Sambutan ulang tahun kelahiran ke-48 usahawan tudung, Bawal Exclusive Puan Hajjah Haliza Maysuri diraikan dalam suasana penuh elegan apabila menyarung adi busana yang direka khas sempena tema ‘Malam Gala Jazz’, malam tadi.
Persalinan mewah itu mengambil inspirasi daripada konsep fine tailoring dengan potongan dress yang diinspirasikan daripada rekaan ‘bespoke men suit’ lalu diolah semula menggunakan siluet klasik era Dior 1920-an.
Direka dengan penuh eksklusif, busana ini mendapat sentuhan istimewa daripada pelapis pereka rumah fesyen RI Couture, iaitu Faizuluziaf, yang kini meneruskan legasi jenama tersohor tersebut.
Palet warna pula menampilkan gabungan rona mewah ‘charcoal grey’ bersama sentuhan hitam, diperkemaskan dengan fabrik sutera wool, renda Perancis dan taburan batuan kristal Swarovski yang eksklusif.
Ads
Lengkap Dengan 60,000 Batuan Swarovski!
Dalam pada itu, proses menyiapkan adi busana ini mengambil masa dua bulan melibatkan fasa perancangan, perbincangan, pemilihan fabrik dan batuan Swarovski yang diimport khas dari Austria.
Fabrik yang digunakan turut dibawa khas dari Eropah, antaranya termasuk wool mewah, ‘French lace couture’, ‘satin silk’ dan ‘shantung silk’.
Ads
Teknik-teknik ‘couture’ yang digunakan dalam proses penyiaapkan busana ini seperti ‘draping’, ‘paneling’, serta perincian manik mewah turut diterapkan, menjadikan busana ini benar-benar unik dan bernilai tinggi.
Apa yang menjadikan adi busana ini lebih eksklusif adalah penggunaan 60,000 batu kristal Swarovski pelbagai bentuk dan saiz, melibatkan 8 jenis berbeza, dijahit sepenuhnya secara manual.
Ads
Menariknya juga, batu kristal yang sama juga akan digunakan pada tudung terbaharu dari Bawal Exclusive yang bakal dilancarkan pada malam ulang tahun kelahiran pengasas jenama itu sendiri.
Secara keseluruhan, nilai busana tersebut sahaja dianggarkan lebih daripada RM71,100, manakala nilai batuan Swarovski pula berjumlah RM80,000, menjadikan jumlah keseluruhan adi busana ini mencecah angka RM151,100.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose tampil mempertahankan adik iparnya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, berhubung dakwaan segelintir netizen yang kononnya gelaran ‘Datuk’ yang diterima suami kepada Nelydia Senrose itu ‘dibeli’.
Menurut Uqasha, gelaran tersebut adalah berasaskan kepada pencapaian serta sumbangan Hafez dalam dunia perniagaan dan pembangunan.
“Bila saya dengar ramai yang kata gelaran Datuk itu sebenarnya dibeli, apa yang boleh saya bagitahu, suaminya itu memang seorang usahawan yang banyak berjasa.
“Suami Nelydia juga banyak membuat projek perumahan dan pembangunan. Jadi, dia memang ada memberikan sumbangan yang besar dalam bidangnya.
“Takkanlah tiba-tiba sahaja diberikan gelaran Datuk. Kalau nak beli, sudah lama dia boleh beli. Bukan baru sekarang,” katanya kepada MH.
Uqasha berkongsi pandangan tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Munajjim: Sekutu Iblis di TGV KLCC, Kuala Lumpur.
Tidak hanya bangga dengan pencapaian iparnya, Uqasha turut meluahkan rasa gembira dan berbangga dengan gelaran baharu adiknya, Nelydia, yang kini bergelar Datin secara automatik selepas suaminya menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
“Sebenarnya, yang dikurniakan gelaran Datuk itu adalah suaminya. Jadi, secara automatik Nelydia juga mendapat gelaran Datin.
“Sejujurnya saya memang berbangga. Bukan senang nak ada adik yang merupakan seorang Datin. Malah, saya juga merupakan ‘Puan Seri’,” selorohnya.
Terdahulu, Mohd Hafez Halimi antara 58 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam perkembangan kerjaya, Uqasha membintangi filem seram terbaharu Munajjim: Sekutu Iblis bersama barisan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Mustaqim Bahadon, Sherie Merlis dan Ruzaidi Abdul Rahman.
Filem berkenaan akan mula ditayangkan bermula 31 Julai ini di pawagam seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mencipta fenomena, Thariq Ridzuan: His Treasure, karya novelis tersohor Hudanajwa kini diangkat ke layar televisyen. Ia menampilkan kisah cinta, pengorbanan dan trauma silam yang disulam aksi mendebarkan.
Bagi pengarah prolifik Eyra Rahman, dia berpendapat naskhah ini bukan sekadar satu projek biasa, tetapi menjadi titik tolak untuknya mengarahkan naskhah genre aksi buat pertama kalinya.
Ia bukan sekadar drama ketenteraan, Thariq Ridzuwan: His Treasure (TRHT) adalah tentang janji, pengorbanan dan cinta yang tak terucap!
Sebelum menonton drama Thariq Ridzuan: His Treasure yang bakal bersiaran bermula 23 Julai ini, ini ‘fun-facts’ menarik yang korang perlu tahu;
Eyra Rahman akui teruja meski dia tidak menafikan berdepan pelbagai cabaran ketika mengarahkan drama adaptasi novel, Thariq Ridzuan: His Treasure.
Menurut Eyra, ini kali pertama dia mengarahkan drama bergenre aksi dan drama berat secara serentak, menjadikan antara cabaran paling mencabar dalam kerjayanya sebagai pengarah.
“Banyak cabaran untuk hasilkan drama Thariq Ridzuan ini. Saya hampir nak menangis. Ini merupakan kali pertama saya mengarahkan drama bergenre aksi dan ‘heavy drama’.
“Sebelum ini saya hanya mengarahkan drama berat seperti Layang-Layang Perkahwinan, Curang Tanpa Niatdan Syurga Itu Bukan Mudah.
“Mulanya saya tertanya-tanya, mampukah saya arahkan drama ini? Namun, saya sahut cabaran ini dan berusaha untuk ‘work smart’. Malah bersyukur kerana punyai team yang hebat dan banyak membantu saya,” katanya.
Dalam pada itu, Eyra turut memuji komitmen para pelakon, termasuklah bintang utamanya iaitu Meerqeen, yang disifatkan sebagai aktor berdedikasi.
“Saya akui barisan pelakon drama ini kebanyakannya masih baru tapi roh dan jiwa mereka sangat kuat. Saya sangat hargai perkara itu.
“Walaupun mereka masih ‘hijau’, namun saya tetap percaya mereka dan begitu juga sebaliknya. Malah, kerjasama saya dengan Meerqeen juga sangat bagus. Dia faham dengan apa yang pengarah minta.
“Saya akui Meerqeen antara aktor pelapis yang hebat. Terima kasih Meerqeen kerana memberikan jiwa dan raga kepada saya sepanjang penggambaran. Saya bangga,” kata Eyra.
Bagi Meerqeen pula, naskhah ini disifatkan sebagai sebuah drama istimewa, bukan sahaja dari segi jalan cerita, malah kesan emosi yang mendalam terhadap dirinya.
“Thariq ini saya bawa dengan penuh jiwa dan emosi. Malah, saya sudah lama mengimpikan untuk bekerjasama dengan pengarah Eyra Rahman.
“Bukan mudah untuk saya bawakan watak ini. Kak Eyra selalu pesan supaya saya tidak terikat dengan jalan cerita novel. Dia juga buka satu dimensi yang lain buat saya teroka watak Thariq ini,” katanya.
Meerqeen turut mendedahkan, betapa sinonim watak tersebut dengan dirinya sehingga banyak menghabiskan masa dengan pengarah sepanjang proses penggambaran.
“Bila di set, kalau kita ada 24 jam, 20 jam itu saya bersama dengan Kak Eyra. Thariq sangat dekat dengan saya. Ia mengajar saya untuk jadi manusia lebih baik,” katanya.
Sementara itu, bagi heroin drama Thariq Ridzuan: His Treasure, Qasrina Karim pula, dia akui watak Radwa ini memberikan impak sangat besar terhadap emosinya.
Malah, Qasrina mengakui ada kalanya dia datang ke set dengan perasaan kurang gembira disebab beban emosi yang terlalu berat.
“Setiap watak yang saya terima sentiasa mencabar saya untuk menjadi pelakon yang lebih baik. Sama juga menerusi watak Radwa. Ia sangat beremosi dan berat buat saya.
“Sejujurnya saya ada bergelut untuk jayakan watak ini untuk beberapa minggu yang pertama. Saya datang ke set dengan perasaan yang tak gembira.
“Saya kena rasa perasaan Radwa ini. Sampai ke akhir watak ini sangat berat. Saya kena kekal konsisten. Meerqeen juga sangat membantu untuk meminjamkan rasa,” ujarnya.
Salah satu drama Malaysia yang berani bawa kisah cinta berlatar belakang ketenteraan,siap dengan misi skuad elit, tag tentera, gear taktikal, dan kisah melawan orang jahat.
Kisah mendebarkan dengan perasaan yang membuai apabila ia mengangkat kisah tentang seorang tentera dan misinya. Lebih menusuk, bila ada jiwa-jiwa yang menanggung rindu dalam diam!
Di sebalik kekuatan fizikal dan ketegangan adegan aksi, terselit kelembutan dan perjuangan emosi yang dalam dan itulah sentuhan Eyra Rahman sebagai pengarah.
Malah Thariq yang dibawa Meerqeen bukan hanya di hadapan kamera, tetapi digambarkan hingga terbawa hingga ke luar set penggambaran.
Postur fizikal, gerak tubuh serta tutur kata Meerqeen sebagai Thariq, seolah-olah diserap masuk ke dalam denyut nadi seorang askar yang setia pada tanggungjawab dan cinta.
Lalu hadirlah Radwa yang didukung oleh Qasrina, yang digambarkan sebagai seseorang yang tegas, tapi diuji dengan cemburu kerana erat menggenggam rasa percaya yang rapuh.
Kerana janji seorang tentera bukan hanya kepada tanahair, tetapi juga kepada hati yang ditinggalkan…
Daripada pasangan utama sampai ke seluruh skuad Holy Dragon, drama ini penuh dengan karakter yang unik, ada kisah masing-masing.
Selain Meerqeen, naskhah terbitan MIG Production Sdn. Bhd ini turut membariskan Qarina Karim, Evertts Gomes, Thomson Goh dan ramai lagi.
Soundtrack drama ini turut digubah khas untuk kisah Thariq dan Radwa, dari lagu baharu nyanyian kumpulan Alpha, ciptaan dan nyanyian Hael Hussaini.
Thariq Ridzuan: His Treasure akan mula ditayangkan bermula 23 Julai depan setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraf tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan pergolakan rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff, dan memohon agar diberikan ruang buat masa ini.
Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan dan berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.
“Sebenarnya saya bukan nak mengelak, saya pun menghormati rakan media dan netizen yang ingin tahu tentang hal rumah tangga saya.
“Cuma sekarang ini untuk saya beri kenyataan, benda pun tidak ada yang nyata lagi. Jadi, saya tak mahu bercakap lebih lanjut.
“ Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya mohon doa daripada semua. Doakan yang terbaik untuk saya, anak-anak dan Adam (suami),” katanya kepada MH.
Kaka berkata demikian ketika ditemui pada Majlis pelancaran Galeri Rockqueen di Denai Alam, Selangor, pada malam Rabu.
Meskipun begitu, anak saudara kepada penyanyi lagenda Ella ini tidak menolak kemungkinan untuk berkongsi lebih lanjut pada masa hadapan sekiranya sudah mempunyai pengesahan sah mengenai status perkahwinannya.
“Hal ini melibatkan ramai orang. Sebelum ini ada orang kata sampai bila saya nak lari. Saya tidak melarikan diri, cuma sedang menjaga banyak hati.
“Saya rasa kalau saya buka cerita ini (kisah keluarga) boleh mendatangkan fitnah. Jadi saya harap menghormati keputusan saya untuk tidak lagi berkongsi apa-apa.
“Alhamdulillah saya bahagia disamping anak-anak dan keluarga. Sekiranya ada pengesahan tentang status saya selepas ini, mungkin saya akan kongsikan untuk mengelakkan fitnah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Kaka turut memaklumkan, segala isi hati serta kisah peribadi, termasuk berkaitan rumah tangga, akan diluahkan secara lebih mendalam melalui karya dalam album baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menurutnya lagi, semua lagu dalam album itu ditulis sendiri berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidupnya selama 14 tahun bergelar anak seni.
“Nantikan album terbaharu daripada saya. Selepas ini, anda mungkin boleh selami hati saya menerusi lagu-lagu yang sepenuhnya ditulis oleh saya sendiri.
“Karya-karya tersebut adalah luahan hati dan apa yang telah saya lalui sebelum ini. Ceritanya sangat dekat dengan saya.
“Saya boleh katakan album tersebut bakal menjawab teka-teki yang sedang berlaku ketika ini. Saya akan bentangkan dalam melodi dan lirik,” akhirinya.
Sebagai rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan (6 tahun), Aryan (4 tahun) dan Atta Adam (1 tahun).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.