
Selepas hampir sebulan melayari bahtera rumah tangga, pelakon Mimi Lana meluahkan rasa syukur dan gembira dengan kehidupan bersama suaminya, aktor Syafiq Kyle.
Bagaimanapun, pasangan selebriti ini masih belum berkesempatan untuk berbulan madu susulan kekangan komitmen semasa.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan perkahwinan ini. Cuma kami belum berkesempatan untuk berbulan madu lagi.
“Mungkin selepas bulan puasa inilah, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui di Celebfest SG, Singapura, baru-baru ini.
Ramadan & Syawal Sebagai Suami Isteri
Dalam pada itu, Mimi turut teruja kerana dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri sebagai pasangan suami isteri buat kali pertama bersama pelakon drama Nur itu.
“Sudah tentu saya seronok, malah sekarang ini pun saya gembira dapat menjalani ibadah puasa bersama. Boleh dikatakan setiap hari saya perlu memasak untuk suami.
“Tapi mujurlah Syafiq suka makan ikan bilis goreng saja. Jadi senanglah saya nak sediakan juadah untuknya. Sebenarnya, Syafiq pun rajin memasak di rumah,” katanya lagi.
Sementara itu, Syafiq turut menzahirkan rasa syukurnya kerana Ramadan kali ini memberi mereka lebih banyak masa bersama tanpa komitmen jadual kerja.
“Sepanjang Ramadan ini kami tidak terikat dengan sebarang penggambaran. Jadi kami ada banyak masa bersama keluarga dan untuk kami berdua.
“Selain itu, Mimi juga sibuk menguruskan perniagaannya dan saya pun ikut memberi sokongan,” katanya.
Majlis Perkahwinan Tertutup
Terdahluu, Syafiq dan Mimi selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup, sebagai menghormati permintaan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah dan resepsi berlangsung di Taiping, Perak, dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat.
Sebelum ini, pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, namun impian untuk bergelar suami isteri hampir tergendala apabila mereka membatalkan majlis pernikahan yang dijadualkan pada 18 Ogos 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Kemunculan pertama pengantin baru, Syafiq Kyle & Mimi Lana bersama fans dan rakan media di Singapura. Saling update kebahagiaan sambut Ramadan bersama. Bersemut dua ni! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Love Background – aleckoff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI