Pejam celik, pejam celik, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bila pulang ke kampung halaman, selain bermain bunga api dan menikmati juadah yang lazat, antara aktiviti yang syok dilakukan bersama sanak saudara sudah tentulah ketika menonton rancangan-rancangan menarik di sepanjang lebaran ini.
Tak tahu nak menonton di mana? Jangan risau, NJOI tidak akan menghampakan korang. Jom Raya Ekstra Mega dengan pelbagai pilihan rancangan terbaik tempatan dan antarabangsa.
Senang cerita, kalau korang tak keluar beraya sekali pun, korang tidak akan bosan dengan adanya NJOI
Ads
Paling penting, anda boleh memilih untuk menonton pelbagai pilihan filem antarabangsa seperti Firestarter dan Minions: The Rise of Gru.
Selain itu, anda juga boleh berhibur dengan menonton telatah selebriti-selebriti tempatan menerusi rancangan-rancangan seperti Raja Lawak Warna, Spontan Balik Raya, Gegar Vaganza Raya, Bombastika Raya dan Astro Originals: The Liar.
Ads
Kesemua program ini boleh dibeli mengikut pakej-pakej pilihan anda dengan diskaun sebanyak RM10 di aplikasi My NJOI.
Tapi jangan risau, sekiranya anda bukan pelanggan NJOI, anda masih boleh membeli NJOI box di aplikasi membeli-belah atas talian, Shopee pada harga RM294 sahaja!
Ads
Lebih menarik, anda juga bakal menerima HD Pack selama 30 hari dan kredit bernilai RM30 secara percuma.
NJOI HD Box disertakan dengan 17 saluran TV & 26 saluran radio percuma untuk pelbagai kandungan seperti hiburan tempatan, antarabangsa, rancangan kanak-kanak, berita terkini dan aksi sukan. Fleksibiliti membeli mana-mana pek atau saluran NJOI Prepaid!
Jadi, tunggu apa lagi? Jom beraya sakan dengan Raya Ekstra Mega. Layari laman web NJOI untuk info lanjut dan ‘NJOI AIDILFITRI DENGAN KEMERIAHAN EKSTRA LUAR BIASYERRR!’
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh yang juga teman lelaki kepada Shila Amzah, iaitu Ubai menjelaskan penyanyi itu memerlukan ruang susulan isu hangat melibatkan rumah tangga ibu bapanya sejak minggu lalu.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli,25, berkata Shila kini sedang bercuti daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti seni.
“Dia sekarang berada dalam fasa bertenang. Malah dia juga lapang daripada melakukan aktiviti seni setakat ini sebelum menjayakan konsert solo di Singapura selepas raya.
“Pada mulanya dia terkejut bila peminat bertanya mengenai hantaran yang dilakukan ibunya di Instagram. Seingat saya ketika itu dia sedang bersiaran secara langsung (live).
“Jadi bila keadaan itu berlaku saya nasihatkan dia untuk kurang melihat komen di media sosial memandangkan isu tersebut sudah pun tular.
“Dia cuba untuk berbuat demikian meski ada ketika lihat juga komen-komen berkaitan. Saya nasihat agar dia positif, insyaAllah ada hikmah akan datang di sebalik apa yang berlaku,” katanya kepada MH.
Ubai pada masa sama cuba menjadi pendengar setia demi memastikan emosi Shila tidak terus terganggu.
“Kami maklum mengenai status hubungan di media sosial pun ada warganet yang memberi reaksi pelbagai. Kemudian timbul pula isu berkaitan dengan keluarganya pula hingga ia diperkatakan.
“Jadi untuk mengawal keadaan itu, dia banyak bertanya kepada saya. Kalau dia rasa dalam keadaan yang tak okay dia akan hubungi dan luahkan.
“Ada ketika saya bersama rakan-rakan lain akan berbuka puasa bersama dia. Kiranya kami cuba untuk buatkan dia tidak terlalu memikirkan hal yang sedang berlaku.
“Saya pesan kepadanya juga untuk sibukkan diri, isi masa dengan pelbagai aktiviti. Dia pun ada anxiety, jadi perlu untuk elakkan daripada berseorangan,” katanya lagi.
Terdahulu, ibu Shila, Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ di Instagram miliknya.
Hantaran itu seolah-olah menguatkan lagi spekulasi mengenai bapanya yang juga penyanyi ND Lala telah berkahwin lagi satu.
Sebelum ini, tular berita yang mendakwa seorang penyanyi lelaki senior yang dikaitkan telah berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda.
Bagaimanapun hasil tinjaun, hantaran tersebut telah pun dipadam Fauziah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit Michael Ang memanjatkan rasa syukur kerana tahun ini menjadi tahun kelima dia menjalani ibadah puasa seterusnya meraikan Aidilfitri sebagai seorang mualaf.
Sama seperti kebanyakan saudara baru yang lain, kemeriahan meraikan Hari Raya berjalan sempurna dengan keberadaan orang tersayang di sisi.
”Saya beraya sebagai mualaf sudah tahun yang kelima, alhamdulillah. Cuma mungkin saya bertuah kerana keluarga faham dan menerima.
“Malah kami sekeluarga dah pun merancang iaitu pada raya pertama, mereka akan kunjungi rumah saya, datang beraya sama-sama. Mak saya pun sudah ada di Kuala Lumpur.
“Lepas sembahyang raya, kami akan makan tengahari bersama. Saya yang masak,” katanya kepada MH ketika ditemui pada majlis istimewa Sweet Home di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsi mengenai cabaran sepanjang Ramadan, Michael yang sudah terbiasa di kelilingi dengan kenalan beragama Islam tidak berdepan situasi sukar melainkan isu kesihatan yang dialami.
“Untuk saya sendiri, cabaran itu tidaklah terlalu besar sebabnya saya jalani kehidupan seperti biasa saja. Kita tetap akan jadi diri kita, tak kiralah apa budaya yang kita amalkan.
“Cuma kenalah patuhi dan hormati setiap perkara yang tertentu sahaja. Cuma kadang saya ralat bila puasa. Sebab saya ada alami masalah Gerd dan sebelum ini pun pernah jalani pembedahan (masalah lain).
“Ada ketika saya tidak boleh berpuasa malah tahun lalu pun saya alami situasi gerd yang paling teruk. Sekarang doktor ada bekalkan ubat baharu dan nasihatnya, hanya boleh ambil selama 30 hari sahaja kemudian jangan ambilnya lagi.
“Dia bekalkan saya ubat tersebut kerana saya beritahunya mahu berpuasa. Tidaklah membantu 100 peratus, tetapi sekurang kurangnya ia mengurangkan masalah yang dialami,” katanya yang merancang untuk jalani pembedahan Gerd awal tahun depan.
Dalam perkembangan lain, kecintaannya terhadap dunia masakan membuka rezeki apabila dia dilantik sebagai duta jenama gula, Sweet Home.
Sweet Home Candied Products Sdn Bhd yang kini muncul sebagai antara pengeluar utama gula batu di Malaysia dan Asia Tenggara berbesar hati menjadikan bintang tersebut sebagai wajah wakilannya.
Pengarah Urusannya, Vincent Teh Chun Hwa berkata, perniagaan keluarga itu dimulakan dengan cara yang sangat sederhana oleh bapanya, Teh Sey Meng di Jinjang, Kepong, pada tahun 1974.
Awalnya syarikat dinamakan Teh Sey Ming Candied Melon Factory (TSM) dan sejajar perkembangan perniagaan, pada tahun 2000 syarikat ditukar kepada nama baru iaitu Sweet Home Candied Products Sdn Bhd (Sweet Home).
“Pada tahun 2010, kami berpindah ke kawasan perindustrian Rawang yang menempatkan pejabat lebih besar dan dilengkapi peralatan perkilangan yang lebih moden untuk meningkatkan lagi pengeluaran gula batu.
“Sejak syarikat ini diasaskan oleh bapa saya, kami sangat mengutamakan kualiti pengeluaran produk. Ia bukan saja menjadi pelengkap kepada minuman dan makanan lain namun dijamin memuaskan hati pengguna.
“Selama 40 tahun kami bekerja tanpa jemu untuk mengeluarkan gula batu yang bermutu tinggi. Berserta pengalaman berpuluh tahun itu, kami kini pakar dalam bidang pengeluaran gula batu,” katanya.
Sementara itu, Wakil Pemasaran Sweet Home, Amirul Ashraf pula menambah, kejayaan syarikat kerana percaya adalah penting untuk memenuhi piawaian tinggi yang diperlukan oleh Industri Makanan Malaysia dan tiada kompromi dalam soal kualiti.
“Kenapa gula batu berbeza daripada gula halus biasa kerana ia memberikan rasa dan tekstur yang lebih baik apabila kita menggunakannya berbanding gula halus. Ia juga melalui proses penghabluran selama 168 jam (tujuh hari).
“Gula batu bukan saja lebih bagus untuk kesihatan daripada gula biasa tetapi ia juga menambahkan lagi keenakan kepada kesemua jenis juadah kerana keunikan rasanya.
“Berbanding pesaing, gula batu yang dihasilkan oleh Sweet Home mendapat sijil pengilangan gula batu yang disahkan FSSC22000 di Malaysia dan kami juga merupakan pengeluar gula batu pertama disahkan halal oleh JAKIM,” katanya.
Sweet Home turut mengeluarkan minuman Longan dan Halia serta Rock Sugar, Brown Sugar, Yellow Rock Sugar dan Honeycomb Sugar.
“Kami adalah peneraju dalam keselamatan dan kualiti makanan. Pasukan Keselamatan Makanan dan Jaminan Kualiti kami terdiri daripada sekumpulan pakar dari setiap bidang keselamatan makanan, yang dilatih secara tetap dalam amalan terbaik.
“Falsafah keselamatan makanan kami ialah, jika kami tidak yakin dengan produk kami, kami tidak akan menjualnya kepada pengguna.
“Kami mempunyai sistem yang ketat yang diikuti dengan teliti dengan mengawasi pengauditan pematuhan, membantu dengan pelbagai pensijilan keselamatan makanan dan berinteraksi dengan semua agensi kawal selia untuk memastikan kami memenuhi keperluan kawal selia standard tinggi,” katanya lagi.
Dalam pada itu Michael akui dia mengenali jenama berkenaan setelah diperkenalkan ibu yang sering menggunakan produk Sweet Home dalam masakan dan juga minuman sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah menerusi perkongsian video terkininya di Instagram dilihat mengalirkan air mata sambil menyatakan isi hati susulan sudah tidak tahan berdepan dengan masalah rumah tangganya yang berpanjangan.
Puteri Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akui mahu memulakan hidup baharu sekaligus gus berharap agar suami, pengarah Syamsul Yusof dapat melepaskannya dengan cara baik.
Bercucuran Air Mata Puteri Sarah, Merayu Pada Syamsul; “Saya Juga Ada Keinginan Nak Bahagia, Rasa Kasih Sayang. Jadi Lepaskan Saya.”
“Sarah dah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narsistik macam ni. Semua doakan Sarah supaya saya dilepaskan dan diceraikan dengan cara yang baik.
“Kepada Mohd Shamsul, kalau awak nak ambil semua harta-harta awak, awak ambil. Saya tak nak. Saya ada kaki dan tangan, saya boleh bekerja tapi hak anak-anak jangan diabaikan.
“Saya sudah terlalu penat, dah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri, tak mendapat kasih sayang. Saya juga ada keinginan nak bahagia, merasa kasih sayang.
“Jadi lepaskan saya dan bagi saya move on untuk cari kehidupan saya macam yang awak cakap sebelum ini saya berhak cari kebahagiaan saya sendiri. Jadi lepaskan saya.
“Saya dah penat berlawan dengan awak. Jadi, awak nak menang, awak menanglah Mohd Shamsul. Nanti jawab di akhirat,” katanya.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih sejuta tontonan di Instagram disusuli dengan berbelas ribu komen ditinggalkan peminat dan rakan artis.
Sementara itu menerusi hantaran berbeza, Sarah turut menjelaskan dia memadam posting terdahulu bukan kerana takut, tapi penat berdepan dengan isu krisis rumah tangganya.
Malah dia juga mahu perkahwinannya yang dianggap toksik bersama suaminya itu berakhir dengan segera.
Imbas kembali, Puteri Sarah dan syamsul bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!