Baru sahaja pulang daripada menunaikan ibadah umrah, pelakon Alif Muhaimin mengakui pengalaman sewaktu berada di Tanah Suci cukup sukar dilupakan.

Walaupun ragu-ragu pada mulanya, namun dia mahu memulakan kehidupan baru.

“Seminggu sebelum pergi umrah, saya takut sebab orang kata kalau salah niat, mungkin akan berlaku macam-macam. Masa itu saya tidak bersedia sebab fikir diri ini kotor, namun apabila tiba di Madinah, tempatnya sejuk, ternampak pula Masjid Nabawi yang sangat besar dan orang-orang di sana baik, saya rasa meriah dan gembira.

Pengalaman yang seronok dan macam tidak mahu pulang.

“Sejujurnya saya merasakan diri seorang yang banyak dosa dan hina. Bial berdoa saya rasa sebak sebab terasa dekat dengan Allah.

IKLAN

“Saya pula menunaikan umrah dengan ibu dan kakak, selepas berdoa dan peluk mereka, terasa sebak,” jelasnya kepada MH.

Sewaktu tiba di Mekah dan melihat Kaabah buat pertama kali di depan mata, jelas Hero Remaja 2017 ini, segala kehidupannya terimbau kembali di depan mata.

IKLAN

“Apabila ternampak Kaabah, saya terus imbas kembali segala yang dilakukan sebelum ini dan jadi kaget sehinggakan niat menunaikan umrah dan tawaf semua saya lupa,” jelasnya jujur.

Sedar akan trend yang menjadikan ibadah umrah sebagai ‘percutian’ tahunan bagi segelintir pihak, pelakon berusia 26 tahun ini menegaskan, ia terletak pada niat masing-masing.

IKLAN

“Bagi saya itu terletak di tangan mereka. Apabila membuat umrah, apa yang penting ialah selepas pulang daripada umrah.

“Namun jika masih mengekalkan sikap yang sama, bagi saya tiada guna.

“Selepas pulang daripada mengerjakan umrah, sepatutnya kita ubah sikap tidak elok secara perlahan-lahan,” ulasnya menyentuh isu terbabit.

Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru dan sedang aktif menjalankan perniagaan online.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI