Nampaknya sejak beberapa hari ini video aksi manja seorang gadis yang kelaparan hangat diperkatakan di media sosial.
Namun baru-baru ini MH ada terbaca luahan hati kekasih kepada gadis manja ini mengenai isu viral yang menjadi perbualan dan usikan nakal netizen.
Melalui perkongsian di Instagram, Aiman Amar memujuk kekasihnya itu dan memberitahu untuk jangan mengambil pusing tentang kata-kata netizen tentang sikap manjanya itu.
Sebaliknya anggap sahaja sesetengah mereka tidak bertuah kerana tidak miliki pasangan yang manja sepertinya.
“Dorang cakap awak buat buat tapi dorang tak tahu dan dorang tak kenal awak pun sebenarnya. Kalau dah kenal awak baru dorang tahu betapa manjanya awak ni sejak azali. Bunyi guruh pun boleh menangis! Tenung buat muka bengis walaupun niat bergurau pun awak boleh menangis,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah Aiman meminta kekasihnya itu jangan pernah berubah kerana dia selesa dengan sikap kekasihnya sebegitu.
“Tetapkan diri awak yang sekarang. Jangan pernah berubah walau sikit. Saya selesa dengan awak yang sekarang. Tak kira apa pun tomahan tomahan makcik pakcik bawang serta ustaz dan ustazah upahan tu, saya tetap ada untuk support dan jadi penguat awak macam mana awak jadi penguat saya di saat saya lemah. Yang benar, Aiman,” tulisnya lagi.
Amboi bukan main bersemut lagi mereka berdua ni!
Dalam pada itu, gadis manja yang dikenali sebagai Nur Anizah Tahang atau lebih dikenali sebagai Nija ini ada berkongsi kisahnya kepada mStar Online, dan memberitahu reaksinya itu adalah spontan dan tidak dibuat-buat seperti dakwaan sesetengh pihak.
Menurutnya, dia memang dikenali dengan sikap manjanya. Malah, bunyi guruk pun boleh buatkan dia menangis dan terpaku.
Bagaimanapun, Nija memberitahu dia tidak sangka video ini akan menjadi viral sehinggakan ramai yang memparodikan dirinya.
Malah, dia akui menonton setiap video parodi yang viral di media sosial bagaimanapun langsung tidak tersinggung dan menganggap ia sebagai satu jenaka.
Dalam masa yang sama, Nija sempat meminta maaf sekirannya aksinya itu dianggap melampau.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI