“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan sesiapa cuma sekadar menyampaikan karya seni melalui cabang muzik kepada masyarakat.” Demikian permohonan maaf terbuka dari kumpulan Drama Band susulan gimik persembahan mereka pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Ahad lalu yang dianggap keterlaluan.

Menerusi lagu Drama itu, kumpulan terbabit didakwa memaparkan beberapa karekter individu yang seolah-olah mencetuskan kontroversi.

Meski tidak menyebut nama, namun ramai peminat yang sudah boleh meneka berdasarkan pemahaman masing-masing.

Antaranya, Dai Farhan selain bayangan watak seperti bekas Perdana Menteri serta isteri.

“AJL34 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 9 Februari. Terima kasih diucapkan kepada pihak TV3 amnya dan produksi AJL34 khasnya kerana telah memberikan ruang dan peluang kepada Drama Band sebagai salah seorang finalis yang bertanding dalam AJL34.

“Sehubungan dengan itu, ruang persembahan yang diberikan oleh pihak produksi amat dihargai. Namun, pelbagai isu yang timbul terutamanya di media sosial amatlah tidak dijangka.

IKLAN

“Justeru itu, dengan rasa rendah hati, kami memohon maaf di atas gimik persembahan yang terlah dipersembahkan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, Drama Band mengakui kesal dengan perbuatan itu hingga menyinggung perasaan segelintir beberapa pihak.

“Kami mengambil iktibar di atas segala yang terjadi dan menyesali perbuatan dan persembahan yang telah menyinggung perasaan sesetengah pihak.

IKLAN

“Bukan niat kami untuk menyinggung perasaan sesiapa cuma sekadar menyampaikan karya seni melalui cabang muzik kepada masyarakat,” katanya.

Disebabkan kontroversi tersebut, persembahan Drama Band ‘digantung’ oleh pihak TV3 daripada disiarkan di saluran Youtube TV3 Malaysia Official.

IKLAN

Terdahulu, Drama Band tampil dengan imej bertopeng dan diiringi penari yang menggayakan watak Joker.

“Bukan Niat Untuk Menyinggung Perasaan Sesiapa,” – Gimik ‘Keterlaluan’ Di AJL34, Drama Band Mohon Maaf Secara Terbuka “Bukan Niat Untuk Menyinggung Perasaan Sesiapa,” – Gimik ‘Keterlaluan’ Di AJL34, Drama Band Mohon Maaf Secara Terbuka

“Bukan Niat Untuk Menyinggung Perasaan Sesiapa,” – Gimik ‘Keterlaluan’ Di AJL34, Drama Band Mohon Maaf Secara Terbuka “Bukan Niat Untuk Menyinggung Perasaan Sesiapa,” – Gimik ‘Keterlaluan’ Di AJL34, Drama Band Mohon Maaf Secara Terbuka “Bukan Niat Untuk Menyinggung Perasaan Sesiapa,” – Gimik ‘Keterlaluan’ Di AJL34, Drama Band Mohon Maaf Secara Terbuka

Foto : Instagram Drama Band, Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI