Pelakon meningkat naik, Fify Azmi menzahirkan rasa kecewa selepas mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa penipuan pembantu peribadinya sendiri.

Menurut Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, dia sendiri tidak menyangka pembantu peribadinya itu akan bertindak sedemikian walaupun telah dilayan dengan baik selama ini.

“Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan… “Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

“Kak Nora, saya sangat kecewa dengan awak. Saya tak sangka dia boleh buat saya macam ni. Selama ini saya layan awak dengan baik. Gaji dan segala yang dia perlukan saya bagi.

“Kerja dengan saya sangat mudah. Saya bukan diva yang akan suruh buat itu ini atau ambil itu ini. Tapi dia sendiri kena tahu tanggungjawab seorang PA.

“Awak kata awak dah berpuluh tahun kerja dalam industri tapi bila buat perangai macam ni, memang tak masuk akal. Saya sangat kecewa,” katanya.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Wira itu menerusi sesi siaran langsung yang dikongsikan di laman Instagram.

IKLAN

“Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan… “Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan… “Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan…

Dedah Fify lagi, selain membuat perjanjian tanpa pengetahuan dirinya, pembantunya itu juga telah mengambil duit tiga kali duit bayarannya.

“Saya nak hubungi awak pun, awak buat saya macam budak-budak. Awak ingat saya bodoh. Saya berlembut selama ni tak bermakna awak pijak kepala saya.

“Cara awak memang salah. Sampai hati kerja belakang-belakang ni. Awak deal senyap-senyap. Awak tak boleh buat macam ni. Memang salah. Bukan dalam kontrak pun.

IKLAN

“Kalau setakat RM5,000 saya boleh tutup mata tapi awak dan ambil bayaran saya 3 kali. Bukti semua ada. Bank statements pun ada. Memang kantoi busuk. Memang masuk dalam akaun awak tapi kenapa cakap duit tu tak dapat?,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 ini juga mendedahkan dirinya juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini.

“Takpelah mungkin bukan rezeki saya. Apapun, sesiapa sahaja yang pernah kerja dengan Kak Nora ni, hati-hatilah. Saya halalkan makan minum awak tapi jangan buat macam ni lah dengan orang lain.

“Saya dah buat laporan polis. Saya akan berjumpa dengn inspektor polis di Bukit Aman. Saya tak nak tahu dah kalau duit saya hilang tapi tolong jangan buat macam ni lagi.

IKLAN

“Saya reda. Saya kerja siang malam. Sampai waktu untuk diri sendiri pun takda. Awak tak tahu saya macam mana. Kalau saya tak suka seseorang itu, jumpa pun saya tak nak,” akhirinya.

“Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan… “Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan… “Cara Awak Memang Salah, Sampai Hati Kerja Belakang-Belakang Ni,” – Fify Azmy Lapor Polis Susulan…

Sehingga kini, video pendedahan tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu jumlah tontonan.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar individu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fify Azmi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI