Gambar tersebut telah menerima lebih 21,000 tanda suka setakat ini malah turut dihujani respon pelbagai daripada netizen termasuklah yang berbaur lucah.
Ads
Ads
Dalam pada itu, terdapat juga segelitir pihak yang memuji sambil menyifatkan tubuh badan Ilya persis aktres Hollywood.
Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan melawat keluarga Allahyarham Zaibo di Rengit, Batu Pahat, Sabtu lalu.
Tunku Tun Aminah bersama suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah turut meluangkan masa melawat pusara Allahyarham Zaibo.
Allahyarham atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, merupakan pelakon veteran dan pelawak, meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat kanser esofagus.
Terdahulu, keberangkatan tiba Tunku Tun Aminah bersama suami disambut oleh isteri arwah, Siti Hawa Sawal.
Tunku Tun Aminah dan suami meluangkan masa hampir satu jam sebelum berangkat pulang.
Sebelum ini, Tunku Tun Aminah pernah melawat Allahyarham di kediamannya setelah membaca kisah pelakon tersebut di laman media sosial.
Kelihatan ramai yang memuji puteri raja Johor di atas kemuliaan hatinya melawat Allahyarham.
Zaibo pernah membintangi sitkom Malaysia Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti Magika fantasi 2010 dan Awan Dania The Movie pada tahun 2013.
Arwah juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.
Foto: The Royal Johor Facebook
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Kila Fairy menegaskan tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti keganasan terhadap haiwan.
Katanya, dia bukanlah seorang yang biadap tetapi apabila bercerita mengenai keganasan terhadap binatang, secara automatik dia akan menjadi tegas.
Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Kila menerusi laman Twitter miliknya.
I am not rude. But when it comes to animal abuse ke apa apa berkaitan dengan binatang, i can be the biggest bitch. So do not argue with me pasal animal rights. I will fuck you up.
“I am not rude. But when it comes to animal abuse ke apa-apa berkaitan dengan binatang, I can be the biggest bitch. So, do not argue with me pasal animal right. I will fuck you up,” tulisnya.
Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas kepada siapa kenyataan itu ditujukan, rata-rata menganggap Kila seperti menegur pelakon, Nelydia Senrose yang dilihat memuat naik gambar melakukan aktiviti bersama ikan lumba-lumba.
Di ruangan entri Nelydia itu, Kila turut memberi tahu, kebanyakkan ikan lumba-lumba tersebut telah didera untuk menjadi cekap.
Namun, Nelydia berindak menafikan dakwaan tersebut
Dalam pada itu, para netizen turut dilihat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Kila itu.
Sememangnya isu ini menjadi perdebatan hangat diantara pencinta haiwan. Apa-apa pun, kita fikir yang positif sahaja. Nelydia pun sudah menerangkan bahawa haiwan-haiwan disana telah dijaga dengan baik.
Foto: Twitter Kila Fairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jika dapat dilihat, program keagamaan seperti Pencetus Ummah (PU) bukan sahaja dapat melahirkan para ilmuwan celik agama, malah mereka juga boleh dikategorikan sebagai pelakon.
Mana tidaknya, lihat sahaja Pu Azman, PU Amin dan terbaru Pu Riz yang juga muncul dari program sebegitu.
Riz ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara baru-baru ini, dia mengakui bahawa rezekinya selepas keluar dari program itu semakin luas.
“Mula-mula lepas keluar dari program PU tu tak banyak dapat tawaran ceramah mana-mana seperti PU lain, tapi mungkin rezeki sebab mereka (pihak produksi) kata saya ada rupa, why not pergi line (bidang lakonan) untuk mana-mana drama/filem,”katanya kepada MH.
Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata,dia pernah menerima tawaran belakon yang mencabar dan diluar batasnya sebagai seorang PU, namun dia memberanikan suara untuk berbincang baik dengan pengarah.
“Saya pernah diminta untuk melakonkan watak perogol dalam sebuah drama ni (dirahsiakan), tapi saya tolak tawaran itu dan bincang baik-baik dengan pengarah drama itu kerana orang kenal saya seorang penceramah dan lahir dalam program agama macam tu,” jelasnya yang berasal dari Selangor itu.
Menggunakan tagline ‘kematian tak kira masa, amal kita jaga’ semasa program PU itu, dia mempunyai batas sebagai seorang lelaki Islam ketika berlakon.
“Saya dikenali dari program keagamaan (Pencetus Ummah), nak lebih2, tak boleh, kena jaga batas.. Jadi babak rogol itu ditukarkan kepada babak bergaduh mulut dan aksi sahaja.. Kita ikut peraturan dan jalan Allah, Insyallah rezeki akan lagi bertambah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Riz akan belakon menerusi drama bersiri Selafaz Cinta yang dibarisi pelakon Shaharul Ridzwan, Puteri Aishah, Syatilla Melvin dan ramai lagi yang mula ditayangkan pada 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Foto : Instagram PU Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.