Kurang 24 jam lalu, Penyanyi Nombor Satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya menerusi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.
Pada ruangan caption, penyanyi Segala Perasaan itu memberitahu usia kandungannya kini sudah melalui fasa trimester ketiga dan secara seloroh menulis, dia terpaksa meminjam selipar suaminya memandangkan selipar sendiri sudah tidak muat.
“Pinjam selipa suami.. selipa saya dah tak muat,” tulisnya lalu disertai dengan tanda palang #redha #bengkak #3rdtrimester.
Perkongsian yang sehingga kini mendapat hampir 180,000 likes itu dihujani dengan pelbagai komen peminat yang rata-ratanya mendoakan agar segalanya dipermudahkan selain ada yang turut berkongsi tips bagi mengurangkan masalah bengkak di kaki ketika hamil.
Sebelum ini, penghibur kesayangan ramai itu turut megumumkan dia akan melahirkan puteri sulungnya itu bulan depan. Malah, Siti juga sempat melancarkan single khas buat anak yang bakal lahir berjudul Comel Pipi Merah baru-baru ini ketika meraikan sambutan ulang tahun kelab peminatnya, SitiZoner yang ke-14 baru-baru ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI