Penampilan isteri kepada hos dan pelawak, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub sekali lagi mengundang perhatian warganet apabila dilihat tampil mengenakan hijab kebelakangan ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 32, ada memuat naik beberapa foto serta video terkininya dengan menggayakan tudung secara sopan menerusi akaun kendalian dia dan suami, @nabilzira.
Satu video TikTok yang dirakamkan bersama anak sulungnya, Naira Mikayla yang dikongsi di Instagram turut menarik perhatian.
“Sekali sekala, advance Mika! Dia tahu apa yang tengah in,” tulis Zira.
Menerusi perkongsian itu, Zira kelihatan ayu mengenakan tudung selendang putih sambil membuat mimik muka comel bersama anaknya.
Sementara menerusi satu foto lain yang dirakam bersama suami pula, rata-ratanya menyambut baik imej Zira dan ramai yang memuji akan penampilannya yang sedemikian.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan bahagia harmoni bersama tiga orang anak iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.
Foto: Instagram Nabil Zira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mahu Jaga Kakak Terlebih Dahulu” – Chacha Maembong Enggan Ulas Isu Berbikini Di Bali
Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas lanjut mengenai video kontroversi miripnya yang didakwa hanya berbikini di Bali, Indonesia bersama teman-teman baru-baru ini.
Chacha,23, menambah dia tidak mahu isu yang berlaku mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakak, Emma Maembong yang dimasukkan ke hospital kerana diserang demam panas dan jangkitan kuman.
“Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital.
“Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.
“Saya memang tak boleh, minta maaf… tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang,” katanya.
Beberapa hari lalu tular beberapa potongan video yang dipercayai telah dimuatnaik menerusi Instastories yang seterusnya viral di media sosial.
Penularan video-video tersebut sekaligus mencetuskan reaksi kurang senang netizen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Bersedia Sebab Fikir Diri Ini Kotor,” – Alif Muhaimin Cerita Tunai Umrah, Lupa Niat Depan Kaabah Sebab…
Baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah umrah, pelakon Alif Muhaimin mengakui pengalaman sewaktu berada di Tanah Suci cukup sukar dilupakan.
Walaupun ragu-ragu pada mulanya, namun dia mahu memulakan kehidupan baru.
“Seminggu sebelum pergi umrah, saya takut sebab orang kata kalau salah niat, mungkin akan berlaku macam-macam. Masa itu saya tidak bersedia sebab fikir diri ini kotor, namun apabila tiba di Madinah, tempatnya sejuk, ternampak pula Masjid Nabawi yang sangat besar dan orang-orang di sana baik, saya rasa meriah dan gembira.
Pengalaman yang seronok dan macam tidak mahu pulang.
“Sejujurnya saya merasakan diri seorang yang banyak dosa dan hina. Bial berdoa saya rasa sebak sebab terasa dekat dengan Allah.
“Saya pula menunaikan umrah dengan ibu dan kakak, selepas berdoa dan peluk mereka, terasa sebak,” jelasnya kepada MH.
Sewaktu tiba di Mekah dan melihat Kaabah buat pertama kali di depan mata, jelas Hero Remaja 2017 ini, segala kehidupannya terimbau kembali di depan mata.
“Apabila ternampak Kaabah, saya terus imbas kembali segala yang dilakukan sebelum ini dan jadi kaget sehinggakan niat menunaikan umrah dan tawaf semua saya lupa,” jelasnya jujur.
Sedar akan trend yang menjadikan ibadah umrah sebagai ‘percutian’ tahunan bagi segelintir pihak, pelakon berusia 26 tahun ini menegaskan, ia terletak pada niat masing-masing.
“Bagi saya itu terletak di tangan mereka. Apabila membuat umrah, apa yang penting ialah selepas pulang daripada umrah.
“Namun jika masih mengekalkan sikap yang sama, bagi saya tiada guna.
“Selepas pulang daripada mengerjakan umrah, sepatutnya kita ubah sikap tidak elok secara perlahan-lahan,” ulasnya menyentuh isu terbabit.
Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru dan sedang aktif menjalankan perniagaan online.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Elemen Pelancongan Membabitkan Kanak-Kanak Juga Perlu Dipertingkatkan,” – MOTAC Optimis, Boleh Jana Hingga RM77 Bilion Pada 2025
Menjelang tahun 2035, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) optimis bahawa penjanaan pendapatan pelancongan antarabangsa boleh mencecah antara RM47 hingga RM77 bilion menerusi kemasukan seramai 16 hingga 22 juta pelancong antarabangsa.
Malah pada tahun ini sahaja, kerajaan menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong dari luar negara dengan pendapatan sebanyak RM8.6 bilion, menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Tambahnya lagi, sejak sempadan negara mula dibuka, minggu pertama mencatatkan kemasukan pelancong ialah seramai 252,000 orang.
“Kita masih memantau angka kemasukan pelancong dan tidak mustahil apabila negara seperti China dan Jepun sudah membenarkan penduduknya keluar, kita akan mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong itu nanti.
“Di MOTAC, kita sentiasa mendidik orang ramai bahawa Malaysia adalah negara yang selamat kerana kita sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) malah boleh dikatakan negara kita lebih bersih berbanding sebelum pandemik.
“Ini kerana SOP yang dilakukan, sanitasi setiap tempat dengan kerap, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih lagi diamalkan hingga kini,” katanya.
Beliau ditemui ketika merasmikan Kempen Pelancaran Perjalanan Selamat Kanak-kanak Oleh Ola Oli, Ahad lalu.
Objektif kempen itu adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah dengan memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat.
Turut hadir pada majlis sama ialah Pengasas Ola Oli dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Zain Mat Taha.
Nancy berkata, dalam masa yang sama, kerjasama oleh beberapa agensi untuk menggerakkan sektor pelancongan juga amat digalakkan.
“Elemen pelancongan membabitkan kanak-kanak juga perlu dipertingkatkan, justeru saya turut menggalakkan setiap ibu bapa mendapatkan vaksinasi kepada mereka.
“Selain itu, umpamanya makanan tambahan juga penting untuk menggalakkan imunisasi kanak-kanak dengan produk buatan tempatan yang berkualiti tinggi dan pastinya berdaftar.
“Kempen ini dilihat mampu menyuburkan semula budaya ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ yang amat diperlukan pada masa ini, agar aktiviti pelancongan Keluarga Malaysia, dapat dilakukan dengan selamat dan terkawal,” katanya.
Sementara itu, Dr Shasa berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.
“Objektif kami memperkenalkan Perjalanan Selamat Kanak-kanak adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.
“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.
Sementara itu, Penyanyi, Haiza yang turut hadir memberikan sokongan menyambut baik langkah yang proaktif yang diambil pihak terlibat di dalam memastikan keselamatan kanak-kanak terus diutamakan meski negara kini sedang berada dalam fasa peralihan endemik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI