Berkongsi sekeping foto selepas pulang daripada mahkamah, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red meluahkan kesyukuran kerana masih berpeluang menyelamatkan perkahwinan keduanya.
“Allhamdullilah maseh d beri peluang…manusia begelar hamba mmg tak lari dri melakukan kesilapan.kealpaan duniawi.membuat sya lupa dan lalai.
“dengan masa yg tingal ini akn d gunakan sebaik mungkin tuk menyelamat kn perkara halal yg d benci Allah SWT…inshaAllah demi anak2 ku terchinta… #gambarpulangdarimahkamah,” tulisnya.
Ads
Terdahulu, Adira Suhaimi mengesahkan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Daerah Gombak dan perbicaraan kes berjalan kira-kira petang Rabu.
Ads
Datuk Red bagaimanapun sebelum ini mendakwa dirinya tidak mengetahui isterinya itu telah memfailkan perceraian.
Ads
Untuk rekod, keduanya telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Lebih selesa untuk berkongsi rezeki bersama para pekerja yang setia memberikan komitmen terbaik, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel memberikan ganjaran kepada mereka.
Memilih destinasi Tasik Dayang Bunting, Langkawi sebagai percutian bersama, Wawa gembira kerana dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
“Bawa staff jenjalan ke Langkawi. So this is our 2nd time pegi langkawi. Sbnr nya dtg sbb nak main jetski je, hobby baru @aeril_zafrel.
“Ok berbalik cerita staff, actually wawa tak ramai staff…Kalau Dlu nak ambil staff tu mcm xpayah la. I bole buat semua benda! Nak jimat punya pasal.
“Tapi sebenar nya la kan the more staff u have, lagi byk sale yg u bole buat.
“Ye la kepala kita ni 1 je . Tangan ada dua je. Nak buat semua benda mmg tak Dan.! Sebab tu sy ingatkan dekat leader2 @wawacosmeticshq utk at least ada sorang staff . So u bole buat benda lain.
“Boleh fikir mcm mana nak tingkat kan sale.. jgn rasa kita bole buat semua benda. Salah tu. Kita kan manusia ada kelebihan masing2.. mungkin c Polan pandai bab ni. Si polan pulak pandai bab tu. Jadi kalau bergabung.. kompom la meletop.. hihi.
“So yg berniaga online tu jgn takut utk ambil staff . Mula kan dgn sorang staff je dlu. InsyaAllah u akan lagi byk masa fikir marketing etc. & lain2,” tulisnya.
Sudah tiga tahun menceburi bidang perniagaan, pasangan suami isteri popular itu sebelum ini mengumumkan dua ketua stokis telah mencapai jualan mencecah RM1 juta dan RM2 juta menerusi edisi kosmetik sebelum ini.
Pengumuman itu dibuat pada awal bulan lalu semasa majlis pelancaran produk kosmetik edisi terhad berkenaan.
Terdahulu, pelakon Elfira Loy telah selamat bergelar ibu dan melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal 1 Oktober lalu.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy ada berkongsi satu rakaman video yang dirakam suaminya, Faris Khairul Anuar saat pelakon berusia 25 tahun mahu melahirkan putera sulungnya itu.
“Hah ni muka sebenar waktu dah nak bersalin hahahahha bukan macam video @ezlisaaloy tu. My Husband tryna make fun and record it , tapi dah tak kelakar sangatlah waktu tu hehe.
“Today was supposed to be the due date , but our lil muchkin too excited to meet us. Sebab Ayah dia ada sebut dekat Dr , “ Emm kalau baby lahir 1 October tak boleh ke Dr “
“Dr pun dengan nada gelak kecil , booolehh boleeh inshaAllah sebab baby pun sihat , dah full term and of course i was so ready sebab kalau lagi lama mesti lagi besar kan hehe.
“Last checkup Rayyan was 3.2kg , el dan Dr masing-masing terkejut he was 3.68kg. But Alhamdulillah we survived. Thanks to all the people on the labor room with me. Can’t do it without them seriously.
“Doa suami nak baby 1 oktober Alhamdulillah Allah makbulkan. & also Happy birthday @haniszalikha sorrylah Rayyan mungkir janji tak sambut hari jadi sama sama hehe,” tulisnya.
Pelakon jelita, Amyra Rosli telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah menitipkan kata ucapan sempena hari jadi anaknya, Aqeef Anaqi yang kini sudah berusia 2 tahun.
Difahamkan, aktres drama bersiri Nur itu kini berada di tanah suci Mekah bersama suami dan anakya untuk menunaikan ibadah Umrah.
“Happy birthday anaqi!! (Mommy baru lah nak sempat wish birthday kat anak bujang sorg ni..)
“Untungnya kamu wahai anak dpt sambut hari lahir dekat rumah Allah.. awal sungguh anaqi menyahut panggilan Allah..
“Mcm baru je smlm anaqi dlm labour room dgn mommy, daddy @amarbaharin n dr @_s__e__r__i_ .
“Haaa x nak la type panjang2 nnti mommy nangis
“Moga allah sentiasa melindungimu wahai anak.. SAYANG ANAQI,” tulisnya.