Bagi insan yang bergelar seorang ibu tunggal, pasti akan memahami dan merasai perasaan yang dialami pelakon cantik, Rita Rudaini.
Baru-baru ini, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar ada berkongsi pengalaman sepanjang bergelar seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak.
“Rasa bertuah di pilih utk besar kan anak2 sorg2 tanpa bantuan sesiapa ada yg bercerai tp anak2 masih di biaya bapa,duit sek,perayaan ,tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa,beruntungnya mereka alhamdulillah…
“tp sy sebalik nya…tanggungan penuh atas bahu sy dr mereka kecil sampai sekarang,sek,perayaan, tempat perlindungan dan mcm2…sy bersyukur sbb DI PILIH jd begini…ini bahagian sy…ini anak2 kandung darah daging sy..mana mungkin sy berkira kira.
“susah senang yg sy tanggung sy percaya akan ada kejayaan dan manis menunggu di depan….biar lah kami xmewah tp hati kami bahagia…sy xrasa susah mencari rezeki sorg2 ..penat?,” tulis Rita.
Pada masa sama, Rita turut menyatakan rasa bahagianya apabila dapat berkongsi rezeki sama anak-anak.
Ads
“Ye itu biasa…tp bila dpt menyuap rezeki yg sy cari ke mulut anak2,sy bahagia,hilang penat lelah….sy rasa ibu tunggal di luar sana pon merasa benda yg sama mcm sy..ada rezeki besar ada rezeki kecik tp itu xmenjadi masalah asalkan anak2 besar dgn gembira…
“sy ..seorg ibu yg sanggup ikat perut demi anak2..sy….ketepi kan baju raya,keperluan sy,jodoh? Jauh skali utk sy fikir..smuanya demi anak2..kerana bahagian sy dah lepas…masa depan utk diri sy dah lepas…dan masa depan sy cuma mereka,RYAN dan ARJUNA…SELAMAT HARI BAPA UTK IBU2 TUNGGAL,”kongsi Rita panjang lebar.
Dalam pada itu, peminat telah menitipkan kata-kata semangat kepada pelakon berusia 45 tahun itu untuk terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Ads
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Pelakon dan pengacara Syafiq Nazri menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Nadia Azlan Shah telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Rabu di sebuah hospital swasta dia Putrajaya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu lagi, bayi lelakinya itu telah dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 1.42 petang.
“Assalamualaikum aunties dan uncles, nama saya Zayn Idrees. Saya lahir pukul 1.42 pm dengan berat 3.3kg,” tulisnya.
Menerusi posting yang sama, Syafiq turut memaklumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Zayn Idrees.
“And i love lots and lots of hugs. Special thanks to the doctors and nurses sebab baik sangat dengan mummy saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Nadia turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan bayi serta dirinya di ruangan Instagram stories.
“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang mendoakan Nadia. Maaf sebab tak dapat balas satu per satu.
“Amin atas doa kalian dan Nadia doakan semoga semua itu berbalik kepada kepada anda semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian juga.
“Untuk mommy yang tengah menunggu hari, good luck jangan pernah stop atau lupa untuk berdoa. Minta semuanya dipermudahkan,” ujarnya.
Sekadar informasi, Syafiq dan Nadia telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 19 Mac 2017.
Pasangan ini juga telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dahlia Sumayyah yang kini baru barusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto : Instagram Syafiq Nazri & Nadia Azlan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadhir Nasar menyifatkan kerja kerasnya bersama seluruh tenaga produksi membuahkan hasil selepas filem pendek arahannya, Villa Rosli berjaya tercalon sebagai 10 karya terbaik di acara BMW Shorties 2022.
Menurut Nadhir, karya ini adalah percubaan pertamanya sebagai pengarah.
“Saya sememangnya sangat bersyukur dengan pencapaian ini. Ini adalah karya pertama arahan saya.
“Tercalon sebagai 10 terbaik daripada 93 buah filem pendek seluruh Malaysia merupakan satu penghormatan buat saya. Kerja keras kami membuahkan hasil,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, percubaan pertamanya ini telah membuka matanya untuk terus menimba ilmu bagi menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti.
“Antara cabaran untuk menyiapkan projek filem pendek ini adalah untuk mengumpulkan seluruh team produksi. Kebanyakkan mereka adalah rakan-rakan pelakon dan kawan-kawan sewaktu di universiti.
“Kami tiada pengalaman yang luas untuk membikin filem. Sebagai orang baru yang nak mengarahkan filem pendek, banyak lagi yang harus saya belajar,” ujarnya lagi.
Nadhir berkata sedemikian ketika ditemui pada malam Anugerah BWM Shorties 2022 yang berlangsung di Rex KL, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Meskipun tidak memenangi sebarang anugrah pada malam tersebut, juara program Hero Remaja 2020 ini tetap optimis karya-karyanya akan tampil lebih matang selepas ini.
“Sudah tentu kami memasang impian untuk memenangi sesuatu pada malam tersebut. Villa Rosly tercalon untuk beberapa kategori akhir seperti lakon layar terbaik, pelakon lelaki terbaik dan anugerah khas juri.
“Namun, rezeki kami hanya sampai top 10 sahaja tetapi saya percaya ia tidak akan terhenti hanya sampai di situ. Saya berjanji akan kembali dengan karya-karya yang lebih baik,” katanya lagi.
Walaupun sudah menceburkan diri dalam bidang pengarahan, Nadhir memaklumkan dirinya akan tetap menghormati cara kerja pengarah dalam setiap naskah lakonannya.
“Setiap pelakon dan pengarah punyai karaktor yang berbeza. Sebagai pelakon, ketika di set penggambaran, kita memang kena 100 peratus ikut kehendak pengarah.
“Sudah pasti kita akan berbincang sebelum membuat apa-apa keputusan. Kita tak boleh ikut kepala sendiri.
“Saya tahu isu ini selalu timbul bila pelakon itu punyai production house sendiri. Mereka gemar untuk mengawal team produksi yang mereka sedang bekerja.
“Tindakan itu tidak betul. Kita kena belajar sesuaikan diri. Hidup di dunia ini bukan untuk kita sahaja. Kena belajar untuk bekerja dengan orang lain juga,” akhirinya.
Terdahulu, Villa Rosli merupakan sebuah filem pendek berdurasi hampir 15 minit yang membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Shaza Bae, Mia Sara dan Akmal Asyraf.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor Zahiril Adzim tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi yang kini berusia sembilan tahun mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.
Zahiril,38, berkata, dia dan isterinya, pelakon dan hos Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu.
“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat.
“Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya.
Bagaiamnapun, Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar menambah setakat ini, dia tidak nampak anak lelakinya itu cenderung ke arah bidang seni.
“Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera.
“Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf,” katanya.
Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan.
“Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.
“Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka.
Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril akui, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu.
Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Watak sebagai pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan.
“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya.
Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya.
“Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter.
“Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula.
“Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini,” katanya.
Berkongsi cabaran, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu.
“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12.
“Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran.
“Setiap kali berlakon dalam filem aksi, saya tidak boleh mengelak mengalami lebam di tangan dan calar di kaki atau sakit badan.
“Begitu juga dalam filem Siku 12. Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti peninju sebenar beraksi di gelanggang.
“Antara cabaran lain dihadapi ialah saya perlu menguasai dialek Siam untuk menjiwai karakter A Wut. Mujur saya dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya.
Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Dimas Anggara mengaku menampar pelakon muda, Kiesha Alvaro ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri Jalinan Terlarang, baru-baru ini.Dimas tampil membuat permohonan...