Ahad lalu, seluruh negara telah menyambut hari ibu dan rata-rata masyarakat di negara ini telah berkongsi gambar bersama ibu masing-masing berserta ucapan manis buat ibu tersayang.

MH tertarik dengan perkongsian chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob yang berkongsi ucapan hari ibu buat tiga orang wanita penting di dalam hidupnya.

Ucapan hari ibu itu diberikan kepada ibu kandungnya, isteri tercinta dan tidak lupa buat ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Datuk Seri Najib Razak.

IKLAN

“Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya

 

“Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi

 

“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad

 

“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!,” tulisnya.

Sungguh terharu hati MH apabila membacakan ucapan yang diberikan oleh Fazley buat tiga wanita penting dihatinya ini.

IKLAN

Seperti yang Fazley katakan, walau apapun yang berlaku air yang dicincang tidak akan pernah putus.

IKLAN

MH rasa masih belum terlambat untuk MH ucapkan selamat hari ibu buat seluruh ibu di dunia ini. Jagalah hati ibu selalu kerana syurga kita terletak di bawah kaki ibu.

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI