Sebagai seorang penyanyi baru, Layla Sania memberitahu bahawa dirinya cuba untuk terus komited dan fokus terhadap karier seni nyanyian yang diceburinya seawal usia kanak-kanak.

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, remaja berusia 19 tahun ini turut memiliki kebolehan menyanyi dan bertutur dalam Bahasa Mandarin dengan baik.

“Betapa Berbaloi…,” – Komited & Fokus, Layla Sania Tak Rasa Rugi Korban Masa Remaja Untuk Bergelar Penyanyi “Betapa Berbaloi…,” – Komited & Fokus, Layla Sania Tak Rasa Rugi Korban Masa Remaja Untuk Bergelar Penyanyi

Meski sudah melibatkan diri dalam dunia nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, Layla atau nama sebenarnya, Layla Sania Khairuzikri tidak rasa menyesal apabila terpaksa mengorbankan zaman remajanya semata-mata demi karier.

“Tidak ada rasa rugi, tapi kadang-kadang saya ada juga tertanya-tanya dengan diri kenapa kawan-kawan boleh luangkan masa mereka sebagai remaja.

IKLAN

“Tetapi saya pula kena sentiasa duduk depan komputer, buat lagu ‘cover’ dan sebagainya.

“Kawan-kawan saya boleh keluar lepak bersama setiap minggu, tapi saya tak boleh. Namun sekarang saya sedar betapa berbaloi usaha saya selama ni, Alhamdulillah,” katanya.

IKLAN

“Betapa Berbaloi…,” – Komited & Fokus, Layla Sania Tak Rasa Rugi Korban Masa Remaja Untuk Bergelar Penyanyi “Betapa Berbaloi…,” – Komited & Fokus, Layla Sania Tak Rasa Rugi Korban Masa Remaja Untuk Bergelar Penyanyi

Dalam pada itu, Layla memberitahu, ibu bapanya juga tidak pernah menghalang dan sentiasa memberi galakan.

IKLAN

“Sebenarnya mak dan ayah tak pernah halang untuk saya capai impian. Macam ayah, saya dia seorang pemuzik, pelukis. Jadi saya membesar dalam keluarga yang sukakan muzik.

“Dari saya kecil lagi memang saya suka menyanyi. Sebenarnya dulu saya punya cita-cita nak jadi cikgu tapi bila menang dalam satu pertandingan nyanyian ni dulu terus saya rasa nak jadi penyanyi,” kata pelajar ini lagi.

Pelbagai kisah menarik lain yang turut dikongsikan oleh Layla Sania.

Foto: Instagram Layla Sania

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI