Pelakon dan Hero Remaja, Fattah Amin tersinggung apabila ada pihak dikatakan telah membuat teguran terbuka terhadap dia dan isterinya, Fazura tanpa usul periksa. 

Fattah juga telah meluahkan rasa kekecewaannya itu di akaun Instagram. 

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, kami bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada kami berdua, khasnya selepas mendirikan rumahtangga setahun yang lalu..

“Kami anggap ramai yang sudah sedia maklum dengan fitnah yang mula tular sejak semalam khususnya di media sosial..

“Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya,”tulis Fattah.

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, kami bersyukur kepada Allah SWT diatas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada kami berdua, khasnya selepas mendirikan rumahtangga setahun yang lalu. Kami anggap ramai yang sudah sedia maklum dengan fitnah yang mula tular sejak semalam khususnya di media sosial. Walaupun ini bukan kali pertama kami menjadi mangsa fitnah tetapi kali ini ianya berbeza dan menyinggung perasaan kami kerana fitnah itu seolah-olah telah diberikan layanan istimewa oleh seorang “pendakwah” yang gagal membuat usul-periksa yang sewajarnya. Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami? Kami doakan agar “pendakwah” tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat ramai ilmuan Islam lain yang kami kagumi dan wajar contohi. Kami bersyukur kerana ramai yang telah tampil menyanggah fitnah tersebut serta saksi acara yang menyatakan perkara sebenar melalui pelbagai saluran. Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan menegakkan kebenaran bagi pihak kami dalam pelbagai cara. Kami berbangga dengan rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam yang semakin matang dalam membuat penilaian, mampu membezakan perkara yang benar dan salah, bahkan menyatakan pandangan tinggi mereka terhadap Islam tidak dijejaskan keghairahan populis serta tidak bertanggungjawab segelintir pihak. Inilah antara nikmat yang akan sentiasa kami syukuri kerana dikelilingi oleh mereka yang penyayang dan sering mengambil berat tentang kami. Terima kasih. "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah Al-Hujurat, Ayat 6).

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

IKLAN

Pelakon drama Isteri Bukan Untuk Disewa Itu juga meminta agar pihak berkenaan menghubunginya terlebih dahulu, sebelum membuat teguran tanpa usul periksa. 

“Apalah salahnya jika kami dihubungi terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian? Wajarkah fitnah itu dijadikan bahan populis dalam akaun media sosial beliau serta mengundang pelbagai cercaan fitnah terhadap kami?…

“Kami doakan agar “pendakwah” tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mampu berdakwah serta membimbing kami dan masyarakat dengan lebih baik melalui kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Terdapat ramai ilmuan Islam lain yang kami kagumi dan wajar contohi..

IKLAN

Bagaimanapun, Fattah juga bersyukur kerana masih ramai yang memberi sokongan buat pasangan selebriti itu.

“Kami bersyukur kerana ramai yang telah tampil menyanggah fitnah tersebut serta saksi acara yang menyatakan perkara sebenar melalui pelbagai saluran…

“Kami amat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa memberikan sokongan dan menegakkan kebenaran bagi pihak kami dalam pelbagai cara..

IKLAN

“Kami berbangga dengan rakyat Malaysia samada Islam atau bukan Islam yang semakin matang dalam membuat penilaian, mampu membezakan perkara yang benar dan salah, bahkan menyatakan pandangan tinggi mereka terhadap Islam tidak dijejaskan keghairahan populis serta tidak bertanggungjawab segelintir pihak.,

“Inilah antara nikmat yang akan sentiasa kami syukuri kerana dikelilingi oleh mereka yang penyayang dan sering mengambil berat tentang kami…

“Terima kasih. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, Ayat 6)…,” tulis Fattah panjang lebar dan posting sama turut dikongsikan Fazura.

Foto : Instagram Fattah Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI