Penyanyi dan penulis lagu, Aizat Amdan mengakui jarang meluangkan masa bersama arwah bapanya kerana sibuk dengan tuntutan kerja.

Bagaimanapun, dia tetap berasa syukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk menjaga bapanya itu sepanjang setahun terlantar sakit akibat angin ahmar.

“Saya mengaku saya memang jarang sangat luangkan masa dengan ayah saya selalu. Saya dulu takut dengan ayah saya ada jarak antara kami. Ayah saya seorang yang agak garang dan tegas.

“Tapi alhamdulillah tuhan telah berikan saya masa dalam satu tahun itu dia terkena stroke dan terlantar di atas katil. Saya kena jaga dia macam mana dia jaga saya sewaktu kecil. itulah doa yang sering kita baca dalam solat kita.

“Saya bersyukur saya dapat jaga dia, basuh najis dia dan mandikan dia. Bukan saya seorang sahaja tapi seluruh ahli keluarga saya,” katanya.

IKLAN

Aizat berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Video Muzik Angin Lalu & Mini Showcase Aizat Amdan di The Gardens Theater, Mid Valley pada Jumaat.

Tambah Aizat lagi, lagu Angin Lalu ini adalah luahan hatinya secara peribadi terhadap pemergian bapanya itu.

IKLAN

“Ini adalah luahan hati saya secara personal. Mungkin apabila ayah saya hilng tu, ramai orang yang betul-betul concern dan tersentuh.

“Kerana itu baru saya tahu impak ayah saya dengan orang lain,” katanya lagi.

IKLAN

Selain muzik video, lagu Angin Lalu ini turut disertakan dengan sebuah filem pendek yang sangat menyentuh hati dan ianya boleh ditonton di laman Youtube.

Terdahulu, Aizat turut menerima penghargaan daripada pihak Warner Music apabila lagu Sampai Ke Hari Tua menerima anugerah 4X Platinum.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI