Satu kejayaan buat kumpulan penari yang dikenali sebagai Nasty Rock Crew apabila cabaran tarian atas inisiatif mereka telah mencetuskan sensasi di laman TikTok apabila meraih ratusan respon positif.

Malah, rata-rata audiens yang menonton ‘dance challenge’ berkenaan mengakui rasa tercabar seterusnya berminat untuk cuba menghafal langkah tarian yang dicipta mereka.

Menurut salah sorang ahli Nasty Rock Crew iaitu Muhammad Firdaus, tarian yang berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia itu pada mulanya dilakukan atas dasar suka-suka.

Bagaimanapun selepas tampil dengan langkah tarian, Firdaus merasakan lagu itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda untuk sama-sama menyemarakkan semangat nasionalis.

IKLAN

“Selepas melihat sambutan baik yang diterima, saya dan ahli yang lain merasakan tarian ini patut diketengahkan. Oleh itu timbullah idea ‘dance challenge’ ini.

“Malah audiens yang menyahut cabaran tarian ini juga berpeluang menang hadiah hebat seperti iPhone dan wang tunai”, katanya.

Cabaran Menari Ilham Nasty Rock Crew Bermula Daripada Suka-Suka, Tak Sangka Cetus Viral! – “Berpeluang Menang Wang & iPhone.” Cabaran Menari Ilham Nasty Rock Crew Bermula Daripada Suka-Suka, Tak Sangka Cetus Viral! – “Berpeluang Menang Wang & iPhone.” Cabaran Menari Ilham Nasty Rock Crew Bermula Daripada Suka-Suka, Tak Sangka Cetus Viral! – “Berpeluang Menang Wang & iPhone.”

IKLAN

Bercerita mengenai latar belakang Nasty Rock Crew, menurut Firdaus, kumpulan ini telah aktif sejak Oktober 2010.

Sepanjang penglibatan mereka dalam dunia tarian, Nasty Rock Crew telah meraih banyak kejayaan antaranya Juara Pertandingan Tarian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2015.

IKLAN

“Bagi saya, aktiviti menari ini bukan sahaja satu hobi tapi juga menyihatkan. Kami kerap memuat naik video tarian di TikTok, dan ia menghiburkan pengikut kami,” katanya.

Sementara itu, cabaran tarian Keluarga Malaysia ini dilanjutkan tarikh akhir penyertaannya sehingga 7 Februari ini atas respon menggalakkan yang diterima.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI