Selepas memutuskan untuk berdiam diri, pelakon Hun Haqeem akhirnya memberikan kenyataan berhubung pendedahan bekas pihak pengurusannya, MIG dan penerbit, David Teo yang menuntut lebih RM600,000 sebagai ganti rugi berikutan tindakannya menamatkan kontrak lebih awal.

Menurut Hun, dia mahu menyelesaikan isu ini secara dalaman kerana tidak mahu mencalarkan nama baik industri seni tanah air.

“Saya Okay, Tak Simpan Dendam,”- Isu Langgar Kontrak & Tuntutan RM600,000, Hun Haqeem Akhirnya Jawab!

“Saya dapat tahu hal ini daripada media sosial. Ada orang bagitahu yang David Teo ada berikan kenyataan. Saya sebenarnya tidak mahu memberikan sebarang respon.

“Hal ini telah berlaku sejak 2020. Ia bermula ketika PKP. Ketika itu, ramai terkesan dari segi mental dan fizikal.

“Saya tak mahu musnahkan keindahan industri seni kita. Ada banyak lagi kejayaan yang anak seni sudah capai.
Kami juga aktif buat kerja kebajikan.

“Dunia kini sudah dipenuh banyak perkara tak elok seperti PKP dan kemelut di Gaza.
Saya tak nak tunjuk perkara tak elok lagi,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pelakon drama Kampung People itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Program Ramadan Astro 2024 yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

“Saya Okay, Tak Simpan Dendam,”- Isu Langgar Kontrak & Tuntutan RM600,000, Hun Haqeem Akhirnya Jawab!

Pada masa sama, Hun akui terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh pihak bekas pengurusannya itu.

“Saya terkejut juga sebab kes ini berlaku sejak tahun 2020. Sewaktu pusingan pertama, keputusan memihak kepada saya dan saya tak buat sebarang kenyataan.

IKLAN

“Bila pihak di sana beri kenyataan sebegitu? Saya tertanya-tanya kenapa dia buat sebegitu? Apapun, itu bahagian dia dan saya tak boleh nak komen apa-apa.

“Proses mahkamah sedang berlangsung. Saya tak mahu berikan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan prejudis.

“Kedua-dua kami pun sudah dewasa. Pihak saya masih menunggu keputusan akhir pada bulan Oktober nanti,” ulasnya lagi.

Katanya lagi, dia juga terbuka untuk berdamai dengan pihak pengurusan lama selain turut berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

IKLAN

“Saya Okay, Tak Simpan Dendam,”- Isu Langgar Kontrak & Tuntutan RM600,000, Hun Haqeem Akhirnya Jawab!

“Kalau saya berjumpa David Teo di mahkamah, saya akan bersalaman dia. Saya okay sahaja dengan dia dan tidak menyimpan sebarang dendam.

“Pada akhirnya, industri kita kecil sahaja. Saya selalu percaya yang kita tidak boleh berbuat jahat pada orang lain. Kita akan berjumpa mereka semula.

“Sudah tentu saya nak selesaikan perkara ini dengan baik. Saya akan turut sahaja apa perintah mahkamah dan peguam,” akhirinya.

Terdahulu, penerbit, David mendedahkan mengenai kemenangannya atas kes saman terhadap Hun dan pelakon itu diperintahkan membayar sejumlah ganti rugi sebanyak RM613,950.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI