Penyanyi, Ning Baizura ada berkongsi beberapa keping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini mengakui ada menerima beberapa komen daripada netizen yang bertanyakan tentang warna kulit wajahnya yang kini kelihatan semakin cerah.
Jelas Ning, warna kulit wajahnya berubah kerana tidak melakukan aktiviti sukan diluar rumah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara pada 18 Mac lalu.
“banyak orang Tanya ehhh kenapa Ning Baizura , semakin puteh ah- bukan ker kulit dia hitam manis??? sebenarnya saya mmg suka aktiviti bersukan diluar, tapiiiii sbb tak dpt keluar menjalankan aktiviti sukan pd siang hari.. time time PKP ni.. hmmmm letak lighting kuning, filter kuning.. aku masih puteh.
Ads
“apa nak buat kita ikut paturan… buat masa ni.. saya tak berkulit sawo matang atau hitam manis.. dia in between.
“So image lari sikit.. haahahah i hope you guys are staying safe and being happy stay positive.. and keep giving.. insyaallah Allah will bless you and yr loved ones.. so now u know #ilovemyskin,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa rindu kepada nenek dan datuknya di Kuantan, Pahang kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri.
Hal tersebut kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan iaitu pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit berkenaan turut berharap agar datuk dan neneknya berada dalam keadaan baik dan sihat.
“My angels, jauh di mata, dekat di hati. harap mak (nenek) & atok sihat dan senang kat kampung Kuantan.
“Cha rindu sangat. brb im gonna go cry again,” tulisnya.
Pelakon senior, Ogy Ahmad Daud memaklumkan telah dapat membayar hutang bayaran kepada 6 individu yang terlibat dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung.
Ogy atau nama penuhnya Fauziah Ahmad Daud mengatakan bayaran tersebut dapat dilunaskan hasil jualan pes kari segera miliknya.
Lalu, bintang filem Ali Setan ini menzahirkan rasa syukur kerana usahanya melangsaikan hutang hampir berjaya.
Ogy turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat, termasuk para pembeli.
“Terlalu Bersyukur. Dari Hasil Jualan Dan
Kempen Pes Kari Ni Saya Dapat Bayar
6 Org Yg Terlibat Dlm Teater Tu
Mmg Ramai Lagi Yg Belum Dibayar
Dan Saya Masih Berusaha Nak Dapatkan
Dana Kerana Memahamai Mereka Nak
Beraya. Saya Nak Ucapkan Betbanyak2.
“Terima Kasih Kpd @khairulhakiminmuhammad Dan Team Yg Bersusah Payah Menjalankan Kempen Ini Dan Kpd Semua Pelanggan2 Yg Membeli Dgn Ikhlas Baik Utk Sendiri Maupun Membeli Utk Menderma.
“Saya Terlalu Terharu Sangat..Saya Sentiasa Berkata Allah Akan Tolong Dan Saya Takkan Putus Bermohon Berdoa Pada Allah Kerana Saya Wajib Bayar Hutang2 Ini Walaupun Saya Tak Ambil Satu Sen Pun Duit Hasil Jualan Tiket Dan Bukan Salah Saya Pun Dgn Apa Yg Terjadi,” tulisnya positif.
Di samping itu, pelakon berusia 57 tahun ini menjelaskan, dirinya juga tidak akan lari daripada tanggungjawab atas perkara yang berlaku.
“Tetapi Saya Harus Menjaga Maruah Orglain Yg Terlibat Biar Saya Dikecam Tapi Saya Takkan Lari Daripada Tanggungjawab Saya, Utk Menyelesaikan Hutang2 Ini Lambat Atau Cepat Saya Tetap Bayar,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, pementasan komedi seram ini diterbitkan bersama oleh Ogy Ventures Network dan dipersembahkan di pentas Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Teater arahan Khir Rahman ini dibintangi pelakon Man Raja Lawak, Joey Daud, Mark Adam, Vicha, Tauke Jambu, Sharif Zero dan Chiwan.
Foto: Instagram Ogy Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik sekeping foto bersama ibunya, Hatijah Teh Man di akaun Instagram.
Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun ini ada berkongsi cerita tentang kisah pengalaman ibunya membesarkan anak- anak meski bergelar ibu tunggal waktu itu.
“Ibu saya, @mamasandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik2 diatas penat lelah bekerja siang dan malam . I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal.
“Kehidupan kami tidak senang, kesana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa, mama berjaya membesarkan kami sehingga besar.
“Apabila terkenangkan mama, akan terkenangkan mama kayuh basikal, bawak kami ke sekolah, mama bergegas pergi balik kerja dan masak pagi2 sebelum keluar(walaupun selalunya hanya telur ayam dan ikan rebus untuk Puss (kucing kami) kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum.
“Hari Sabtu jalan2 dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap,” imbasnya.
Pada masa sama, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut meluahkan rasa syukur kerana berpeluang merasai kebahagiaan hidup bersama si ibu, meski hidup dalam serba kekurangan.
“Syukur Alhamdulillah kami selalu bersyukur, Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari2 selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah.
“Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan , keselesaan Dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada #iburayfalraysha dan anak dalam kandungan. Alhamdulillah,” kata Fasha.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini ada menitipkan ucapan selamat hari ibu buat ibu mertuanya juga.
“Selamat hari ibu buat mama ku, semoga mama diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga bahagia dunia akhirat.
“Ya, Hari2 adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei , AHAD) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia.
“Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini.
“Sesungguhnya Pengorbanan ibu tidak mungkin dapat dibalas. Hargailah mereka selagi mereka masih ada,” tulisnya panjang lebar.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.