Pelakon Shakilla Khoriri telah selamat melahirkan bayi sulungnya jam 11:20 pagi semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Shakilla di Instagram miliknya.

“Semalam 14 March 2019, Jam 11.20am , budak ni kena keluar juga jumpa Umi & Daddy dia.
Alhamdulillah.
Semua berjalan lancar seperti plan doctor dan kami berdua..

“Syukur.
Anak sihat.
Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi2 bila tengok muka anak.
Allahuakbar.
Terima Kasih Allah,” tulis Shakilla.

IKLAN

Tambah menarik, apabila Shakilla telah menubuhkan Instagram anak sulungnya, Ameena Sofia.

“Budak Ni Kena Keluar Juga Jumpa Umi & Daddy Dia,”- Shakilla Khoriri Selamat Lahir Bayi Perempuan, Ameena Sofia Nama Diberi

 

IKLAN

Dalam pada itu, Fizi juga berkongsi momen indah itu di Instagramnya.

“Alhamdulillah..setelah dua hari baru dapat cium @ameenasofia_ ..masa awak keluar dari perut umi tu daddy rasa sebak sangat..lepas ni tanggungjawab daddy akan jadi lagi besar..

IKLAN

“Macam mana nak membesarkan awak..macam mana hidup kita nanti..apa2 pun kita akan hadap sama2 yea..love you ameena,” tulis Fizi.

Apa-apa pun tahniah MH ucapkan buat Shakilla dan suami, Fizi Ali yang telah selamat menimang cahaya mata sulung!

Foto: IG Shakilla, Fizi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI