Aktres Uqasha Senrose menegaskan adik-beradik dan keluarganya tidak pernah menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti dalam apa sahaja percubaan untuk terjun ke dalam dunia seni.

Menurut Uqasha, kesemua ahli keluarganya mula menempa nama kerana usaha mereka sendiri yang bermula daripada bawah.

Malah, hal yang sama juga berlaku sewaktu adiknya, Farza Dida Qirana mencuba nasib untuk menyertai uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 pada Sabtu lalu.

“Bila Orang Tanya Siapa Kakak, Takkan Nak Cakap Orang Utan,” – Adik Ikut Audition HeroDewi Remaja, Uqasha Nafi Guna ‘Kabel’

“Sejak daripada Raysha lagi, dia tidak pernah menjual nama kakak-kakaknya ketika masuk Dewi Remaja 2017. Sama juga seperti Dida. Mereka tak pernah sebut nama kami kononnya nak tunjuk mereka ada ‘kabel’.

“Masa Raisha menang dahulu, tiada kena mengena dengan kami. Dia menang sebab diri dia sendiri. Jadi, bila Dida datang ke uji bakat dan ada yang tanya siapa kakak dia? Dia terpaksa jawab. Takkan nak jawab orang utan pula.

“Jadi, saya tak nak la orang fikir yang ada unsur bias atau pilih kasih dalam hal ini,” tulisnya.

“Bila Orang Tanya Siapa Kakak, Takkan Nak Cakap Orang Utan,” – Adik Ikut Audition HeroDewi Remaja, Uqasha Nafi Guna ‘Kabel’ “Bila Orang Tanya Siapa Kakak, Takkan Nak Cakap Orang Utan,” – Adik Ikut Audition HeroDewi Remaja, Uqasha Nafi Guna ‘Kabel’

IKLAN

Isteri kepada pelakon terkenal yang juga merupakan Juara Hero Remaja 2005/06, Kamal Adli itu berkata sedemikian selepas ditemui di uji bakat program berkenaan pada Ahad.

Pelakon filem, Sumpahan Jerunei itu merupakan salah seorang juri penilai pada hari kedua.

“Bila Orang Tanya Siapa Kakak, Takkan Nak Cakap Orang Utan,” – Adik Ikut Audition HeroDewi Remaja, Uqasha Nafi Guna ‘Kabel’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Dalam pada itu, Uqasha turut menyuarakan keyakinan bahawa adiknya itu mempunyai masa hadapan yang sangat cerah dan bakatnya boleh digilap.

IKLAN

“Pada saya, Dida baru sahaja 19 tahun. Perjalanannya jauh lagi. Mungkin bukan di sini rezeki dia atau dia boleh cuba uji bakat lagi kalau dia mahu.

“Masa di bilik uji bakat, dia tak sebut langsung siapa kakak-kakak dia. Dia jadi diri sendiri tapi perkara ini tak boleh sorok. Saya nampak dia punyai masa depan yang cerah kerana berpengetahuan luas.

“Malah, dia kini sedang menuntut dalam bidang perfileman di UiTM. Mungkin bakatnya boleh digilap lagi untuk dia ke apa-apa program uji bakat,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Uqasha turut memaklumkan dia akan sentiasa menyokong Dida dalam apa sahaja bidang yang diceburinya nanti.

“Suami saya bekas Hero Remaja. Adik saya pula bekas Dewi Remaja. Jadi, takkan la saya nak harapkan semua keluarga saya jadi Hero Remaja atau Dewi Remaja.

IKLAN

“Namun, perkara itu telah Allah takdirkan sebegitu. Saya tak pernah minta. Secara kebetulan, Dida ini punyai minat dalam dunia nyanyian dan pengacaraan. Dia nak cungkil bakatnya lagi.

“Mungkin juga Dida terlalu nervous sehingga tak dapat nak buat dengan baik ketika uji bakat. Dia juga tak dapat perkenalkan diri dengan personaliti yang menarik.

“Dia bukan seorang yang bising. Dia sangat beradab dan bercakap pun lemah lembut. Mungkin sebab itu juri tak nampak wow factor dia lagi,” akhirinya.

Terdahulu, di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung pada Sabtu, Dida berjaya mara sehingga ke stage ke-3 namun dia tidak dapat meneruskan perjalanan ke peringkat seterusnya.

Sekadar informasi, uji bakat Hero Remaja 2023 bakal berlangsung di tiga buah negeri lagi iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Selangor.

Berikut adalah tarikh-tarikhnya;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja)

Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI