Bagai menepati ramalan, kumpulan HEART telah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2 selepas saingan minggu terakhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center, di sini, malam tadi.

Gandingan antara Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Buskers itu telah membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.

Trio tersebut menewaskan tiga lagi kumpulan lain dalam persembahan sebanyak dua pusingan yang bertemakan negara Asia dan bebas.

Buat Juri Gelak Sampai ‘Pecah Perut’, HEART Juara Muzikal Lawak Warna Musim Ke-2

IKLAN

Buat Juri Gelak Sampai ‘Pecah Perut’, HEART Juara Muzikal Lawak Warna Musim Ke-2Dalam pada itu, kumpulan U.N.I telah muncul sebagai naib juara seterusnya meraih hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Viral yang meraih wang tunai sebanyak RM50,000 serta trofi

IKLAN

Ditempatkan keempat pula jatuh kepada kumpulan Janggo yang menerima wang tunai berjumlah RM25,000 dan juga sebuah trofi.

Dalam pada itu, pelawak dan penyampai radio, Danial Lawak Solo telah pun diangkat sebagai pemenang trofi bagi anugerah Superstar Musim Ini.

IKLAN

Selepas dinobatkan sebagai juara, kumpulan turut berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah RM10,000 buat badan kebajikan, Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al Fattah yang terletak di Semenyih, Selangor.

Para peserta pada tahun ini diadili oleh juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin, dan Nur Fazira dengan pemarkahan sebanyak 50 peratus dan 50 peratus lagi daripada undian penonton.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Elly Mazlein turut digamatkan dengan persembahan istimewa daripada barisan artis popular tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Azlan (The Typewriter), Akim & The Majistret dan Bunkface.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI