
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan penyanyi adik beradik, Amira Othman dan Irfan Haris.
Irfan kini sedang bersaing dan menjadi salah seorang peserta untuk pentas akhir program realiti nyanyian Big Stage 2019 yang akan diketahui pemenangnya, malam ini.
Lalu, Amira telah menitipkan kata-kata semangat buat adiknya yang bakal membuat persembahan untuk program realiti nyanyian tersebut.
“To my one and only baby @irfannharis all the best for final malam ni. remember to always trust Allah’s plans.
“Do your best, tawakkal, and leave the rest to Him. InsyaAllah ada rezeki for someone as hardworking as you love you!! #honeyhoney,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by @ amiraaothman on
Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar rezeki kemenangan berpihak penyanyi yang terkenal dengan lagu Rehda itu.

Sekadar informasi, Irfan bakal berentap di pentas akhir Big Stage 2019 bersama Neeta, Han Byul, Adzrin dan Dinda Permata yang bakal berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam malam ini.
Foto: Instagram Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nina Iskandar Kini Hamil, Tahniah!

Pelakon jelita Nina Iskandar ada berkongsi berita gembira bersama peminat.
Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah dikhabarkan hamil setelah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga bersama seorang penolong pengarah, Azlan Adzanan.
“Bismillahirrahmirrahim.Time has flown pretty fast and so many things have happened in my life within such a short period of time.
“Overwhelming surprises – but only blessing after blessing.Syukur Alhamdulillah, My Husband and I are happy to finally announce to the public that we have a little one on the way.
“Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah. #Wawasan2020,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on
Dalam pada itu, peminat turut mengucapkan tahniah kepada bintang drama bersiri Andainya Takdir itu.

Untuk rekod, Nina melangsungkan sebuah majlis sempena pernikahannya di Forest Valley Hall, Cheras, 4 Ogos lalu.
Foto : Instagram Nina Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem ‘Anwar: The Untold Story’ Sukses ‘Kaut’ RM1 Juta Hari Pertama, Meski Bersaing Dengan Fast X

Naskhah Anwar: The Untold Story yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, semalam.
Berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, filem biopik berdurasi 108 minit itu ditayangkan di lebih 1,000 skrin membabitkan 120 pawagam di seluruh Malaysia.
DMY Creation selaku pengedar rasmi filem Anwar: The Untold Story mengesahkan, kutipan RM1 juta diperoleh pada hari pertama tayangan biarpun bersaing dengan filem antarabangsa, Fast X.
Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak penuh pada hari pertama tayangan.
“Kami bersyukur filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd ini meraih sambutan luar biasa.
“Lebih menggembirakan rakyat Malaysia memilih menonton filem biopik yang mengangkat kisah perjuangan Perdana Menteri berbanding karya antarabangsa.
“Filem Anwar: The Untold Story menjadi pembuka jalan untuk pembikin filem menghasilkan filem biopik mengenai tokoh lain pada masa depan.
“Ia sekali gus membuktikan penerimaan penonton terhadap naskhah biopik berdasarkan kisah benar tokoh negarawan yang masih hidup,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menerima rating antara 8 hingga 10 untuk filem lakonan Farid Kamil yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.
Selain itu, filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif yang juga penulis cerita asal filem, Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar bersyukur sambutan luar biasa yang diterima.
“Menerusi hasil tinjauan, orang ramai tidak melepaskan peluang memenuhi beberapa pawagam terpilih sekitar Lembah Klang seperti di Atria, MBO, Paradigm Mall, One Utama dan KLCC untuk menonton filem ini.
“Kami berharap sambutan terhadap filem Anwar: The Untold Story akan berterusan kerana kami mensasarkan kutipan tinggi untuk filem ini,” katanya.
Mengulas mengenai filem Anwar: The Untold Story lagi, kata Zunar, filem itu juga mencipta sejarah kerana menjadi filem paling banyak menerima tempahan awal oleh pawagam.
“Saya akui filem ini banyak terima tempahan lebih awal oleh pihak pawagam. Contohnya, pawagam di MidValley dan Pulau Pinang yang sudah penuh dan ditempah lebih awal untuk tayangan filem ini,” katanya.
Mengenai harapannya pada filem Anwar: The Untold Story, Zunar berharap filem itu mendapat sambutan berterusan orang ramai.
“Filem Anwar: The Untold Story ini adalah genre yang jarang ada di Malaysia kerana ia membongkar kebenaran dan apa yang berlaku pada 1988.
“Justeru, saya berharap orang ramai akan datang untuk menonton kisah benar yang tidak pernah didedahkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Flem Anwar: The Untold Story juga menyaksikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu runut bunyi filem berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem Anwar: The Untold Story menjalani penggambaran di Indonesia.
Anwar: The Untold Story mengisahkan perjuangan dan pengorbanan Anwar menentang amalan rasuah dengan sokongan isterinya.
Filem memfokuskan bagaimana Anwar tegas menolak pelbagai jenis imbuhan dan wang tunai menyebabkannya difitnah dalam konspirasi besar hingga dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan sehingga beberapa hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya Memang Dah Lama Tak Muncul Di TV,” – Penampilan Terkini Datin Fouziah Gous, Akui Rindu Berlakon

Tiga tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem atau drama, Datin Fouziah Gous mengakui keutamaannya kini kepada perniagaan minuman kesihatan yang diusahakan.
Menurut Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous, dia memilih untuk mengurangkan aktiviti seni selepas menceburi bidang perniagaan secara serius.
“Saya memang dah lama tak muncul di televisyen, fokus kepada perniagaan. Masa saya aktif berlakon, saya antara yang mula buat perniagaan atas talian.
“Masa fasa pertama perniagaan banyak mengambil masa, tenaga dan jiwa saya… too much of efforts yang perlu saya berikan sebab tak banyak rujukan seperti sekarang.
“Bukan saya tak berlakon, tapi perniagaan memang ambil masa saya dari pagi sampai ke malam. Kadang-kadang saya berada di pejabat,” katanya.
Fouziah ditemui pada sidang media Minggu Usahawan Negara 2022 & Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar, Bukit Bintang City Central (BBCC), Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bagaimanapun, aktres berusia 39 tahun ini tidak menafikan ada ketika muncul rasa rindu terhadap lakonan.
“Sejujurnya, bukan tak nak berlakon malah saya rindu juga nak berlakon… tapi bila la nak ada masa. Sebenarnya tawaran sentiasa ada. Tapi apa yang saya pilih, jadi tetamu dalam program.
“Macam sebelum ini saya jadi tetamu untuk program Sepahtu Raya. Saya pilih tawaran yang tidak memerlukan masa yang lama. Jadi, kekangan masa menjadi punca saya tak berlakon.
“Saya pun terpaksa menjadi selektif. Saya pun asal memang seorang yang hari-hari berlakon tapi sekarang saya dah beralih ke dunia perniagaan.
“Jadi bila nak terima tawaran, kena pastikan cerita itu bagi impak pada diri saya. Kadang-kadang tawaran ada tapi bila baca macam mungkin sesuai untuk orang lain,” ujarnya lagi.
Drama bersiri, Sara Sajeeda yang ditayangkan pada 2019 merupakan lakonan terakhir Fouziah Gous.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

