Dalam dunia hiburan yang penuh glamor dan pengiktirafan, pelakon legenda Fauziah Ahmad Daud kekal berpegang kepada prinsip bahawa kualiti kerja lebih utama berbanding gelaran.
Ketika ada rakan seangkatan mahupun artis muda sudah dikurniakan darjah kebesaran, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy terharu sekiranya dia terus dihargai melalui sumbangannya dalam seni.
“Biarlah Allah yang tentukan bila masa yang tepat. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa.
“Saya lebih suka bila hasil kerja saya yang berbicara. Saya lebih selesa begitu.
Ads
“Sehingga kini, saya tidak pernah menerima tawaran untuk mendapatkan gelaran tersebut. Malah, tiada seorang pun yang berpangkat Datuk berani ‘meminang’ saya juga,” selorohnya.
50 Tahun Dalam Seni, Tanpa Kejar Populariti
Walaupun tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar ‘Datuk’, Ogy bagaimanapun terharu kerana kerjayanya selama lebih lima dekad masih diingati ramai.
Ads
“Saya terharu ramai yang mengingati impak kerjaya saya dan bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang yang berprinsip.
“Bukan populariti yang saya inginkan tapi hasil kerja yang perlu diutamakan. Alhamdulillah, memang hasil kerja saya sentiasa berbicara,” katanya lagi.
Ads
Terbaharu, Ogy kembali menyumbang dalam industri seni dengan mengambil peranan sebagai pengetua Asian Pop Star, sebuah program realiti pencarian bakat baharu yang bakal bersiaran 29 November ini.
Program itu bakal mempertemukan 20 peserta terbaik dari seluruh Asia Tenggara yang bersaing merebut hadiah wang tunai USD20,000 dan biasiswa seni persembahan di ASWARA dan Korea Selatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Nelydia Senrose menjadi sorotan peminat selepas suaminya, Hafez Halimi, dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Dihormati membawa gelaran Datuk.
Anugerah tersebut disampaikan sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam sebuah majlis rasmi yang berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, pada Sabtu.
Berita menggembirakan itu turut dikongsikan Nelydia, atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, menerusi hantaran di Insta Stories miliknya.
Sebelum itu, jurusolek terkenal Rozlan Nasir terlebih dulu berkongsi hantaran berkenaan sebelum ia dikongsikan (repsost) kembali oleh Nelydia.
Menerusi foto yang dimuat naik, Nelydia tampak anggun mengenakan persalinan kurung moden dan sopan ayu berhijab.
Rozlan turut mengucapkan tahniah atas gelaran yang diterima suaminya. Malah, ramai peminat yang turut menitipkan ucapan tahniah sejurus ia dikongsikan di media sosial.
Sementara itu, kakak Nelydia yang juga pelakon, Uqasha Senrose tidak ketinggalan menyampaikan dedikasi manis kepada adiknya itu.
“Datin sangat cantik… Saya turut gembira untuk awak,” tulisnya di Insta Stories.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio THR Gegar, Fizie Roslan, berkongsi pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan apabila dia pernah diserang buasir pada malam pertama Aidilfitri lalu.
Pengalaman menyakitkan itu membuatkan dia sukar menjalani rutin harian seperti biasa, menjelang musim perayaan.
“Rasa seperti disula dengan sebatang kayu, sakit dan peritnya hanya Allah yang tahu. Saya tak malu nak berkongsi. Saya alami buasir luar, memang sakit.
“Sebelum ini saya memang rasa segan untuk berkongsi cerita, tanyalah isteri. Sebab dalam tempohlima ke enam tahun, nak jumpa doktor pun mungkin sekali.
“Kalau demam sekali pun, kita beli sendiri ubat. Cuma tahap kesakitan yang saya alami (buasir) ini, menyebabkan saya ambil keputusan untuk jumpa doktor,” katanya.
Malah tambah Fizie, kesakitan yang dialaminya itu cukup menyeksakan hingga membuatkan dia trauma untuk makan kerana bimbang jika terpaksameneran untuk membuang air besar.
“Ada satu ketika waktu di konti radio, saya terpaksa menggunakan bantal untuk duduk.
“Pelbagai produk telah dicuba, namun tidak berkesan sehingga saya bertemu dengan Dr Afif dari Pusat Rawatan Al Farhain, yang mencadangkan suplemen EnerVast.
“Selepas amalkan produk ini selama dua bulan ini, alhamdulillah masalah buasir saya selesai,” katanya lagi.
Sementara itu, Dr Afif Mohd Ridzwan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain menjelaskan, EnerVast dibangunkan hasil penyelidikan (R&D) mendalam terhadap pelbagai kes berkaitan masalah metabolik, gaya hidup dan pemakanan.
“Produk ini diformulasi khas menggunakan dua bahan utama iaitu ekstrak daun senna dan halia bara, bahan semula jadi yang sudah lama dikenali dalam perubatan tradisional.
“Apa yang membezakan EnerVast adalah gabungan dos yang tepat, diproses mengikut kepakaran perubatan modentanpa memberi kesan sampingan seperti cirit-birit atau kekejangan.
“Ia terbukti memberi kesan positif seperti pembuangan lancar, pembersihan usus serta pengurangan toksin dalam masa singkat, sekali gus menyokong sistem metabolik yang sihat.
“Produk ini sesuai untuk mereka berumur 13 tahun ke atas, termasuk ibu menyusu dan individu yang mempunyai masalah penghadaman.
“Saya percaya dengan harga mampu milik RM39.90 untuk penggunaan 15 hari, EnerVast semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna yang menitikberatkan kesihatan usus,” katanya.
Melihat sambutan yang luar biasa, pihak syarikat kini merancang untuk melancarkan variasi baharu seperti EnerVast Advance atau EnerVast Plus dengan formulasi yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan pasaran lebih luas.
Dalam pada itu, Pusat Rawatan Al Farhain yang ditubuhkan pada awal tahun 2020, kini mempunyai 11 cawangan klinik, antaranya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Selain itu, rangkaiannya juga terdiri daripada tiga farmasi di Jeli, Kok Lanas dan Tunjong, serta dua pusat dialisis.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menunjukkan komitmen luar biasa dalam misi kemanusiaan menerusi Yayasan Nurjiwa, apabila konsisten menyalurkan bantuan makanan kepada 10,000 rakyat Palestin setiap hari.
Menurut penyanyi ini, sumbangan makanan diagihkan dua kali sehari (siang dan malam), melalui wakil yang berada di sana.
“Alhamdulillah, kami dapat terus menyalurkan sumbangan kepada saudara kita di Palestin terutamanya dalam menyalurkan makanan kepada mereka setiap hari.
“Meskipun makanan masih dalam bentuk bijirin dan kekacang, makanan disalurkan secara berterusan dua kali sehari menerusi wakil kami di sana,” katanya.
Penyanyi yang kini muncul menerusi single Menamakanmu Cinta itu berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty, pada Jumaat.
Siti pada masa sama berterima kasih atas kepercayaan dan sumbangan orang ramai yang menjadikan misi kebajikan ini terus berjalan lancar.
“Yayasan juga sentiasa memastikan ketelusan dengan berkongsi setiap aktiviti dan perkembangan semasa.
“Yayasan memang akan kongsikan setiap aktiviti yang kami lakukan kepada orang ramai dan ia tidak cuma di Palestin sahaja.
“Kami juga turut membantu mana-mana pihak yang memerlukan dalam negara.
“Sebagai contoh, sumbangan makanan turut kami berikan kepada pelajar-pelajar universiti yang berada dalam kategori B40 di Institusi Pendidikan terpilih setiap Jumaat,” katanya.
Sementara itu, pihaknya turut mengambil langkah lebih jauh apabila bekerjasama dengan Inayah Beauty dalam projek membaik pulih masjid di Palestin dengan kos RM300,000 sempena Ramadan lalu.
Pelaksanaan projek ini diuruskan oleh wakil Yayasan yang menetap di kawasan terbabit.
“Projek membaik pulih masjid ini akan dilaksanakan oleh wakil Yayasan Nurjiwa yang menetap di kawasan tersebut.
“Yayasan Nurjiwa sebelum ini turut menubuhkan sebuah sekolah kanak-kanak di Gaza, Afwa Al-Afiyah, sebagai sebahagian daripada misi pendidikan dan perlindungan jangka panjang,” jelasnya.
Sementara itu bagi Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Latifi, majlis penyerahan ini bukan sekadar simbolik, malah membawa mesej penting buat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, untuk terus mengingati dan membantu mereka yang sedang diuji di bumi bergolak.
“Palestin menjadi fokus tahunan buat Inayah Beautybukan sahaja kerana ikatan solidariti global, tetapi kerana krisis kemanusiaan di sana antara yang paling kritikal dan berpanjangan di dunia.
“Pelanggan kami gembira apabila mengetahui setiap pembelian mereka menyumbang kepada misi ini. Ia menjadikan produk bukan sekadar keperluan kecantikan, tetapi juga satu bentuk amal.
“Inayah Beauty berharap agar usaha ini menjadi inspirasi buat lebih banyak syarikat tempatan untuk menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing sama ada melalui sumbangan wang ringgit, doa mahupun penyebaran kesedaran di media sosial.
“Kami percaya, sekecil mana pun usaha, ia tetap memberi makna besar buat mereka yang memerlukan. Kami juga berhasrat untuk menjadikan misi ini sebagai inisiatif tahunan agar lebih banyak manfaat dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut turut dimeriahkan kehadiran wajah wakilan Inayah Beauty seperti Fasha Sandha, Bella Astillah, Elisya Sandha, Watie Hanifiah, Intan Ladyana, Intan Najuwa serta ahli politik muda Syed Saddiq.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan pemergian tragis bekas bintang kanak-kanak Nickelodeon, Kianna Underwood, yang maut selepas terlibat dalam insiden langgar lari di Brooklyn, New...