Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman akui teruja apabila kisah penghijrahan dan perjalanannya menunaikan umrah telah menjentik hati banyak pihak.

Menurut Norreen, dia juga berharap agar perkongsiannya itu dapat membuka hati banyak pihak untuk sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.

“Bila Tengok Video Saya, Ada Yang Mula Cari Sejadah,”- Kisah Hijrah Jadi Inspirasi, Norreen Iman Enggan Peduli Komen Negatif

“Bila sampai di lapangan terbang, air mata sudah mula mengalir teresak-esak. Saya rasa bersyukur sebab Allah bagi saya sampai di Tanah Suci.

“Saya tiada buat sebarang persediaan dan segalanya berlaku secara tiba-tiba. Saya gembira apabila posting saya itu dapat menyentuh jiwa banyak pihak.

“Semua tahu saya ini macam mana orangnya dahulu. Saya harap ia dapat memberikan perkara positif kepada mereka,” katanya kepada MH.

Pelakon drama Cika Buta itu berkara sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen Nona Glam Raya yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor pada Selasa.

“Bila Tengok Video Saya, Ada Yang Mula Cari Sejadah,”- Kisah Hijrah Jadi Inspirasi, Norreen Iman Enggan Peduli Komen Negatif “Bila Tengok Video Saya, Ada Yang Mula Cari Sejadah,”- Kisah Hijrah Jadi Inspirasi, Norreen Iman Enggan Peduli Komen Negatif

IKLAN

Pada masa sama, Norreen turut bersyukur kerana urusan kerjanya tidak terganggu meskipun selepas berhijrah.

“Dari segi kerja pula, alhamdulillah, mereka sangat menyokong. Mereka pun faham sebab saya masih orang yang sama.

“Cuma, ketika ini, saya kurangkan apa yang tidak perlu dibuat seperti menyebut perkara yang tidak elok di media sosial,” ulasnya lagi.

Ditanya mengenai responnya bila ada segelintir pihak yang mengatakan kisah penghijrahannya itu hanyalah sekadar konten di media sosial, ini jawab Norreen;

IKLAN

“Bila Tengok Video Saya, Ada Yang Mula Cari Sejadah,”- Kisah Hijrah Jadi Inspirasi, Norreen Iman Enggan Peduli Komen Negatif

“Saya tak boleh tutup mulut orang. Sejak dahulu lagi, saya buat perkara baik atau jahat, orang tetap akan mengata. Mungkin mereka lihat kisah penghijrahan orang lain yang ada unsur negatif.

“Namun, saya bukanlah begitu. Saya tak takut untuk bercakap mengenai perkara ini sebab saya tak terfikir untuk melakukan perkara negatif.

“Saya tahu kenapa niat saya nak berubah. Lagipun, perkara ini melibatkan soal agama.

IKLAN

“Terpulanglah nak cakap apapun, fokus saya hanya untuk perkara positif sahaja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Norreen akui senang apabila dapat sama-sama mengajak orang lain melakukan hal kebaikkan.

“Bila Tengok Video Saya, Ada Yang Mula Cari Sejadah,”- Kisah Hijrah Jadi Inspirasi, Norreen Iman Enggan Peduli Komen Negatif

“Bila tengok posting saya, ada yang dm bagitahu, mereka tidak rasa ketinggalan. Ramai juga yang seperti saya. Saya gembira sebab ada diantara mereka yang sudah mula cari sejadah.

“Mereka gembira sebab orang sekasar saya juga boleh perlahan-lahan berubah. Bila mereka cerita kisah mereka, ia jadi pemangking semangat buat saya juga.

“Saya tak rasa keseorangan. Jadi, saya boleh terus istiqomah dengan pengikut saya di media sosial. Saya suka berkongsi cerita,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI