HomeBerita“Bila Gaduh Ia Tak Dikongsikan, Hanya Berlaku Di Dalam Rumah Saja,” –...
“Bila Gaduh Ia Tak Dikongsikan, Hanya Berlaku Di Dalam Rumah Saja,” – Awal Ashaari Tak Nafi Komunikasi Sangat Penting, Scha AlYahya Dalam Sebak Kongsi Hal Perkahwinan
“Jujurnya saya beritahu, saya tidak sangka sudah berkahwin dengan Awal sudah 11 tahun. Rasa macam kami baru sahaja berkahwin.”
Demikian kata selebriti terkenal, Scha Alyahya ketika ditanya mengenai bahtera perkahwinannya bersama hos Awal Ashaari yang kini genap 11 tahun pada 4 Mei lalu.
Menurut Scha, meski tidak menafikan adanya turun naik dalam mahligai perkahwinan yang dibina namun sebagai isteri masih banyak yang perlu dipelajari demi menjaga keharmonian bersama dua cahaya mata mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.
“Dalam tempoh tersebut, memang banyak sangat struggle dia. Tidak sangka sudah 11 tahun. Bagi saya tempoh itu sebenarnya masih lagi baru. Cuma berkat kesabaran masing-masing yang membuatkan kami alhamdulillah masih lagi boleh bertahan.
“Kami sedar ada strunggle yang orang di luar sana tidak tahu. Syukur masing masing-masing saling menyokong malah Awal banyak tunjukkan contoh yang baik pada saya. Jadi itulah… ini jodoh kami berdua. Sampai bila kami sendiri tak tahu namun bagi berdoa dan cuba selagi boleh.
“Saya jarang menitiskan air mata, tak pernah (di hadapan media). Cuma bila berkongsi mengenai hal ini itulah, bila dikenangkan balik rupanya sudah 11 tahun kami bersama.
Ads
“Mungkin pada orang lain ia satu tempoh yang lama, tapi sebaliknya bagi diri saya. Kita dengar angka itu besar, namun bagi saya masih lagi sikit dan kecil. Masih banyak yang perlu kami saling belajar,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Awal juga menambah komunikasi di dalam perhubungan antara yang paling penting dalam menjaga kejahteraan hubungan baik dengan pasangan.
Ads
“Orang di luar mungkin tidak tahu sekiranya kami bergaduh… begini ke? Tapi hal tersebut tidak dikongsikan kepada umum. Kalau ia berlaku, hanya berlaku di dalam rumah sahaja. Yang terdekat tahulah apa yang terjadi.
“Tetapi disebabkan itu juga, bila kami duduk dan kenangkan balik sudah banyak perkara sebenarnya yang dilalui. Jadi kami merasakan tak berbaloi untuk kita korbankan perkahwinan ini untuk hal yang remeh temeh.
“Saya bersyukur memandangkan Scha seorang yang berterus terang. Kalau ada apa-apa masalah dia akan minta untuk berbincang. Sebagai suami saya pun suka, dari hal yang tegang bila becakap ia akan jadi sebaliknya seterusnya cuba untuk selesaikan.
Ads
“Sebelum berkahwin dengan Scha, saya tidak berada sedar bahawa komunikasi di dalam perhubungan itu sangat penting. Kita bergaduh macam musuh, tapi bila kita ada komunikasi insyaAllah ia dapat diselesaikan.
“Bagi saya itulah resipi kalau kami ada masalah sebesar mana pun, ia dapat diselesaikan dengan baik,” kata Awal ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran pasangan selebriti ini di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa pelakon, Miera Liyana iaitu Datuk Seri Kasmi Mat Arsat meninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 11.06 malam tadi.
Memetik Harian Metro, Miera memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
“Saya dengan penuh insaf rendah diri dan dukacita memaklumkan bahawa ayahanda kami telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di kediaman beliau pada 11.06 malam.
“Sehubungan dengan itu, pihak waris dan keluarga menetapkan pengurusan jenazah di Masjid At-Taqwa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas selesainya solat jenazah.
“Akhir sekali saya mewakili keluarga Allahyarham ingin menyampaikan permohonan maaf zahir batin dan mohon halal atas segala salah silap serta keterlanjuran kata serta perbuatan jika ada kepada semua yang mengenali sepanjang hidupnya.
“Mohon doakan agar segala dosanya diampunkan dan bakal ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di alam barzakh dan di akhirat nanti Insya-Allah,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH difahamkan, baru-baru ini telah berlangsungnya pertandingan Tarian Rampaian Tradisonal 2018 dan ada menerima beberapa keping gambar sekitar program berlangsung.
Bagaimanapun apa yang mengejutkan ialah, salah seorang peserta pasukan yang bertanding didakwa turut disertai Intan Liana Saleh, iaitu bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid.
Dikatakan juga, beberapa keping foto berkaitan program berkenaan turut dimuat naik di Instagram Intan. Namun, ia telah pun dipadamkan ibu beranak dua itu.
Menguatkan lagi andaian pesertanya ialah Intan ialah, ada beberapa individu turut posting gambar sekitar majlis sama lalu menanda akaun Instagram wanita terbabit menerusi foto yang diambil.
Khabarnya juga, Intan turut repost kembali gambar berkenaan meski ia telah dipadamkan Intan.
Sementara itu, beberapa jam yang lalu, Intan turut memuat naik kapsyen menerusi Insta Story iaitu;
“Happykan diri sendiri…,” tulisnya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada entri berkenaan ada kaitan dengan foto sebelum ini atau sebaliknya.
Terdahulu, Intan sebelum ini pernah terlibat sebagai artis kebudayaan sebelum mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengumumkan pengundurannya secara rasmi dalam bidang penyiaran selepas berkecimpung kira-kira 34 tahun dalam bidang berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu posting yang di muat naik di Instagram, dalam dwi-bahasa.
Sambil berkongsi perjalanan kerjaya sejak awal, Ras Adiba turut mengucapkan terima kasih dan menyifatkan pengundurannya adalah aturan dari Yang Maha Esa.
“Setelah 34 tahun, saya bakal tinggalkan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup, makan,lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian, Wartawan siaran, Pengulas sukan, Penerbit & Penyampai berita.
“Sejak 1986 di Jln Liku, saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita. Ianya hidup saya.
“Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan. Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya.
“Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini.Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya. Dan malam ini jam 8,16Mei NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita.
“Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya.
“Terimakasih TV3, terimakasih NTV7.Maaf kerana saya terpaksa berundur,bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.
“Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui?,” tulisnya panjang lebar.
Media tempatan melaporkan Ras Adiba dilantik menjadi senator mewakili golongan orang kelainan upaya (OKU) dan difahamkan, majlis angkat sumpahnya sebagai Ahli Dewan Negara itu dijangka berlangsung pada Isnin depan.
Foto: Instagram Ras Adiba Radzi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.