Penyanyi, Najwa Mahiaddin mendedahkan dirinya tidak mempunyai perancangan untuk mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menceburi bidang politik.
Menurut Najwa, dia akan tetap memberikan fokus terhadap kerjaya seni dan belum bersedia untuk menceburi bidang lain.
“Saya tak reti nak berpolitik. Secara peribadi, jiwa saya memang lebih tertumpu kepada bidang seni,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Got To Go ini turut memberitahu, meskipun dirinya lahir daripada keluarga ahli politik, namun, dia tidak pernah rasa tertekan untuk melakukan perkara yang disukainya itu.
“Saya tak rasa sebegitu kerana keluarga saya memang sangat faham yang saya memang tidak mempunyai minat ke arah politik. Mereka memang menyokong kerjaya seni saya sejak awal lagi.
“Mereka tahu saya sukakan bidang seni. Bila saya masuk ke universiti pun saya belajar mengenai muzik.
Ads
“Jadi, saya tidak pernah rasa tertekan dan keluarga pun tak pernah memaksa saya untuk menceburi sesuatu bidang itu kerana mereka tahu saya sudah ada pilihan sendiri,” ujarnya lagi.
Najwa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Rahsia yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, Najwa turut memaklumkan status ibu sedikit sebanyak membataskan dirinya bergiat aktif dalam bidang seni
Ads
“Buka masa sekarang, saya masih lagi mencari keseimbangan diantara kerja dan keluarga. Sebelum ini, kita harus melalui fasa pandemik COVID-19. Jadi, kita memang tak keluar sangat dan fokus saya lebih kepada keluarga serta anak-anak.
“Kalau saya terpaksa keluar bekerja, ibu saya yang akan menjaga anak saya kerana saya tiada pembantu dan segalanya saya buat sendiri.
“Adik-beradik lain pun ada membantu juga. Saya mahu gunakan kesempatan ini untuk lebih dekat dengan anak saya. Sekarang pun dia sudah faham bila saya harus keluar bekerja,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Najwa turut berharap agar single terbaharunya yang berjudul Alunan Lara yang menjadi lagu runut bunyi bagi filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk mengatur semula kerjaya seninya.
“Ketika fasa pandemik, saya pula mengangdung. Memang waktu rehat itu agak lama. Namun, saya tetap mempunyai kerja seni di belakang tabir yang tidak memerlukan saya untuk ke hadapan.
“Mungkin baru sekarang pihak media dan peminat dapat melihat saya kembali. Saya juga banyak melakukan kerja-kerja di studio yang bakal keluar tidak lama lagi
“Disebabkan fokus untuk membersar anak, saya kini masih merancang untuk menghasilkan lagu baru. Jadi, saya harap lagu Alunan Lara yang menjadi OST untuk filem Rahsia dapat membuka peluang-peluang baharu untuk saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Allahyarham Ashraf Sinclair berhajat untuk menunaikan umrah bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Sinclair dalam tempoh terdekat.
Namun, semuanya tidak kesampaian apabila Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Ustaz Samsul Maarif yang merupakan sahabat Allahyarham.
Malah, Samsul berkesempatan untuk menziarahi pusara Allahyarham, memandangkan dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah.
“Hubungan kami sangat baik dan harmoni. Kami sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.
“Kali terakhir kami berbual adalah ketika itu saya berada di Madinah.
“Ketika itu (pada bulan Ramadan 2019), Ashraf ada berhajat untuk membawa Bunga dan Noah menunaikan umrah bersama,” kata Samsul menerusi video KH Infotainment.
VIDEO
Terdahulu, arwah yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
Video : KH Infotainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski tidak pernah menyatakan hubungan keduanya secara rasmi akan tetapi pasangan selebriri, Redza Rosli dan Ayda Jebat sering mendapat perhatian ramai dek gambar kemesraan yang dikongsikan di laman Instagram.
Malah, peminat keduanya turut berkongsi foto-foto mereka berdua.
Bukan itu sahaja, Redza baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto bersama Ayda dengan menitipkan ucapan hari jadi buat Ayda semalam.
“On your special day i would like to wish you Happy Birthday & May Allah bless u always. It bring a smile on my face by simply thinking of you. And that smile become brighter whenever im with you..
“Thank you so much for showing me the true meaning of love. Thank you for all wonderfull things you have given me..
“You are the reason why i smile everyday. There is no need for a special day to remind me how special you are for the stars always shine whenever you are near me. Wonderful Birthday!,” tulis Redza.
Menerusi posting yang dikongsikan peminat Ayda dan Redza, @RedzAydaLovely, melihatkan foto di sekitar majlis sambutan hari jadi Ayda yang ke-27 tahun itu.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan akibat kesempitan hidup.
Kisah yang berlaku di Semporna, Sabah itu nyata menimbulkan tanda tanya di hati ramai pihak yang mempersoal mengapa permasalahan seperti ini boleh terjadi.
Antara yang turut terkesan sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut termasuklah pelakon, Atu Zero.
Jelas Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, dia berasa terpanggil untuk memohon maaf kerana membiarkan insiden menyayat hati seperti ini berlaku di negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Atu turut dilihat mempersoal keberadaan ketua kampung dan jiran-jiran terdekat sewaktu kejadian tersebut berlaku.
“Salam semua. Alhamdulilah. Maafkan saya dik. Mana ketua kampung disitu jiran-jiran diorang tidak tanya ka masalah saudara-saudara di sekeliling.
“Nasib baik ada sukarelawan situ yang lalu. Terima kasih banyak-banyak sama sukarelawan tu,” tulisnya.
Rasa sedih itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Atu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak sukarelawan yang membantu menyempurnakan jenazah bayi tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga bayi tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Allahuakbar, SubhanAllah. Kesiannya baby tu. Aku tersentak baca ni. Lindungilah anak-anak kami semua Ya Allah.
“Nun di syurga tempatmu. Tiada lapar tiada sakit hanya kegembiraan sayang. Allahu.
“Allahuakbar berat dugaan si ibu.
“Semoga nasib keluarga ini terbela,” antara komen-komen yang diberikan netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Atu Zero
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Lily Allen, mendedahkan bahawa dia baru sahaja menjalani rawatan di sebuah pusat terapi bagi mendapatkan ketenangan dan keseimbangan dalam hidupnya.Menerusi episod terbaru...