
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, telah memfailkan saman berjumlah AS$35 juta (kira-kira RM163 juta) terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, berhubung penjualan kepentingan dalam kilang wain mewah mereka, Château Miraval, yang terletak di Perancis.
Menurut laporan majalah People, tindakan undang-undang itu difailkan selepas pihak Pitt mendakwa Jolie telah menjual bahagiannya dalam syarikat tersebut tanpa sebarang perbincangan atau persetujuan daripada beliau.
Penjualan itu dipercayai dilakukan pada tahun 2021 kepada sebuah syarikat milik pelabur Rusia, Yuri Shefler. Dalam dokumen mahkamah yang dikemukakan pada 29 Oktober lalu, pihak Pitt turut menyertakan satu e-mel daripada Jolie yang dijadikan bukti utama dalam kes berkenaan.
Pelakon filem Fight Club itu menegaskan bahawa tindakan bekas isterinya itu telah menjejaskan operasi serta reputasi perniagaan wain Miraval yang sebelum ini diurus bersama.
Pitt mendakwa, penjualan tersebut bukan sahaja dilakukan secara tergesa-gesa, malah menyalahi perjanjian asal mereka yang menetapkan sebarang keputusan berkaitan syarikat mesti dibuat secara bersama. Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi berjumlah AS$35 juta sebagai pampasan terhadap kerugian yang dialami.
Sementara itu, pihak Jolie melalui peguamnya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan Pitt sebagai cubaan untuk terus menekan serta mengawal beliau dari segi kewangan dan undang-undang.
Peguam Jolie juga mendakwa tuntutan Pitt itu tidak berasas kerana segala urusan jual beli telah dilakukan secara sah mengikut prosedur undang-undang.
Dalam perkembangan sama, pihak Jolie turut enggan menyerahkan beberapa dokumen tambahan yang diminta oleh Pitt atas alasan ia dilindungi di bawah perjanjian kerahsiaan (NDA) serta hak komunikasi antara peguam dan klien.
Mahkamah dilaporkan akan meneruskan sesi pendengaran seterusnya pada 17 Disember depan bagi meneliti semula permohonan dokumen dan tuntutan kedua-dua belah pihak.
Pertikaian mengenai Château Miraval itu menjadi lanjutan kepada perbalahan panjang antara pasangan bintang Hollywood tersebut yang berpisah pada tahun 2016 selepas 12 tahun bersama dan mempunyai enam orang anak hasil hubungan mereka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persoalan mengapa penyanyi Indonesia, Shae dilihat tidak menyanyikan lagu popularnya yang berjudul ‘Sayang’ di acara sidang media dan konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), baru-baru ini akhirnya terjawab.
Menurut Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, dia tidak boleh lagi membawakan lagu berkenaan sejak empat tahun lalu disebabkan isu perundangan dan hak cipta.
“Saya tahu ramai yang bertanyakan hal ini. Lagu Sayang itu memang sangat popular. Sejujurnya, saya sudah beberapa tahun tidak menyanyikan lagu itu disebabkan isu perundangan yang sudah berlanjutan agak panjang.
“Isu ini kerap kali berbangkit. Saya sudah pun berbincang mengenai situasi ini dengan pihak Astro dan peguam saya sendiri untuk mempertimbangkan segala pilihan yang ada.
“Malah, saya sudah bersedia untuk tidak dipilih kerana tak mahu program ini ‘hancur’ disebabkan saya. Ketika itu, apa yang terbaik buat Astro, itu adalah keutamaan saya.
“Namun, Astro tetap memilih untuk beri peluang kepada saya,” katanya ketika ditemui selepas konsert minggu pertama GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Jelas Shae lagi, situasi ini turut memberikan kesan terhadap kerjayanya sebagai penyanyi.
“Saya sangat sedih kerana tidak dapat membawakan lagu ‘Sayang’ sejak beberapa tahun yang lalu. Orang mengenali saya disebabkan lagu itu.
“‘Sayang’ juga yang menghidup kerjaya muzik saya. Bila lagu itu tak boleh nak dibawakan, ia seperti pengakhiran buat kerjaya saya,” luahnya lagi.
Dalam masa sama, Shae turut menjelaskan, isu ini tiada kena mengena dengan syarikat rakaman lamanya.
“Hubungan saya dengan syarikat rakaman sebelum ini masih lagi baik. Tak kiralah sama ada di Indonesia atau Malaysia. Sehingga kini, kami saling berhubung antara satu sama lain.
“Anggap sahajalah isu ini berlaku disebabkan ‘orang tengah’. Saya minta maaf. Kalau boleh, saya memang nak bagitahu lebih.
“Namun, peguam saya nasihatkan untuk menjaga batas bila berkongsi,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan sekiranya isu ini masih berpanjangan, Shae menyerahkan segalanya kepada aturan Tuhan.
“Saya tak tahu bagaimana keadaan masa hadapan saya nanti. Setiap artis yang menciptakan muzik dan karya seni mereka sendiri perlu menunggu momen-momen tepat untuk karya mereka diterima.
“Malah, ada yang perlu tunggu bertahun-tahun agar momen istimewa itu tiba dan lagu kita diterima ramai. Saya pun tak tahu bila isu ini akan berakhir.
“Saya hanya menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Ia bukan di bawah kawalan saya,” akhirinya.
Imbas kembali, lagu Sayang yang dilancarkan pada tahun 2012 berjaya mencipta fenomena di Indonesia dan Malaysia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Meskipun pernah terpalit dengan pelbagai ujian hidup, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz tetap bersyukur dengan kehidupan yang dilaluinya kini.
Menurutnya, dia mahu sentiasa bersangka baik serta percaya bahawa setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
“Alhamdulillah, ketika ini, saya menjalani hidup dengan sangat baik. Apa sahaja yang kita lalui, ada kalanya kita merasakan seperti sudah tiada jalan keluar.
“Dunia rasa gelap dan kita sering bertanya kepada Allah kerana sesuatu perkara itu terjadi kepada kita.
“Namun, saya yakin, sesiapa sahaja yang melalui ujian dan dugaan, tidak ada bumi yang hujan selamanya. Walaupun bertahun hujannya lebat tapi inshaAllah awan itu akan berlalu.
“Begitulah roda kehidupan kita. Mungkin inilah masanya untuk saya bersangka baik agar kehidupan saya lebih cerah pada masa hadapan. Saya bercakap untuk diri sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu ‘Kalau Cinta’ itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Havoc Trio Festival 2025, baru-baru ini.
Aliff menambah, setiap insan akan diuji dalam hidup, namun kekuatan untuk bangkit semula amat penting walaupun berdepan dugaan yang sangat berat.
“Dalam kehidupan ini, penuh warna-warni. Semua orang yang hidup, pasti akan diuji. Sama ada diuji dengan kelakuan sendiri atau kelakuan yang mendatang, semua orang ada ujiannya.
“Itulah satu perkara yang saya sentiasa pegang. Adakah ujian akan buat kita putus asa? Saya pernah lalui fasa itu dahulu. Fasa yang sangat gelap.
“Ketika itu, saya hilang pertimbangan diri dan lakukan hal yang bukan-bukan. Malah, orang mungkin akan kata saya akan jadi lebih teruk.
“Alhamdulillah, saya masih lagi berdiri di sini, sihat dan waras. Apa yang saya pelajari adalah hidup harus diteruskan.
“Setiap perkara yang terjadi, kita balikkan kepada Allah. Jika kita tak melihat hikmahnya, hidup kita akan berkecamuk,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Aliff turut mendedahkan, dia juga tidak membaca komen negatif di media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.
“Saya tidak baca atau terlalu meneliti apa yang diperkatakan oleh netizen. Saya sudah berada di satu tahap, walau apapun yang saya kongsikan, netizen akan berikan pelbagai reaksi.
“Ada yang akan mendoakan yang terbaik dan ada juga yang sebaliknya. Pada saya, itu normal. Yang tidak baik, saya tak simpan dalam hati. Yang baik, saya aminkan.
“Saya tak rasa terkesan. Setiap hari, akan ada sahaja perkara yang orang nak perkatakan. Kalau saya tak jaga cara penerimaan, saya juga yang down nanti,” akhirinya.
Untuk rekod, Aliff Aziz sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga bersama bekas isteri yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Mereka disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024 selepas pernah berpisah kali pertama pada 16 Mei 2019, sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Momentum kejayaan pengasas ANAS Cosmetics yang juga pempengaruh, Anas Zahrin, terus bersinar apabila dia dinobatkan sebagai Seller Creator Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025, menewaskan tiga lagi calon hebat yang bukan calang-calang.
Kemenangan itu menjadi pencapaian sulungnya di platform e-dagang popular tersebut dan satu lagi detik bermakna dalam perjalanan karier usahawan serta pempengaruh kelahiran Kota Tinggi, Johor ini.
“Alhamdulillah detik manis buat saya pada tanggal 1 November 2025 ini untuk dikenang sampai bila-bila selepas lebih tiga tahun menyertai platform Shopee.
“Penamat indah buat saya pada penghujung tahun ini. Momentum kejayaan dan pencapaian berterusan ini tentunya menjadi pembakar semangat untuk saya serta legasi manis buat ANAS Cosmetics kerana ironinya, ada ‘seller’ di luar sana pantas berputus asa.
“Malah ada mudah mengalah apabila sesuatu yang diusahakan gagal atau menemui titik terendah. Namun saya harus berfikir sebaliknya. Istilah negatif itu harus dibuang jauh dari dalam diri,” katanya.
Pemilik nama sebenar Mohamad Anas Zahrin Haji Atan ini turut menjelaskan produk keluarannya telah mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan pengguna.
“Penjualan produk yang terdiri daripada pelbagai jenis produk termasuk lipmatte dan serum bibir terjual ratusan ribu di Shopee dengan tawaran harga mampu milik dan berpatutan.
“Jutaan terima kasih kepada penggemar dan peminat jenama saya terdiri dari golongan B40, suri rumah dan mereka yang kurang mampu atas sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” ujarnya lagi.
Tidak mudah selesa dengan pencapaian yang diraih, Anas menegaskan kejayaan ini bukan titik akhir.
“Saya bersyukur kerana sudah lebih 18 kali menerima pengiktirafan dari TikTok. Begitu juga seterusnya dengan kejayaan ini pula.
“Ia bukan titik akhir, sebaliknya saya mahu cipta dan lakar banyak benda lagi. Terutama untuk kita orang Malaysia terus menyokong produk lokal yang pastinya berkualiti, berpatutan dan harga mampu beli setanding dengan jenama antarabangsa,” katanya optimis.
Tahun hadapan, jenama yang diusahakannya ini bakal tampil dengan 15 rangkaian produk baharu sebagai kesinambungan kepada kejayaan sedia ada.
Selain aktif dalam dunia perniagaan, Anas juga tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial.
Misalnya pada beberapa minggu lalu, Anas menyerahkan sumbangan cek RM50,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia sebagai sokongan kepada rakyat Palestin menerusi kempen Sumud Flotilla.
Ia erentak dengan kejayaan mega jualan lipmatte jenamanya yang berjaya mencatat jualan 1 juta unit di TikTok, sekaligus membuktikan bahawa kejayaan dan keprihatinan boleh berjalan seiring.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
