Jenama tudung terkenal, Ariani menyerahkan sumbangan tabung bencana RM30,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada program Ariani Hijab Run yang diadakan di hadapan House of Ariani Kuala Lumpur.
Pengarah Pemasaran Ariani Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip berkata, sumbangan itu sebahagian daripada usaha pihaknya dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.
“Ini sebagai tanggungjawab sosial korporat Ariani. Memahami betapa runcingnya bencana yang sering melanda negara terutama pada hujung tahun, sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memberi sokongan kepada komuniti di saat memerlukan.
“Ia juga untuk menyokong usaha penuh BSMM yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa bencana dan misi bantuan kemanusiaan.
“Saya bersyukur atas kejayaan program ini dan mengucapkan terima kasih kepada komuniti serta pelanggan setia kami. Saya berharapagar acara larian seperti ini dapat menjadi tradisi bagi Ariani dalam mendorong gaya hidup sihat dalam kalangan wanita di negara kita,” katanya.
Sumbangan itu diserahkan kepada Setiausaha Kehormat Kebangsaan BSMM, Hakim Hamzah oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Faroz Mohamed Jakel.
Ads
Mengenai Ariani Hijab Run 2023, ia adalah penganjuran kali kedua selepas tujuh tahun sejak edisi pertamanya pada 2016.
Acara itu mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 3,200 peserta, yang majoritinya adalah wanita dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Menariknya, larian ‘Fun Run’ sejauh 3.5 kilometer (km) dan 6km itu turut disertai tiga selebriti yang juga duta Ariani iaitu Datin Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad.
Bella berkata, acara kali ini tidak hanya tertumpu pada larian semata-mata.
Ads
“Ariani Hijab Run juga diserikan dengan karnival mini yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan permainan khusus untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga, seperti menangkap ikan, yang menjadi daya tarikan bagi ibu bapa membawa anak-anak mereka.
“Suasana di perkarangan House of Ariani meriah dengan siri aktiviti yang dijalankan, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai gerai jualan makanan dan minuman, menambahkan lagi keceriaan acara,” katanya.
Pada masa sama, Ariani turut memperkenalkan koleksi pakaian sukan dan tudung terbaharu di bawah label Ariani Fit, khusus untuk wanita moden Muslimah yang dilancarkan pada 3 Disember lalu.
Ariani Hijab Run 2023 turut mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai jenama ternama termasuk Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), KPJ Ampang Puteri, POKKA, Daia, Habib, Gleneagles Hospital, Move Fitness, Good Virtues Co, Chomel, Bonda Haven, Kina Cosmetics, dan Fazs Faozi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kecoh mengenai manisan berbentuk alat sulit yang dimuat naik di Instagram Story beberapa rakan artis yang hadir pada majlis Bachelorette Party Nelydia Senrose baru-baru ini di kalangan netizen hingga menimbulkan reaksi yang pelbagai, rakan baiknya Nadiyah Shahab tampil memberikan reaksi.
Menerusi laporan Harian Metro, isteri pelakon pelakon dan usahawan, Ben Ali itu menegaskan Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan bachelorette party yang dianjurkan.
“Nelydia tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ‘Bachelorette Party’ itu. Dia tidak patut dipersalahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Nadiyah yang turut berada di majlis terbabit turut memberitahu, manisan yang itu disediakan pihak katering yang sekadar memenuhi tema acara.
“Makanan yang dihidangkan pada malam itu disediakan oleh pihak katering yang mengikut tema majlis iaitu ‘Pyjamas Bachelorette Party Nelydia Senrose’.
“Ketika memuat naik gambar manisan tersebut di Instagram, saya tidak fikir apa-apa dan tidak menganggap ia menjijikkan. Niat saya hanya mahu berkongsi gambar makanan yang ada pada majlis itu.
“Saya tidak faham kenapa orang perlu mengecam sedangkan ramai saja yang buat manisan sebegitu untuk suka-suka. Lagipun, bukan kami buat perkara tidak baik sepanjang majlis berlangsung,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Nadiyah turut mahu menjelaskan dia tidak mahu ada yang anggap majlis yang dilangsungkan itu sebagai parti liar.
“Niat kami baik iaitu mahu memberi kejutan kepada Nelydia yang bakal menamatkan zaman bujang. Kami mahu menghargainya kerana dia wanita yang penyayang.
“Tiada lelaki dalam majlis itu dan semuanya wanita yang terdiri daripada kenalan rapat dan adik-beradik Nelydia.
“Ia hanyalah pertemuan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Nelydia yang bakal menempuh alam rumah tangga tidak lama lagi.
“Malah, majoriti yang hadir memuat naik video dan gambar aktiviti yang berlangsung sepanjang acara itu. Kami habiskan masa menghiburkan Nelydia dengan persembahan dan menonton video istimewa yang dibuat khas untuknya,” akhirinya.
Foto: Instagram Nadiyah Shahab, Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan Liana rosli atau mesra disapa Kak KM yang sentiasa memuat naik video sensasi bagi mempromosikan produknya.
Terbaru, Liana ada menasihati kaum wanita khususnya yang berada dalam pantang supaya sentiasa menjaga kesihatan luaran dan dalaman.
“Kak Km tengok rata2 org sekarang ni dalam pantang rambut dah lepas, siap pergi blow, Tak boleh! Kau kena tarik setegangnya supaya urat mata tu naik..
“Bunyi macam garang tapi itu adalah kebaikan engkau juga..
“Aku mesti share benda ni.. Engkau mesti beli set pantang yg ada pilis.. Benda letak kat dahi. Mesti pakai kain batik, stoking.. Sentiasa bau rempah, bukan perfume untuk attract laki kau nak main.
“Tak boleh! Bagitahu laki kau yang kau dalam pantang sekarang dan kena respek,” kata Liana tegas.
Lalu, netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan anak pelakon senior, Normah Damanhuri.
Terdahulu, Liana telah mendapat kecaman hebat apabila dia turut serta menari tarian yang mengghairahkan ketika majlis perkahwinan adiknya, Ahya Rosli pada Ahad.
Video : IG Liana Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang juga juara program Gegar Vaganza (GV) musim ketiga, Azharina Azhar terpanggil untuk menganjurkan sebuah konsert amal secara dalam talian pada 23 Oktober depan.
Konsert Amal Unplugged Azharina & Friends yang bakal berlangsung selama dua jam terbitan syarikat Azharina Entertainment itu turut mendapat kerjasama daripada Azharina Angels, Kacang Network danPertubuhan Kebajikan Persaudaranman Elit Jaz Malaysia (ECJ Cares).
Menurut Azharina yang lebih 20 tahun terlibat dalam dunia nyanyian, dia berasakan sudah tiba masa untuknya memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat terutama yang sedang bergelut dan memerlukan bantuan.
“Konsert ini bertujuan membantu mangsa banjir di Sabah khususnya di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, Sabah.
“Di samping itu, sumbangan ikhlas yang diterima menerusi penganjuran konsert ini juga akan disalurkan 100 peratus kepada mereka yang terjejas kerana pandemik.
“Tak banyak, sedikit pertolongan kita ini mampu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.
Bintang yang sinonim menerusi lagu Elergi Sepi ini juha menambah, dia berharap agar konsert berkenaan mampu menjadi titik tolak permulaan yang baik untuk semua.
“Terutamanya untuk industri hiburan selepas hampir dua tahun terjejas dengan pandemik. Begitu juga dengan kerjaya seni saya sendiri,” katanya lagi.
Azharina bakal berkongsi pentas bersama barisan artis lain seperti Ayu Damit, Lan Solo, Syura, Dia Fadila, Bob Yusof, Fanzi Ruji, Kozae, Santiana, Rosario, Dabre Sia, Yunk G, Nadeem dan Vicha Barbie.
“Saya bakal menyanyikan lagu sendiri dan penyanyi lain. Malah akan berduet dengan artis lain juga. Secara keseluruhan ada sekitar 16 lagu untuk tempoh dua jam itu,” katanya menerusi tiket konsert yang dijual pada harga RM25 itu.
“Konsert ini akan dipancarkan menerusi aplikasi Zoom kepada pembeli tiket. Malah pembeli tiket konsert ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
“Mereka juga layak membuat undian mengenai lagu apa yang bakal saya nyanyikan pada konsert itu nanti. Kita hanya jual 1000 tiket saja, berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya.
Sebarang informasi mengenai konsert tersebut boleh merujuk kepada akaun media sosial Azharina Azhar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...