Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang juga anak sulung kepada mantan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menulis reaksi ringkas mengenai situasi politik semasa, menerusi di Instagram Story.
Kenyataan berkenan turut dillampirkan tangkap layar perbualan grup WhatsApp ‘KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA’, yang memaparkan mesej daripada bapanya iaitu; “Saya sedia dipecat… tetap tidak akan bersama PH (Pakatan Harapan)”.
“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” tulis Nina yang juga kakak kepada penyanyi Dafi pada hantaran berkenaan.
Ads
Terdahulu, pendirian Ismail Sabri yang sanggup dipecat daripada parti dan gagasan Barisan Nasional (BN) itu mendapat respon positif daripada beberapa pemimpin parti UMNO.
Antaranya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga bekas ahli parlimen Pasir Salak serta Dato’ Yahaya Mat Ghani (Dato’ Abbas), Ketua UMNO Bahagian Batu.
Ads
Awal hari ini, pendirian sama turut dibuat bekas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menolak kerjasama BN dengan PH dan rela dipecat daripada terpaksa menerima sebarang kerjasama dengan mereka.
Ads
“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya.
Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sudah pun diumumkan sebaik selesai hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SAMM37) yang berlangsung pada Sabtu.
Salah satu lagu yang ‘sangkut’ ialah Terus Hidup ciptaan sepenuhnya oleh penyanyinya sendiri, Aina Abdul.
Dalam keterujaan Aina meraikan perkara itu, timbul pula perkara kurang enak apabila ada netizen mendakwa timbul isu ‘conflict of interest’ apabila salah seeorang barisan juri profesional yang mengadili lagu-lagu pada SAMM37 iaitu Jenny Chin merupakan ‘arranger’ (susunan muzik) kepada karya Terus Hidup.
Menjawab persoalan itu, Aina berkata isu itu tidak timbul memandangkan pihak TV3 mengetahui mengenai hal tersebut dan menyifatkan Jenny seorang yang sangat profesional dalam melakukan tugasannya.
“Saya tidak rasa benda itu jadi isu sebab saya percaya TV3 tidak akan sebarangan panggil Kak Jenny, malah mereka pun tahu siapa Kak Jenny (peranan dalam lagu Terus Hidup).
“Saya memang dah agak orang akan cakap macam itu sebab bila Kak Jenny cakap dia akan jadi juri, saya gembira untuk dia sebab dia dah lama dalam industri dan baharu kini dia dapat terlibat dalam penjurian AJL.
“Dia hanya melakukan tugasnya sahaja dan saya tidak rasa benda itu ‘conflict of interest’,” kata Aina kepada MH.
Lagu Terus Hidup layak bersama 11 finalis lain antaranya, Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos, Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone), Nang (Iman Troye), Mainan (Naim Daniel), Payung Pelangi (Noki & MK K-Clique), Sengsara (Khai Bahar) dan Irama (Shiha Zikir).
Turut bersaing, Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Dayang Nurfaezah & Amir Masdi (Debu) dan Liza Hanim & Shila Amzah (Bahagiakan Dia).
Kesemua 30 lagu yang bertanding di SAMM37 diadili barisan juri profesional iaitu Damien, LY, Azlan Abu Hassan, Jenny Chin, Cikgu Shafi dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.
AJL37 bakal berlangsung pada 12 Februari depan di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menafikan dia berdepan masalah nafas yang pendek ketika menyanyi sejurus disahkan positif COVID-19 sekitar tiga bulan lalu.
Jelas Siti, 43, meski sudah sihat, namun kesan terhadap masalah pernafasan itu sedikit sebanyak mengganggu kualiti nyanyiannya ketika membuat persembahan terutama apabila mengalunkan lagu bernada tinggi.
“Saya cuba untuk dapatkan balik semangat itu, dari awal mula latihan dari segi nyanyian dan sebagainya. Setakat ini alhamdulillah berbaloilah saya rasa. Yang penting suara saya tak hilang, itu sahaja.
“Daripada sesi ‘sound check’ dan latihan bersama pemuzik saya buat ‘all out’ sebab mahu kuatkan dada (pernafasan dan paru-paru). Memandangkan konsert berjalan selama dua jam, begitu juga ketika sesi latihannya.
“Alhamdulillah, saya mengharapkan itu sahaja. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik berkat sokongan semua,” katanya syukur.
Siti berkata demikian ketika ditemui sejurus Konsert Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza di Plenary Hall, KLCC, hari pertama, pada Sabtu.
Sementara itu, Siti yang disahkan menghidap Mild Bronchitis pada September lalu turut memberitahu dia kini perlu lebih menjaga pemakanan dan melakukan aktif sihat demi stamina.
“Bila menyanyi kita menggunakan pernafasan, terutamanya paru-paru. Sebab itulah untuk saya kalau alami batuk dan selesema saja pun dah teruk, perkara yang paling saya tak mahu kena.
“Apatah lagi bila diserang Covid-19, alami batuk berpanjangan. Gejala selepas itu, untuk saya sekiranya ambil makanan yang boleh menyebabkan batuk, memang malam saya seperti kena asma. Dia jadi begitu.
“Jadi memang betul-betul kena jaga. Sebab itulah ambil inisiatif dengan melakukan aktiviti sukan, misalnya Muay Thai demi mengembalikan stamina, termasuk pernafasan.
“Sebab selepas terjangkiti Covid-19, memang pernafasan saya pendek. Nak menyanyi, nak ‘tarik’ pun susah sangat. Terutamanya kalau penyanyi, kita punya aset adalah suara. Kalau paru-paru kita tak kuat memang akan vokal tak boleh nak capai tinggi.
“Sebab itulah saya berusaha untuk kembalikan balik ‘vocal range’ yang saya boleh capai dan sebagainya. Cuma ia akan ambil masa. Setakat ini alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan selepas melakukan latihan dan aktiviti sihat.
“Malah Aubrey pun ada cakap keadaan saya semakin baik berbanding sebelumnya. Kiranya ia lebih baik daripada persembahan saya yang terdahulu. Kalau kita susah nak tarik nafas untuk lontarkan vokal tinggi, memang ‘pitching’ pun akan ‘huru-hara, ‘shaking’ dan sebagainya,” kata Siti lagi.
Terdahulu, Konsert Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dibawakan oleh Yayasan Nurjiwa ini menyaksikan Siti menyanyikan kira-kita 20 buah lagu popularnya sejak berkecimpung dalam dunia seni lebih dua dekad lalu.
Menariknya, Siti turut menampilkan Datuk Awie sebagai jemputan sekaligus mereka tampil berduet bagi lagi Baldu Biru dan pantun budi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir setahun membuat persiapan rapi, kumpulan wanita baharu, Stellar akhirnya melakukan debut mereka menerusi single pertama yang berjudul Where You Wanna Go.
Bukan sekadar mahu menjadi penghibur, Stellar juga sebaliknya berhajat memperkasa golongan wanita pada zaman sekarang.
Menurut salah seorang anggotanya, Farisa, lagu ini sarat dengan mesej untuk menaikkan semangat para wanita agar mereka berasa ‘berkuasa’ bagi menentukan kehidupan mereka sendiri.
“Sesetengah wanita, ada kalanya mereka sering teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan. Rasa ragu-ragu selalu membataskan mereka untuk menjalani kehidupan seharian.
“Jadi, lagu ini secara keseluruhannya mengajar kita untuk sentiasa yakin dengan diri. Antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti ‘Akulah ratu, dan raja sekali’. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik.
“Asalkan kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk menghadapi apa pun dugaan hidup yang mendatang,” katanya mewakili Stellar.
Dalam pada itu, Stellar turut mendedahkan mereka sudah bersedia daripada segi mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan sama ada mereka bakal disukai atau tidak menerusi single pertama ini.
“Kami memang sudah bersedia dari segi mental. Sejak kami buat keputusan untuk terjun ke dalam industri, kami sudah tahu yang ini merupakan antara cabaran yang harus kami lalui.
“Ahli keluarga kami juga faham dengan situasi ini. Orang luar bebas untuk bercakap apa sahaja. Komen-komen yang baik kami akan terima. Kalau yang berbaur negatif pula, mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” kata seorang lagi ahli kumpulan Stellar, Hasya.
Dalam pada itu, Stellar juga menyuarakan keyakinan bahawa mereka juga mampu bersaingan dengan kumpulan-kumpulan wanita lain yang telah terlebih dahulu menempa nama sebelum mereka.
Kami akui kumpulan wanita memang sedang menjadi trend. Mereka juga inspirasi kami. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kami? Saya yakin kumpulan ini boleh pergi jauh.
Kalau orang luar nak banding-bandingkan kami dengan kumpulan lain. Itu terserah mereka. Realitinya kami memang ingin bersaing tetapi secara positif.
“Dulu kami tubuhkan kumpulan ini hanya suka-suka tetapi bila diberikan peluang seperti ini, kami tidak mahu persiakan. Kami berkawan sejak sekolah dan kami seronoknya untuk berjuang bersama-sama,” tambah Farisa lagi.
Sementara itu, tanpa berselindung, Stellar juga mendedahkan mereka mempunyai impian agar nama mereka terus dikenali di seluruh dunia satu hari nanti.
“Jauh disudut hati, saya mahu Stellar dikenali sehingga peringkat global. Saya yakin dengan perkara ini.
“Kami ada memasang impian untuk membuat persembahan di festival muzik popular dunia, Coachella. Tak salah pun nak bemimpi. Ia impian jangka masa panjang kami,” kongsinya Hasya lagi.
Terdahulu, Where You Wanna Go merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Shazee.
Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 25 November lalu dan boleh didengari menerusi seluruh platform penstriman muzik.
Manakala muzik video oula sudah boleh ditonton di saluran Youtube Stellar Official VEVO.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.