Penyanyi Ramlah Ram kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul Aku Ubatinya Lagi ciptaan sepenuhnya komposer terkenal, Ajai.

Single yang sudah dirakam sejak PKP tahun lalu iaitu sekitar awal Mac 2020 itu merupakan projek pertama mereka berdua meski sudah saling mengenali sejak sekian lama.

Berkongsi lebih lanjut, Ramlah,56, mengakui proses rakaman lagu tersebut menjadi lebih mudah kerana  keserasian yang sedia ada di antara mereka selain Ajai yang memberi ruang buat dirinya untuk menyuntik emosi dalam lagu.

“Bukan Buat Kerja Asal Siap, Dia Cuba…,” – Pertama Kali Kerjasama Walau Sudah Kenal Lama, Ini Pandangan Ramlah Ram Mengenai Ajai

“Kami belum pernah bekerjasama, cuma saya memang mengenali Ajai sejak awal dia terlibat dalam seni. Secara tak langsung, ia membuatkan proses rakaman menjadi lebih mudah.

“Cuma bila sama-sama bekerja dalam studio, bagi saya Ajai seorang yang bukan buat kerja asal siap. Kalau dia tak puas hati… dia nak lebih baik dia akan cuba dapatkan juga. Dia cuba untuk cari yang terbaik.

“Dia bagi kebebasan dan saya juga percaya dengan hasil kerja Ajai. Katanya, saya hanya perlu dapatkan mood untuk sampaikan lagu, jadi tiada masalah.

IKLAN

“Masing-masing ada kepercayaan itu. Dia pun tahu saya bagaimana begitu juga sebaliknya. Pada masa sama, saya juga suka dengan liriknya,” katanya.

“Bukan Buat Kerja Asal Siap, Dia Cuba…,” – Pertama Kali Kerjasama Walau Sudah Kenal Lama, Ini Pandangan Ramlah Ram Mengenai Ajai

Sementara itu, Ramlah mengakui agak sukar untuk melancarkan sesebuah karya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, bintang yang sinonim dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan Ketentuan itu terpaksa meneruskan perancangan memandangkan tempoh lanjutan PKP masih dikuatkuasakan.

IKLAN

“Sebelum ini pun lagu saya keluar dalam tempoh PKP juga. Jadi, tak boleh nak fikir masa PKP ni sesuai atau tidak keluar lagu.

“Ikutkan memang sukar nak keluarkan lagu waktu ini… daripada segi promosi jadi terbatas sebab kita tak boleh buat macam-macam. Tapi kalau kita tunggu, sampai bila tak boleh nak keluar lagu,” katanya lagi.

“Bukan Buat Kerja Asal Siap, Dia Cuba…,” – Pertama Kali Kerjasama Walau Sudah Kenal Lama, Ini Pandangan Ramlah Ram Mengenai Ajai

Kali terakhir Ramlah muncul dengan single ialah pada tahun 2019 menerusi lagu Masar Cinta dan kemudian disusuli lagu raya, Kemenangan pada April lalu.

IKLAN

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Bukan Buat Kerja Asal Siap, Dia Cuba…,” – Pertama Kali Kerjasama Walau Sudah Kenal Lama, Ini Pandangan Ramlah Ram Mengenai Ajai

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI