Semalam, MH ada terlihat perkongsian netizen mengenai bunyi guruh yang panjang dan kuat di sekitar jam 7.30 petang hingga 8.00 malam tadi.

Perkongsian itu dibuat menerusi posting di laman Facebook oleh Ridhauddin Hariz di sebuah grup, Warga Puchong.

“Bunyi apa? Guruh punya panjang di area Cyberjaya hingga Puchong? Anda dengar? Panjang betul guruhnya. Kereta alarm bunyi. 7.51 pm,” tulisnya.

Berikutan itu, ramai netizen lain berkongsi pengalaman mereka mendengar bunyi guruh yang panjang itu di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mengatakan bunyinya seakan-akan sama dengan bunyi kereta api berat sedang lalu hingga bergegar pintu rumah.

“Bunyi Macam Kereta Api Berat Lalu,”- Netizen Kongsi Pengalaman Bunyi Dahsyat Guruh Panjang

IKLAN

MH difahamkan bahawa insiden itu turut kedengaran di beberapa kawasan seperti Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Puncak Alam, Klang, Bukit Jalil, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain.

IKLAN

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia ada berkongsi amaran ribut petir di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Bunyi Macam Kereta Api Berat Lalu,”- Netizen Kongsi Pengalaman Bunyi Dahsyat Guruh Panjang

Apa-apapun, MH harap agar netizen mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kita kini sudah memasuki musim tengkujuh.

Foto: Carian Google & Facebook

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI