Penyanyi dan usahawan, Lan Solo membawa para pengikutnya di Instagram untuk meninjau keadaan semasa rumah barunya yang kini sedang giat dibangunkan.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, rumah banglo tersebut sebenarnya telah mula dibina secara berperingkat sejak tahun 2017.
Katanya lagi, kerja-kerja pembinaan juga pernah tergendala buat sementara waktu berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
“Tinjau progress sat sebelum ke Singapura untuk Halal Food LifeStyle di Singapore Expo. 17,18,19 Jun 2022.
“Projek yang bermula hujung tahun 2017. Buat sikit-sikit. Stop sambung stop sambung. Ditambah pula PKP 2 tahun. Alhamdulillah, dah nampak masa depan dah huhu,” tulisnya.
Video berdurasi kurang seminit itu turut memaparkan bahagian luar rumah banglo tersebut yang dilihat amat besar dan bakal tersergam indah apabila selesai dibina nanti.
Ads
Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Kristal ini turut memaklumkan rumah tersebut dijangka bakal siap tidak lama lagi sekiranya tiada aral melintang.
“InsyaAllah, sikit lagi ye anak-anak daddy mummy. Doa banyak-banyak okay. Bab-bab lain daddy mummy usahakan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selepas melihat rumah tersebut selain turut mendoakan semoga Lan akan terus sukses lagi selepas ini.
“InsyaAllah Lan. Terus padu. Cantik,” komen rakan selebriti, Black Hanafiah.
Ads
“Proud of you guys,” balas penyanyi, Liza Hanim.
“InsyaAllah semoga berjaya,” kata pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah.
“Berkat rajin, ayah serta suami yang baik. Alhamdulillah rezeki ruah,” komen pemilik akaun CT_Aje.
“Semoga dimurahkan rezeki selalu Amin amin ya rabb,” kata pemilik akaun Pijannz.
Ads
Sekadar informasi, selain aktif menyanyi, Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim juga kini gilat menjalankan bisnes kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini semakin berkembang maju.
Terdahulu, Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pada 5 Disember 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aqid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi To’ki memohon maaf kepada semua andai ada yang tersinggung dengan tindakannya memegang anjing seperti yang tersiar di Facebook miliknya, baru-baru ini.
To’ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur yang juga penyanyi era 90-an itu menerusi Harian Metro berkata, dia berterima kasih atas teguran yang diberikan terhadapnya.
“Saya mohon maaf dan menyusun 10 jari kepada semua. Isu sentuh anjing ini usahlah dipanjangkan sehingga kita seolah-olah duduk dalam tempurung sebagai Islam yang hak, Islam yang batil dan Islam keturunan.
“Ya memang boleh menjatuhkan apa-apa dosa, pahala dan sebagainya. Tapi kita yang memegang al-Quran secara hakikat, memegang al-Quran dan kita memahami al-Quran, tidak ada pun salah.
“Anjing yang saya pegang beberapa hari lalu adalah anjing untuk memburu. Spesis anjing untuk pergi berperang,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, ketika membesar di kampung, dia melihat kanak-kanak Melayu sering membaling batu kepada anjing.
“Kasihan pada anjing. Tak boleh buat begitu sebenarnya kerana anjing juga makhluk Allah. Kita kena faham, dari sudut syariat pun tiada masalah untuk saya pegang anjing itu.
“Saya tidak cium sebab masih tahu batas. Tambahan pula saya selalu bercerita perihal Tuhan. Takkan saya tak tahu.
“Mengikut hadis, pahala akan habis begitu saja apabila bela anjing dalam rumah. Masalahnya anjing ini bukan peliharaan saya,” katanya.
To’ki berkata, dia sekali lagi memohon maaf, tetapi meminta mereka yang tidak memahami isu itu supaya memahami Islam secara hak.
“Jangan kita menuduh itu ini. Cuba kaji balik sejarah Islam. Jangan jadi jumud dan fahami Islam secara syumul,” katanya.
Terdahulu menerusi akaun miliknya itu, To’ki memuat naik beberapa keping foto bersama isteri di samping seekor anjing sekaligus mendapat reaksi pelbagai warganet.
Sumber, Foto: Harian Metro, Facebook To’Ki
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak skuad Gergasi Merah, Wan Zack Haikal yang baru sahaja selamat timang seorang lagi cahaya mata, pada Sabtu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang sukan berusia 27 tahun itu menerusi Instagram miliknya, awal semalam.
Sambil mengharapkan anak ketiganya itu membesar sebagai seorang yang soleh, Wan Zack turut berdoa agar permata hati bongsunya itu berjaya dunia akhirat.
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin telah pun bersetuju menjalinkan kerjasama dengan pengasas LB Creuset bagi melancarkan produk masakan utara, Nasi Daging Telentang yang kini kian mendapat tempat.
Menurut Syatilla, projek ini bukanlah satu usahasama yang biasa kerana dia juga mempunyai misi yang tersendiri untuk dilaksanakan.
“Apabila pihak LB Creuset mengajak saya untuk berkerjasama, saya terus terfikir untuk tidak menggunakan hasil keuntungan ini untuk diri saya semata-mata.
“Saya dah ada sumber pendapatan yang lain terutamanya dari bisnes saya untuk menampung hidup.
“Bila peluang seperti ini hadir, saya ingin memanfaatkannya untuk orang lain. Saya hanya sebagai platform.
“Saya mahu orang yang gunakan platform saya untuk raih pahala. Saya dapat pahala anda pun dapat pahala,” katanya kepada MH.
Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, segala hasil keuntungan daripada projek usahasama ini akan didermakan untuk menampung dana membina sebuah masjid di Sungai Siput, Perak.
“Soal masjid ini pula, saya rasa memang rasa bertuah kerana salah seorang ahli keluarga saya dia memang menuntut di sekolah pondok di sana. Keadaan di sana amat sederhana.
“Suraunya pula sangat kecil dan tak mampu untuk menampung anak-anak tahfiz serta penduduk kampung di sana. Bila masyarakat sana ada niat nak bangunkan masjid, projek terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bajet.
“Mereka juga dah buntu walaupun dah iklankan dibeberapa tempat, masih tiada orang yang tolong. Bila saya dapat tahu, saya rasakan saya boleh tolong. Orang kenal saya, kenapa pula saya tak nak gunakan kesempatan ini untuk tolong orang.
“Dengan niat ini, saya tidak akan ambil satu sen pun. Sebenarnya itu bukan duit saya tapi duit mereka yang membeli produk ini.
“Walaupun sepatutnya jadi hak saya, saya nak serahkan semuanya di sana supaya sebelum tahun 2021 masjid ini dapat disiapkan,” jelasnya lagi.
Pada majlis tersebut, pihak LB Creuset turut melancarkan ‘pakaging’ terbaru edisi Ramadan. Nasi Daging telentang ini disediakan sendiri menerusi air tangan pengasasnya, YM Syed Haniff dan Leon Puung.
Nasi Daging Telentang boleh dipesan menerusi agen-agen berhampiran meliputi kawasan di seluruh semenanjung Malaysia.
Bersempena bulan Ramadan, pihak LB Creuset turut menawarkan promosi untuk Combo Pack Family Telentang dengan harga RM88 (4pax) manakala Individu Telentang Pula berharga RM22 (1pax).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir...