Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa, selepas lebih tiga bulan ‘hilang’ dari media sosial.
Menurut Hafiz, kos untuk untuk menerbitkan filem pendek pertamanya itu adalah sekitar RM500,000.
“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon.
“Lalu kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus. Saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem pendek berkenaan di IOI Putrajaya, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya selain tidak melibatkan keuntungan.
“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.
“Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya.
Ads
“Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam.
“Namun mungkin ada peluang lain selepas ini, mungkin sudah ada kepercayaan daripada badan seperti Finas atau terbitan Ainaa Dokumentari di Netflix. Saya suka hasilkan sesuatu berdasarkan kisah benar,” katanyq lagi.
Naskhah dalam genre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian.
“Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.
Ads
“Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan,” tambahnya.
Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz bersama mesej yang ingin disampaikan iaitu berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Ads
Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.
Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.
Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.
Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty sejak 22 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita mendengar pasangan suami isteri yang ditimpa ujian saat suaminya mengecap kejayaan. Bercakap mengenai perkara tersebut, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menegaskan dia akan berusaha menjaga hatinya daripada anasir-anasir luar yang mampu menggugat kebahagiaan rumah tangganya. #MHnews#MediaHiburan♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Nana Mahazan mengakui, dia ada sebab tertentu mengapa tidak beri fokus terhadap dunia lakonan, meski pernah terlibat di dalam beberapa buah naskhah sebelum ini.
Katanya kepada MH, sebagai seorang yang agak lama dalam industri, dia perlu sedar dan tahu akan kemampuan diri.
“Saya pernahlah dulu berlakon watak-watak kecil. Akan tetapi setakat ini, saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak berlakon lagi.
“Saya pegang janji itu lebih 11 atau 12 tahun lebih kurang, memang agak lama. Bukan merajuk, tapi sebab ‘kau kayu ya’ dan kau kena sedar diri,” kongsinya secara seloroh.
Bagaimanapun pengacara program Mentor 7 ini mengakui masih ada menerima tawaran untuk berlakon drama, beberapa tahun lalu.
Cumanya ibu kepada dua cahaya mata ini agak sukar untuk menjadi orang lain selain menjadi diri sendiri.
“Adalah beberapa tahun lalu ada tawaran berlakon drama, tapi saya beritahu diri sendiri, ‘tak mahulah dan tak nak bodohkan diri sendiri’. Sebabnya, saya tak boleh nak jadi orang lain selain diri sendiri.
“InsyaAllah kalau ada rasa mahu cabar diri, saya tidak teragak-agak untuk cuba. Tapi biarlah apa yang dilakukan itu berbaloi,” kongsi Nana yang pernah menjadi hos bagi program Pesona Pengantin ini lagi.
Ditanya sama ada suami turut memberi kebebasan buatnya dalam mengembangkan kerjaya, Nana menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai memahami.
“Dia seorang yang sangat menyokong sejak hari pertama lagi kami kenal. Bahkan dia jugalah yang jadi ‘pengkritik tetap’, tegur sama apa yang boleh diperbaiki,” jelas Nana.
Terdahulu, bekas pelajar Akdemi Fantasia musim pertama ini pernah terlibat menerusi filem Gengster dan Maut.
Foto: Instagram Nana Mahazan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehilangan penyanyi Siti Sarah masih lagi diratapi suaminya, Shuib Sepahtu biarpun sudah hampir setahun Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir.
Baru-baru ini juga, menerusi satu program hiburan, Shuib mendedikasikan koleksi lagu-lagu hits isterinya yang ditayangkan sempena meraikan sambutan Syawal.
Selain Shuib, program itu turut mengundang beberapa rakan artis seperti Siti Nordiana yang mengadakan persembahan dengan menyanyikan lagu Sarah berjudul Bersamamu serta berduet dengan Shuib menerusi lagu popular Indonesia, Jangan Ada Dusta Di Antara Kita.
Video persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana itu menjadi tular di TikTok yang mana rata-rata netizen cuba ‘menjodohkan’ penyanyi itu dengan Shuib malah ada yang mengatakan kedua-dua selebriti tersebut mempunyai wajah yang seiras.
“Ya Allah semoga ada jodoh antara Nana dengan Shuib, amin 99 kali.
“Muka Shuib dan Nana ni nak sama.
“Sedap suara Siti Nordiana bawakan lagu arwah Siti Sarah. Saya dengar lagu ini penuh penghayatan.
Antara yang mencuri tumpuan di dalam lampiran gambar yang dikongsi termasuk sebiji kek comel pemberian Fazura yang turut dihiasi bentuk patung yang dilakar iras Rizman.