Penampilan isteri kepada hos dan pelawak, Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub sekali lagi mengundang perhatian warganet apabila dilihat tampil mengenakan hijab kebelakangan ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 32, ada memuat naik beberapa foto serta video terkininya dengan menggayakan tudung secara sopan menerusi akaun kendalian dia dan suami, @nabilzira.

Satu video TikTok yang dirakamkan bersama anak sulungnya, Naira Mikayla yang dikongsi di Instagram turut menarik perhatian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

IKLAN

“Sekali sekala, advance Mika! Dia tahu apa yang tengah in,” tulis Zira.

Menerusi perkongsian itu, Zira kelihatan ayu mengenakan tudung selendang putih sambil membuat mimik muka comel bersama anaknya.

IKLAN

Sementara menerusi satu foto lain yang dirakam bersama suami pula, rata-ratanya menyambut baik imej Zira dan ramai yang memuji akan penampilannya yang sedemikian.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

“Cantik Benar Wife Bertudung,” – Isteri Tampil Berhijab, Instagram Nabil Ahmad & Zira Dihujani Doa Positif, Ramai Yang Suka “Cantik Benar Wife Bertudung,” – Isteri Tampil Berhijab, Instagram Nabil Ahmad & Zira Dihujani Doa Positif, Ramai Yang Suka “Cantik Benar Wife Bertudung,” – Isteri Tampil Berhijab, Instagram Nabil Ahmad & Zira Dihujani Doa Positif, Ramai Yang Suka
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2011 dan bahagia harmoni bersama tiga orang anak iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

Foto: Instagram Nabil Zira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI