Penyanyi nasyid, Fakhrul Unic berkongsi rakaman lucu sewaktu menerima panggilan telefon daripada seorang kanak-kanak untuk program Sahabat Ramadan.
Jelasnya, kadang kala rasa lucu itu datang tidak diundang.
Sewaktu disoal nama pemanggil, kanak-kanak itu mempersoalkan bukankah namanya telah dipaparkan di kaca televisyen. Fakhrul seraya berseloroh dan ‘memarahi’ dirinya supaya membaca sendiri nama yang tertera.
Dan di akhir panggilan, rancangan terpaksa diberhentikan dan diteruskan ke iklan komersial kerana hos dan kru sudah tidak mampu menahan tawa.
Ads
“Rasa klakar tu dtg kadang tak di undang
“Sy perati je dak ni jawab..barai, satu studio, krew2 cameraman smua dh gelak..FM @syazwannordin lari keluar studio..member dua2 dh tahan gelak truk, try control lg..last2 mana tahan.
“Terus trpaksa throw iklan, padahal belum lg patutnya.
Ads
#sahabatramadan minggu last dah..setiap hari 5.30 ptg di astro oasis k,” kongsinya di Instagram.
Pengacara Jimmy Shanley menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khidmat sosial yang dilakukan dengan menderma darah.
Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dikongsi, walaupun Jimmy kelihatan gementar saat dicucuk jarum, namun dia tetap tabahkan diri kerana jelasnya Pusat Darah Negara kekurangan bekalan darah.
“Rasa bersalah sesangat lambat sebulan menderma darah sebab PKP baru ni.
“Walaupun saya “elergi” jarum tapi demi mereka yang memerlukan ku tabahkan diri ada kelapangan marilah menderma darah di @pusatdarahnegara kerana bekalan darah tidak mencukupi.
“Hari ni kita memberi, esok lusa mungkin kita yang menerima,” kongsinya.
Menurut laporan, bekalan darah semakin berkurangan sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penurunan ketara sehingga 40 peratus berbanding bulan Mac 2020.
Stok darah pada 11 April pula menunjukkan kumpulan darah O berada dalam keadaan yang sangat rendah dan amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa.
Foto : Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nenek kepada Nabila Huda, Indon Ramli telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Rabu.
Perkara tersebut dimaklumkan pelakon filem M4M4 itu menerusi Instagram.
Sambil menyifatkan dia kini menghadapi situasi yang sukar selepas kehilangan orang tersayang, Nabila turut mengakui arwah nenek merupakan individu yang telah menjaga dan membesarkannya sejak kecil.
“Hari Ini Abil Nak luah perasaan dengan korang.Dalam hidup kite Mesti ada Perkara yang paling kite Takut..Macam Abil,Abil paling Takut dengan kehilangan.
“Abil tak pernah melalui kehilangan dalam hidup..never I imagine life without someone i love. I always scared of losing someone in my life. Sebab Abil Takut Abil tak boleh Nak lalui or Abil taktau macamana Nak go through.
“Abil Takut Nak lalui perasaan tu.Abil slalu fikir Kuat ke Abil untuk menghadapi situasi tu. Tapi hari ini..6th May 2020, Abil kehilangan nenek Abil..Dia Pergi jam 7 tadi. Dia lah Nenek yang jaga Dan membesarkan Abil dari kecik.
“Nenek dah Takde..Perkara yang paling Abil Takut dalam hidup Terjadi Pada hari ini..Seriously, I’m lost. Dada rasa sakit macam perasaan tak lepas.
“Abil tengah cuba Untuk memahami keadaan ni.Kepada Siapa yang kenal nenek,Halalkan makan minum Dia ya.
“Mintak korang semua sedekah kan al-fatihah pada arwah nenek saya, indon bt ramli,” pintanya tulus.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan nenek aktres berkenaan, sekaligus menzahirkan ucapan takziah buatnya seisi keluarga. Al-Fatihah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada berkongsi keadaan terkini anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi yang mengalami bengkak di bahagian dahi kerana terjatuh.
Malah menerusi beberapa lampiran foto kandid yang dikongsi di Instagram, bahagian dahi kanak-kanak berkenaan dilihat turut mempunyai kesan lebam.
Aliff bagaimanapun mengakui anak lelakinya itu terlalu aktif dan apa yang berlaku itu adalah satu hal biasa.
“Kalau anak org lain abah dah viral dah ni. Yusoff dan benjol x dapat dipisahkan. @yusoffalqardawi_terlajaklaris anak yg terlalu aktif, jatuh dan benjol tu mcm dah biasa je.
“Dah kebal jatuh mcm mana pun x nangis!! Tapi abah yg risau yusoff ooii. Cepat nau hilangnya. Abah pusing kejap je yusoff dah hilang,” tulis usahawan yang kini muncul menerusi single Cuba Bahagia Ini lagi.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.