Jika sebelum ini Sufian Suhaimi telah menafikan kononnya sudah putus tunang bersama Elfira Loy kerana masih tidak menerima cincin dari pihak Elfira, semalam ayah kepada Elfira telah mengakhiri dan sekaligus menemukan titik noktah buat pasangan ini.

Menurut laporan Berita Harian Online, bapa kepada pelakon ini telah berjaya memulangkan cincin pertunangan mengikut adat di kediaman milik Sufian di Muar, Johor.

Cincin Selamat Tiba, Kata-Kata Ayah Elfira Sungguh Mendalam, sedih!

IKLAN

Menurutnya sewaktu menghantar cincin tersebut, Sufian tiada di rumah dan bapanya itu ditemani oleh lapan ahli keluarga dan sanak saudara bertemu bapa dan bapa saudara Sufian 5.30 petang semalam.

IKLAN

“Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

 

“Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu,” katanya.

Cincin Selamat Tiba, Kata-Kata Ayah Elfira Sungguh Mendalam, sedih!

IKLAN

Bapa Elfira turut akui keluarganya dan keluarga Sufian turut terluka serta menanggung malu setelah semuanya tidak jadi tetapi mereka reda dengan ketentuan qada dan qadar yang telah ditentukan.

“Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh.

 

“Sebagai orang Islam dan Melayu kita menerima ketentuan qada dan qadar ini… Kita merancang, Tuhan tentukan.

 

“Malah, lebih baik dan afdal selepas ini kita tutup saja hal ini tanpa perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian termasuk sidang media yang boleh menyinggung perasaan.

 

“Saya ada menghantar mesej kepada Elfira sekembalinya dia dari New York, Amerika Syarikat (AS), malam tadi. Saya harap dia kuat dengan dugaan ini.

 

“Saya harus puji Sufian kerana mesej yang dihantarnya, semalam cukup bagus. Dia beritahu keluarganya sudah maklumkan hal penyerahan cincin. Dia juga minta maaf atas khilaf diri selain meminta halalkan makan dan minum,” katanya lagi.

SUMBER : Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI