Buat penggemar festival muzik, bersedialah untuk sesuatu yang sangat gempak pada bulan Ogos dan Oktober ini.

Hampir 40 selebriti ternama tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Dolla dan Ella bakal dihimpunkan bagi menggegarkan pentas di tiga buah negeri untuk acara muzik terbesar negara, KEPCI Music Fest 2023.

Siti Nurhaliza, Amy Search & Masdo Bakal Gegarkan KEPCI Music Fest Di 3 Negeri, Tak Perlu ‘Perang’ Tiket. Ikut Je Langkah Mudah Ini!

Festival muzik yang diadakan buat julung-julung kalinya itu bakal berlangsung bersempena meraikan ulang tahun kelahiran jenama ayam goreng kesukaan ramai, KFC yang ke 50 di Malaysia.

Malah, ia juga merupakan hadiah daripada KFC bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.

IKLAN

Konsert berskala besar dan sarat aktiviti menarik ini akan bermula di Stadium Malawati, Shah Alam pada 26 Ogos, diikuti pula di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Sabah pada 6 Oktober dan berakhir di Stadium Larkin, Johor pada 21 Oktober.

Acara ini juga bakal menggabungkan artis-artis tempatan daripada pelbagai genre seperti Bunkface, Forceparkbois, Masdo, Insomniacks dan ramai lagi selain turut diselitkan dengan permainan dan persembahan kebudayaan.

Siti Nurhaliza, Amy Search & Masdo Bakal Gegarkan KEPCI Music Fest Di 3 Negeri, Tak Perlu ‘Perang’ Tiket. Ikut Je Langkah Mudah Ini!

IKLAN

Menariknya, anda tidak perlu pun bersusah payah untuk berperang tiket seperti muzik-muzik festival yang lain. Untuk mendapatkan tiket bagi KEPCI Music Fest ini, anda hanya perlu membeli mana-mana set Kepci Music Fest Combo.

Ikuti sahaja 4 langkah mudah ini:

IKLAN
  1. Beli mana-mana set Kepci Music Fest Combo.
  2. Muat naik resit pembelian anda di laman web ini.
  3. Tebus tiket secara atas talian dengan kod yang diberikan melalui email pengesahan.
  4. Nikmati kemeriahan festival muzik terbesar, Kepci Music Fest 2023.

Siti Nurhaliza, Amy Search & Masdo Bakal Gegarkan KEPCI Music Fest Di 3 Negeri, Tak Perlu ‘Perang’ Tiket. Ikut Je Langkah Mudah Ini!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara muzik terbesar negara. Tunggu apa lagi? Segera dapatkan tiket anda di semua 770 outlet KFC di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sahaja melayari laman web ini- kepcimusicfest.com.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI