Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan Fajarsyah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang tidak sensitif dengan derita yang ditanggung kumpulan tersebut.
Segalanya bermula selepas ada pihak mencadangkan Ifan supaya mengahwini balu-balu anggota kumpulan yang turut terkoban bersama isterinya dalam tragedi Tsunami di Selat Sunda Disember lalu.
Menurut Ifan, Allah menganugerahkan setiap manusi akal agar mampu berfikir dan hati untuk kita mampu merasa.
Ifan seventeen disuruh nikahin istri istri temennya yang udah meninggal karena tsunami waktu itu, dan responnya…..HE SNAPPED.?? pic.twitter.com/LlzSTtZe57
“Allah menganugerahi kita otak agar bisa berpikir, dan hati agar kita bisa merasa. Anda jelas tidak punya dua-duanya,” tulis Ifan.
Kenyataan tersebut di buat oleh Ifan di laman Insyagram selepas dia berkongsi tentang lagu Kemarin yang didedikasikan khas buat isterinya, Dylan Sahara.
Difahamkan lagu tersebut kini telah meraih 20 juta tontonan di laman You Tube.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Ifan suapaya bersabar selain turut mengecam tindakkan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Ads
Sebagai manusia, kita sepatutnya lebih sensitif terhadap perasaan orang lain lebih-lebih ketika baru kehilangan orang tersayang.
Semoga Ifan dan isteri anggota kumpulan yang lain terus diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan berat ini.
Sumber: Instagram Ifan Seventeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Melihat klip video yang dikongsikan Datin Anne Ngasri di laman Instagramnya, terbayang kembali suatu trend yang pernah popular dulu.
“Tiap hari sayang” zaman Fair & Lovely dulu hehe ada yang ingat tak? Haha ramai tak yang buat jadi ikutan?
“Dulu zaman cinta monyet dekat sekolah kerap juga buat ni dekat pasangan. Kadang buat dekat kekawan lelaki tapi campak dekat lantai lepas tuh pijak2 . Haha. Korang alami benda yang sama tak?” tulisnya di ruangan kapsyen.
A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official) on
Perkongsian ini turut membuat netizen mengimbau kembali kenangan apabila sering melakukan gaya yang sama kepada pasangan masing-masing.
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cili Padi ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada Disember 2012.
Pasangan tersebut dikurniakan dua anak, Sufi, 5, dan Nefa Naura, tiga bulan.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.
Foto – Instagram Anne Ngasri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ada memuat naik video di Instagrammya baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan detik pelancaran beliau ke angkasa lepas 12 tahun lalu.
Menariknya, Muszaphar telah berkongsi pengalamannya sepanjang berada di angkasa.
“Saya masih ada beribu rakaman yg tak ditunjukkan dlm simpanan saya..
“Saya telah dilancarkan dari Baikonaur, Kazakhstan iaitu lokasi yang strategik dan terbaik. Tawau, Sabah merupakan lokasi paling strategik untuk melancarkan roket di Malaysia pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11,” tulisnya.
“Mak saya menangis dan hilang berat badan sebanyak 10 kg sepanjang saya berada di angkasa..
“Arwah ayah saya pula menggigil melihat pelancaran saya daripada Bilik Kawalan. Al-fatihah kepadanya yang memberikan saya galakkan dan kekuatan mental dalam hidup.”
“Saya telah bersedia dari segi fizikal, mental, dan psikologi. Kami telah dilatih oleh orang Rusia dengan baik untuk mengurangkan ketakutan setiap masa. Ketakutan saya hanya pada Allah,” tulis Muszaphar lagi.
Menariknya, Muszapahar mendedahkan bahawa impiannya untuk ke angkasa sejak dibangku sekolah lagi.
“Ini merupakan impian saya sejak berusia 10 tahun dan Alhamdulillah saya telah mencapai impian saya.
“Ibu telah memberikan saya al-Quran kecil untuk keselamatan dan sentiasa mengingatkan saya untuk membacanya di angkasa,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Muszapahar merasakan bahawa ia adalah satu pengalaman yang mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
“Ini merupakan perjalanan yang sangat hebat kerana merasakan seperti 4G dan letupan daripada roket tapi saya benar-benar fokus pada ketika itu.
“Saya boleh melihat daripada tingkap kecil, kami meninggalkan bumi dan merasakan seperti mahu mati.”
Meski sudah 12 tahun berlalu,namun detik manis itu sentiasa segar dalam ingatannya.
“Saya mahu menunjukkan lebih banyak lagi video di angkasa pada minggu ini termasuklah pemandangan bumi daripada ISS dan beberapa perkara yang dilakukan di sana..
“ Walaupun sudah 12 tahun berlalu tetapi perasaan itu masih segar dalam ingatan saya,” akhiri Muszaphar.
Untuk rekod, Muszaphar menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007.
Video: IGDatuk Dr.Sheikh Muszaphar, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.