Pelakon jelita, Uqasha Senrose menjelaskan insiden menyambut jambangan bunga di majlis ‘bridal shower’ adiknya, Nelydia Senrose bukanlah untuk meniru budaya barat sebaliknya hanya dilakukan secara suka-suka.

Menurutnya, insiden tersebut bukanlah dirancang tetapi dilakukan secara spontan memandangkan hanya dirinya sahaja yang masih belum mempunyai pasangan dikalangan teman rapat tersebut.

“Sumpah demi Allah tu bukan plan hanya saja-saja je. Bukan nak ikut adat kafir ke seperti orang luar katakan.

“Kumpulan perempuan kitaorang ni semua sudah ada pasangan kecuali saya yang tidak berkawan dengan sesiapa for now.

“Jadi diorang tolak Sha tapi kalau dah sampai jodoh tu tolaklah kemana pun mesti akan dapat juga,” katanya.

IKLAN

Uqasha berkata demikian, ketika ditemui di tanyangan perdana ‘super-telemovie’ berjudul Saya Jual Ye Bang di GSC Signiture, The Gardens, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketika ditanya adakah simbolik menyambut bunga itu bermakna Uqasha juga akan berkahwin dalam masa terdekat, ini respon pelakon tersebut;

IKLAN

“Bunga dah dapat calon je belum lagi dan saya sekarang dalam misi mencari calon.

“Jodoh tu ada tapi mungkin lambat. Mungkin jodoh adik sampai dulu jadi kita dahulukan.

IKLAN

“Nak cepat-cepat pun buat apa dan kalau orang tu bukan terbaik buat kita kenapa kita perlu gadaikan hidup kita. Biar lambat asal selamat,” katanya lagi.

‘Saya Jual Ye Bang’ merupakan telemovie bergenre komedi-romantik arahan pengarah tersohor, Kabir Bathia yang turut dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Zizan Razak, Nadiyah Sahab dan Datuk AC Mizal serta penampilan istimewa Datuk Aznil Hj Nawawi.

Telemovie ini bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Mac dengan harga RM 15.00 dan boleh ditonton berulang kali selama 48 jam.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI