Ads

“Abah Pernah Marah, Sebab Aku Nak Pergi Shah Alam Naik Motor Dari Kelantan,” – Issey Dedah Memori Arwah Bapa Seminggu Sebelum Kematiannya

Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham ada berkongsi memori indah bersama Allahyarham bapanya, Mat Hussin Hassan Gul.

Perkongsian tersebut antara lain merakam kenangan sekitar tahun 2006 lalu, saat bintang itu baru sahaja memulakan pengajian di IPTA.

Ads

“2 March 2006. Abah pergi tinggal aku. Masa tu aku baru masuk Uitm. Abah pernah marah aku, sebab aku nak pergi Shah Alam naik motor (dari Kelantan). Aku pergi jugak. Keluar rumah aku nak salam pun dia macam marah lagi.

“Tapi, walaupun abah marah, esok tu abah call aku, dia tanya, ‘motor ok ke? Ok tak perjalanan’.

Ads

“Aku tahu, perjalanan aku dari Kb – Shah alam masa tu diiringi doa abah. Dan seminggu selepas itu, abah pergi tinggalkan kami semua. Al-fatihah abah. Mat Hussin bin Hassan Gul (1943-2006),” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Ads

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata turut bersedih atas kehilangan bapanya selain turut sedekahkan al-Fatihah.

Foto: Instagram Issey Fazlisham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kena Sentiasa Bersangka Baik,” – Lisa Surihani Kongsi Hikmah Di Sebalik...

Pelakon Datin Lisa Surihani meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan ibadah haji pada usia 40 tahun akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
error: Hello. Cannot.