Siapa sahaja yang tak kenal dengan Lah Ahmad? Penyanyi tampan dan bersuara lunak ini mula menempa nama sewaktu menganggotai kumpulan vokal lelaki popular, Voices Of Euphonious atau V.E.
Baru-baru ini, kemunculan Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad di Konsert Ruffedge telah menggamatkan suasana dewan sehingga konsert dikatakan terpaksa dihentikan seketika sehingga penonton bertenang.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Lah memaklumkan dirinya tidak menyangka bakal menerima sambuatan sehebat itu daripada para penonton.
“Alhamdulillah syukur. Saya sendiri tak sangka akan menerima sambutan seperti itu.
“Pada ketika itu, baru muncul di fikiran saya yang peminat Ruffedge juga membesar dengan lagu-lagu saya bersama VE. Kami umpama sebuah keluarga yang besar,” katanya kepada MH.
Ads
Tambah Lah lagi, dia juga tidak menolak untuk meneruskan projek kolaborasi bersama Ruffedge selepas ini.
“Alhamdulillah, saya dan Ruffedge baru sahaja melancarkan single berjudul Putus. InshaAllah akan ada lagi perancangan di masa hadapan memandangkan sambutan peminat sangat positif bila kami bersama,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Lah akui teruja apabila bakal muncul menerusi drama terbaharu yang berkisarkan tentang program realiti nyanyian yang berjudul, One Million Dollar Voice.
Menurut Lah, memegang watak sebagai Joe sememangnya amat mencabar memandang dia harus bergandingan dengan ramai pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman.
Ads
“Apa yang boleh saya katakan, drama ini memang lain daripada yang lain. Setiap watak mempunyai backstory dan agenda mereka untuk memenangi hadiah bernilai RM 1 juta.
“Ada beberapa babak yang mencabar akal dan cara lakonan saya. Namun, saya faham ia tetap harus dilakukan bagi memastikan kisah yang ingin disampaikan melalui watak Joe ini sampai je jiwa penonton.
“Saya anggap ia sebagai cabaran yang positif. Para pelakon telah memberikan yang terbaik dan semoga usaha kami ini diterima masyarakat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, ‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan tentang gelagat krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.
Ads
Dengan tekanan yang diterima, penerbitnya, TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruah serta rancangan terbitannya itu walau apa jua dugaan sekalipun.
Selain Lah dan Emma, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amelia Henderson, Ben Amir, Roy Azman dan ramai lagi.
Drama ini bakal bersiaran bermula 28 Ogos pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.
One Million Dollar Voice juga boleh distrim menerusi platform atas talian Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, sebuah akhbar tempatan telah memuat naik gambar pelakon, Fasha Sandha di laman Instagram mereka.
Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima kritikan daripada segelintir pihak yang kurang senang melihat Fasha membawa imej bertudung tetapi mengenakan seluar ketat.
Lantaran itu, pelakon tersebut telah terpanggil untuk memberi komennya mengenai isu berkenaan.
“Karekter memang disuruh pakai fesyen macam tu,” tulisnya.
Melihat responnya itu, para netizen telah memuji Fasha kerana sanggup meluangkan masa berinteraksi bersama peminat.
Malah, Fasha turut menjelaskan kepada individu berkenaan tentang peranan wataknya bagi drama tersebut.
“Watak yang saya bawakan adalah seorang yang konon-konon alim, tapi sebenarnya anak derhaka. Itu karekternya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fasha turut mendedahkan disiplin adalah kunci kejayaannya 16 tahun bergelar anak seni.
“Ramai tanya, 16 years in the industry, kenapa saya masih ada, masih berlakon. Masih pegang watak utama, Hmmmmm Syukur Alhamdulillah, Rezeki Allah bagi Sekadar berkongsi. Apa rahsia untuk kekal? Senang.
“Disiplin dan komitmen no 1 kena jaga jadi diri sendiri, cakap depan-depan jangan cakap belakang2. Ada apa2 tak puas hati, cakap baik2 dan tegur, kalau orang tu boleh terima, terima , kalau tak boleh… apa kita boleh buat. Asalkan apa yang kita buat tu betul. Kita jujur dan tak dapat DOSA mengata di belakang.
“Dalam dunia ni bukan semua orang suka kita dan kita tak boleh paksa orang suka kita. Kalau nak mengata belakang i, i tak kisah, dipersilakan.. kata la berbakul2 pun… i akan masih disini selagi i kuat bekerja,” katanya.
Wow, kagum betul MH dengan disiplin Fasha ini! Patutlah sampai sekarang ‘maintain’ je Fasha digelar antara pelakon wanita yang hebat di Malaysia ni.
Foto: Instagram Fasha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh media sosial, Khairul Aming memohon maaf kerana tidak sempat untuk bertegur sapa dan melayan orang ramai yang ingin bertemu dengannya di pusat agihan bantuan banjir di Kelantan, semalam
Menurut Khairul Aming, situasi di pusat agihan bantuan seliaannya itu sangat sibuk berikutan keadaan mangsa-mangsa banjir yang sangat kritikal dan bantuan perlu dihantar dengan segera.
“Kepada semua orang yang datang hari ini, saya minta maaf sebab tak sempat nak bergambar. Mungkin ternaikkan suara atau reaksi saya sedikit kasar.
“Saya minta maaf. Situasi hari ini sangat kritikal. Ada orang yang sudah dua hingga tiga hari tidak makan.
“Ada bayi yang sakit kulit dan orang-orang tua yang sakit. Kita kena cepat dan laju. Jadi, saya nak minta maaf sebab tak sempat nak ambil gambar, tak sempat senyum atau cakap elok-elok,” katanya.
Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh Khairul Aming menerusi sebuah hantaran video di Instagram Stories.
Lantaran itu, Khairul Aming berharap agar semua pihak faham dengan situasi yang sedang alaminya saat ini.
“Diharapkan selepas semua situasi banjir ini tamat, kita jumpa, tegur, borak dan ambil gambar macam biasa.
“Team saya pun sudah banyak hari tidak tidur. Saya minta maaf sangat. Saya harap anda semua faham dan saya sangat hargainya.
“Terima kasih juga buat anda yang menyumbangkan barangan buat mangsa-mangsa banjir,” katanya lagi.
Terdahulu, Khairul Aming dengan inisiatifnya sendiri telah pun memulakan gerakan untuk membantu mangsa-mangsa yang terjejas disebabkan musibah banjir di Kelantan sejak beberapa hari yang lalu.
Gerakan tersebut kini dilihat semakin besar dan turut mendapat bantuan daripada ramai pihak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi meningkat naik, Naim Daniel akhirnya memutuskan untuk memotong rambut kesayangannya yang difahamkan telah disimpan sejak lebih setahun yang lalu.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Naim ada berkongsi stail terbaru rambutnya yang kini dilihat tampil lebih rapi dan kemas.
Foto tersebut nyata menarik perhatian ramai selepas meraih lebih 120,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Rata-ratanya menganggap imej terbaru penyanyi lagu Sumpah ini persis pelakon-pelakon antarabangsa Korea Selatan.
Sebelum ini, Naim pernah berjanji bersama peminat bahawa dia akan memotong rambutnya itu sekiranya lagu terbarunya yang berjudul Purnama trending nombor satu di laman Youtube.
Naim akhirnya mengotakan janjinya itu dengan hanya memotong sebahagian kecil daripada rambutnya.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.