik digambarkan dengan penuh keindahan dan bagaimana wanita ini bersedia sepenuhnya untuk dimiliki dan menanti bakal imam untuk memimpin tangannya.
Malah, Tasha turut bermonolog bahawa cinta sejati, dalam kita sibuk mencari, sebenarnya ada yang dekat sedang memerhati.
Menerusi perkongsian itu, rata-rata pengikutnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada September 2015 dan dikurniakan dua orang anak, Imran Iskandar, 4, dan Ilham Iskandar, 1 tahun.
Foto : Instagram Raja Farah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkenang saat peristiwa diganggu dipercayai entiti mistik sewaktu melalukan pendakian di Gunung Irau, Cameron Highland tidak lama dulu, Catriona Ross jujur akui pada mulanya, dia tidak mahu mempercayai perkara melibatkan mistik.
Bagaimanana pun, selepas melaluinya sendiri, dia akur ‘benda’ itu wujud di sekeliling kita.
“Sebenarnya saya pun tidak mahu percaya perkara mistik dan hanya fikirkan ia kisah mistik orang-orang Melayu sahaja. Namun apabila saya mendaki Gunung Irau pada 2018, sesuatu telah berlaku kepada kami.
“Kami sekumpulan ada 15 orang dan apabila kami sudah tiba di puncak pada pukul 4.00 petang, hujan turun dengan lebat. Kami terpaksa berehat sebentar di atas.
“Namun kami terpaksa juga turun kerana hari semakin gelap walaupun hujan masih lebat dan suhu sangat sejuk. Kami tidak kenal jalan untuk turun dan asyik melalui jalan yang sama. Kami asyik lalu jalan yang berpaya lebih tiga kali.
“Namun kami semua diam sebab tahu ada sesuatu yang tidak kena, dan tidak sepatutnya berkata apa-apa yang tidak patut. Kami dinasihatkan untuk terus berjalan dan membaca doa dan ayat suci Al-Quran,” jelasnya.
Jelas pelakon jelita itu, peristiwa tersebut menjadi pengajaran buatnya.
“Kami faham apabila masuk kawasan orang, ‘mereka’ yang mahu bergurau dengan kita. Kesimpulannya ia memang wujud.
“Waktu itu mungkin nasib kami malang namun saya anggap ia satu perkenalan yang bagus kerana sebelum ini saya kurang percaya dan tidak pernah kena,” katanya lagi.
Catriona bercerita ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 oleh Rico Rinaldi di GMCV, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Rico Rinaldi melancarkan tiga koleksi busana raya, Summer Basic, Summeraya Ramadan dan Summeraya 2020 sempena sambutan lebaran yang bakal tiba.
Genap setahun menyulam cinta sebagai pasangan suami isteri, ulas Instafamous Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie, meski belum dikurniakan rezeki anak, namun dia bersyukur mendapat suami yang baik dan penyayang.
Kongsinya lagi, buat wanita yang senasib dengannya, bersyukur dengan rezeki yang Allah tentukan dan teruskan berdoa.
“Kadang2 rezeki anak tu dtang lambat tapi rezeki lain yang dtang .dikurniakan suami yang baik dan penyayang pun rezeki juga, better dpat rezeki anak lambat daripada dpat suami yang suka buat hal.
“Ada sstengah orang rezeki anak dtang cpat tapi belom apa2 suami buat prngai ..so siapa yang masih belom dikurniakan anak ,brsyukur la slalu sbb suami anda baik dan trima kkurangan anda ..honeymoon ja dlu dngn suami
“Keep doa dn keep usaha okey .moga kita smua dikurniakan anak cpat2 amin.
“Btw bru harini ada masa spend time brdua mandi kolam dkat @lacristahotel melaka ..haih takyah g mana2 pun .becuti dlam hotel pun dh ada mcm2 and slesa guys,” tulisnya.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.