Penyanyi lagu Tradisonal, Noraniza Idris tidak dapat menyembunyikan rasa gembira seorang ibu apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi, 26, selamat bergelar suami baru-baru ini.

Malah, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awallah Dondang dan Dikir Puteri itu ada merakam kembali memori dan tingkah anak sulungnyai ketika masih kecil menerusi Instagram, bersempena dengan hari bersejarahnya itu.

“Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23 ni memang #copycat apa papa dia buat.

“Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola.

“Kisah @aliffh23 masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama, aurat tu ma aurat tu.

IKLAN

“Kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab,” tulisnya.

Malah, Noraniza turut berkongsi momen lucunya bersama Aliff.

“Satu lg kisah @aliffh23 , dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa”.

IKLAN

“Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut perkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit .

View this post on Instagram

KISAH ALIFF HAIQAL MASA KECIL Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23 ni memang #copycat apa papa dia buat. Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola. . Kisah @aliffh23 masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama , aurat tu ma aurat tu.. kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab. . Satu lg kisah @aliffh23 , dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa” . Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut oerkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit . . Satu lg kisah @aliffh23 masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23 , sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina . Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur.. wallahualam.. ??? . Kenangan terindah bersama anak mama takkan padam dlm ingatan mama hingga akhir hayat. @ezza.nafiesha terima kasih jaga @aliffh23 baik2 ya nak.. tq @faridahabdrahman188 ibu yg baik kepada anak menantu sy yg baik. . @fee_haiqal kawin nanti mama keluarkan kisah @fee_haiqal pula ye nak.. . #mamasayangkamu #aliffxezza #feehaiqal @fadzleesufri @fahmiesufri @ndjemba #haizal

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on

IKLAN

“Satu lg kisah @aliffh23 masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23 , sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina.

“Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur,” kongsi ibu berusia 48 tahun ini yang turut mengakui, kenangan terindah bersama anak tidak akan hilang dalam ingatan.

Aliff merupakan anak Noraniza bersama bekas suami, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 25.

Foto: Instagram Noraniza Idris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI