Susulan persalinan yang digayakan penyanyi Aina Abdul yang mencuri perhatian ramai di saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) semalam, pereka fesyen Masyadi Mansoor mengakui dirinya mendapat inspirasi gaun tersebut daripada katil.
Menerusi bahagian pertama saingan tersebut, Aina mengenakan persalinan putih itu ketika membuat persembahan menerusi lagu Sepi.
Terdahulu, ada yang menyamakan rekaan Masyadi dengan bantuan pereka fesyen Shazleen Jalal ini dengan gumpalan awan putih dan cadar.
Malah tak kurang yang mengilhamkan persembahan tersebut dengan situasi yang melanda negara ketika ini.
“Memang saya dapat inspirasi busana Aina di SFMM36 daripada katil. Sebelum saya mula mereka pakaian ini, saya berbual dahulu dengan Aina.
Ads
“Saya mendapat tahu yang Aina mendapat idea untuk mencipta lagu Sepi sebelum dia tidur dan ketika itu, dia sedang berada di atas katil.
“Katil membawa perlambangan yang sangat besar. Setelah seharian bekerja, katil adalah tempat di mana semua orang mula berfikir mengenai diri sendiri, bukannya orang atau perkara lain.
“Katil juga merupakan tempat orang mula berhubung dengan diri sendiri dan tidak mengendahkan kata-kata negatif,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, busana tersebut juga diilhamkan daripada lirik lagu Sepi itu sendiri.
“Saya turut mendapat inspirasi daripada lirik lagu Sepi itu sendiri yang melambangkan kekuatan dan semangat.
Ads
“Jadi, long tailored suit bersama long oversize puffer cape serba putih itu melambangkan wanita yang ingin bergerak terus melangkah meninggalkan kisah lamanya,” katanya lagi.
Selain Sepi, Aina turut mempertaruhkan lagu Nafas Cinta, duet bersama Khai Bahar yang bakal dipertandingan malam ini.
Saksikan bahagian kedua SFMM36 untuk mengetahui 12 lagu yang bakal melangkah ke Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Norreen Iman menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya rezeki dan kesempatan untuk memiliki sebuah kereta baru jenis Toyota Vellfire.
Menurut Norreen, antara sebab dia membeli kereta tersebut adalah untuk memberi keselesaan buat keluarganya.
“Bila anak kau membesar cepat sangat and you need something bigger than before. ALHAMDULILLAH,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Rindu Awak Separuh Nyawa itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Malah, Norreen juga turut mengimbas kembali antara detik-detik sukar sepanjang kehidupannya sebelum ini.
“From naik motor berempat, pakai kereta sewa for two years, then managed to have X70, makin sempit pulak then lets have this one
“Suka tak kete kita Ba @razzirazak ? Lebiu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Norreen akan terus sukses lagi selepas ini.
“Suka tengok kejayaan Norreen. Saya follow dia dari orang biasa sampailah jadi selebriti. Seorang yang sangat berusaha. Congrats.
“Tahniah Norreen dan suami. Semoga terus dirahmati dan murah rezekinya.
“Congratulations Norreen. Semoga semakin berjaya.
“Wah, congrats Kak. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Suka tengok akak dari zaman tiada apa-apa sampai dah berjaya sekarang ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Selain sibuk di dalam dunia lakonan, Norreen juga aktif menghasilkan pelbagai konten-komen menarik di laman Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Norreen Iman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah membina empayar perniagaan menerusi perniagaan salun rambut, Chez Hair Studio sejak lebih sedekad lalu, pemiliknya, Chez Hamdan, 36, akur ‘jodohnya’ tak panjang dengan cinta pertamanya itu.
Ini kerana, Chez atau nama sebenarnya, Halimi Hamdan itu terpaksa membuat keputusan menutup operasi salun terbabit, ketika tahun pertama pandemik Covid-19 melanda.
Bagaimanapun, Chez sebelum itu sudah berjinak-jinak dalam dunia jualan produk rangkaian penjagaan rambut termasuk jenamanya sendiri, Chez Professional.
Adat ketika ditimpa kesusahan dan berdepan segala pancaroba kehidupan, hidupnya yang hampir jatuh tersungkur turut dipandang sinis hingga ada teman yang selama ini pernah erat di sisi mulai menjauh.
Mujur bukan semua kawan atau insan rapat bertindak sedemikian. Malah sejak berkecimpung di arena dandanan rambut ini, Chez turut membina pengaruh dan dikenali teman selebriti.
Antara artis yang masih menyokongnya biarpun diuji itu ini seperti Datuk Fizz Fairuz, Nad Zainal, Ira Mohd Amin, Riena Diana, Mona Allen, Datin Anne Ngasri, Hairul Azreen, Norman Hakim, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah, Maria Tunku Sabri, Josiah Hogan, Izreen Azminda dan ramai lagi.
“Benar kejatuhan dan ujian ini akan buat kita kenal siapa kawan sebenar atau lawan. Yang hanya datang ketika kita mempunyai segala galanya dan pergi di saat kita diuji. Lumrah hidup. Kalau dikenangkan memang ia boleh buat saya bergenang air mata.
“Ini bukan drama atau dongengan. Tapi realiti yang benar benar terjadi. Bila senang, mungkin ramai mendekati kita. Tapi sebaliknya, akan ada yang pura pura tak kenal atau terus menjauhkan diri.
“Saya bukan membodek, tapi nama artis yang terus setia menyokong itu bukti pengaruh yang mereka miliki bukan atas kapasiti kerja glamor atau tuntutan kerja semata mata. Ada di kalangan mereka berstatus popular dan ramai peminat, tapi masih tebal dengan jiwa kemanusiaan,” katanya.
Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, di kalangan artis yang disebut tak lokek menyokong.
“Ada yang tanpa disuruh mempromosikan produk rambut saya secara percuma. Malah ada yang menyokong dengan membelinya.
“Saya percaya kebaikan mereka itu bukan satu paparandrama yang dibuat buat. Tapi mereka ikhlas. Seperti mana saya ikhlas bekerja dan menata rambut mereka sebelum ini, Alhamdulillah semua itu buat ukhuwah kami kekal terjalin.
“Tak kurang juga yang sanggup memanggil saya datang ke rumah mereka untuk melakukan perkhidmatan memotong rambut anak, keluarga atau diri sendiri,” katanya lagi.
Kata Pengarah Urusan Chez Professional itu lagi, pada awal pandemik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasa, dia pernah berfikir dapat menggunakan ruang duduk di rumah itu kononnya untuk berehat.
“Namun otak penat berfikir apa yang mahu dibuat demi survival. PKP berlanjutan. Saya sampai satu tahap tak boleh bernafas. Seperti dilanda serangan panik dan kebimbangan. Nak tidur pun fikir aliran duit keluar masuk.
“Mampukah duit simpanan bertahan dalam satu jangka waktu tertentu. Salun ditutup pun ada yang cakap saya jatuh bankrup. Sampai rumah penuh dengan kotak barangan penjagaan rambut,” katanya.
Lalu, keputusan menghentikan operasi salun di era pandemik juga menghamparkan hikmah tersendiri.
“Sedih pastinya bersarang ketika salun ditutup. Situasi ini bukan seperti hubungan dengan kekasih sampai jadi bolak balik nak menyelamatkannya. Saya tanya kawan termasuk di kalangan orang Cina, mereka cakap jika sudah terlalu lama berniaga, mungkin cari angin baru.
“Pandemik yang datang jadi klimaks untuk saya buat keputusan besar. Lepaskan sesuatu yang disayangi (salun) dan pertaruh diri ke bidang perniagaan barangan rambut yang belum pasti hujung pangkalnya.
“Tahun 2020 umpama satu turning point dalam hidup dan perniagaan. Mula tukar modul bisnes, gaya hidup, kerja dari rumah dengan membiasakan serba serbi aplikasi dalam talian,” katanya.
Norma baharu jelas sekali mengubah sikap dan cerminan diri Chez yang pemalu kepada berani mengambil risiko dan cabaran.
“Bayangkan dulu ibarat hanya kepakaran dari tangan saja yang berjalan membentuk dan menggayakan rambut diingini. Tapi apabila kena jual produk sendiri, saya kena buat lintas langsung dengan cakap tergagap gagap.
“Saya cabar dan lawan segala kelemahan diri yang tebal dengan sikap malu dan berat mulut. Tak ada ilmu… tak ada apa apa, saya cuba ke depan. Saya redah… belasah. Tapi perlahan demi perlahan, saya mula terbiasa. Sambutan produk dijual cukup membanggakan dan luar biasa.
“Ketika itu, saya ambil tempahan hinggalah ke proses akhir penghantaran. Hujung bulan pertama pandemik, jualan produk dicapai membuat saya menarik nafas lega. Kalau lagi fokus, mungkin lagi besar impaknya,” katanya.
Tahun lalu menjadi kemuncak untuk memastikan produk jenama Chez Professional terus mencipta fenomena.
“Setiap hayunan langkah saya, doa dan restu ibu bapa yang tiada hijabnya sentiasa mengiringi perjalanan ini. Mujur saya tak ada banyak sangat komitmen. Duit kereta pun sudah habis bayar. Bayaran rumah pun masih terkawal dan boleh dibayar.
“Isteri yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif juga memainkan peranan penting kerana campur tangannya menggunakan ilmu dan pengetahuan hal pengurusan amat berbaloi. Dulu duit berniaga dan gaji sendiri macam tak ada beza. Sekarang ia lebih sistematik,” katanya.
Rangkaian produknya dengan tagline ‘Your Home Your Saloon’ terdiri daripada tujuh produk yang merangkumi syampu, krim masker dan item penggayaan rambutdengan kualiti seperti di salun, bebas silikon, diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan harga berpatutan.
Malah kini produknya ditambah baik menerusi perancangan Chez Upgraded 22.
“Sekarang kami nak terus ajak lagi ramai orang yang bergelut dan terkesan waktu pandemik untuk menjadi agen memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan. Kami sasar mahu lebih 1,000 agen pada tahun ini,” katanya.
Serentak dengan itu, kempen #duitdijari turut dilancarkan iaitu berniaga tanpa modal, tanpa bebanan dan tanpa risiko untuk ‘dropship’. Malah usaha merekrut ahli agen elite juga berterusan.
Produk dipasarkan di bawah syarikat Chez Professional Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 21 November 2020 berpengkalan di Taman Melawati dengan sembilan pekerja.
Chez ketika ditemui pada majlis Chez Upgraded 22 turut memaklumkan akan kembali membuka salun rambut di sebuah lokasi baru di Shah Alam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada penyanyi Elyana, Khairul Anuar Husin,48, menjawab pertanyaan media mengenai kesetiaannya dalam menjaga isteri yang berjuang melawan kanser selama 10 tahun.
Menurut Khairul Anuar, dia sebagai ketua keluarga cuba sebaik mungkin untuk berada di samping isteri tercinta selepas selamat diijab kabulkan sebagai pasangan yang sah walau apa yang terjadi.
“Ia satu situasi yang memang saya kena hadapi. Kita kena fikir bahawa kita sudah berjanji ketika akad nikah untuk menjaganya. Selagi kita mampu, kita jaga.
“Sebab kita bukan sahaja berjanji kepada manusia, tetapi juga pada Allah SWT. Jadi saya cuba tunaikan,” katanya.
Tambahnya lagi, perasaan sayang yang kuat terhadap penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mendorongnya untuk terus harmoni bersama isteri dan anak-anak.
“Mungkin juga kerana saya terlalu menyayanginya. Iyalah sebagaimana orang lain mungkin ada ibu bapa lagi. Saya pula sebaliknya. Hanya tinggal dia dah anak. Hanya mereka yang saya ada untuk jaga. Jadi cubalah untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Elyana,34, memaklumkan berita gembira apabila apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya telah hilang.
Menerusi laman sosial Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum pada 8 Disember lalu.
Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.