Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan akan mengadakan konsert jelajahnya yang diberi nama ‘Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour’ dengan kerjasama Shiraz Project Sdn Bhd.

Ini dia antara informasi mengenai konsert istimewa dari penyanyi kesayangan ramai ini buat para peminatnya!

1. Difahamkan setakat ini, penganjur hanya mengumumkan 3 tempat yang terlibat iaitu Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura.

2. DS Siti Nurhaliza menerusi entri di laman Instagramnya, ada memaklumkan jualan tiket bermula 26 Disember ini.

IKLAN

3. Manakala harga tiket boleh didapati serendah harga RM105. Ini dia butiran harga tiketnya; Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze).

4. DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR, dengan kerjasama oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan menjadi siri jelajah berterusan selama 2 tahun.

5. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com.

IKLAN
View this post on Instagram

Sekitar sebelum sidang media #sitinurhalizaontour . “DATO' SRI SITI NURHALIZA ON TOUR", "ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan jelajah berterusan selama 2 tahun. Tiket konsert boleh didapati di www.mytickets.asia mulai 26 December 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.shirazprojects.com atau hubungi 012 2560082. . INFOMASI KONSERT Tarikh:  21 Februari 2019 Istora Senayan, Jakarta 2 Mac 2019 Singapore Expo, Singapura 16 Mac 2019 Arena Axiata, Kuala Lumpur Harga Tiket: RM1295 (Meet & Greet), 495 (diamond), 355 (Platinum), 255 Gold, 155 (Silver), 105 (Bronze) Tiket: www.myticket.asia Tiket Hotline: 03 8605 0196, 012 3695457 Laman web: www.shirazprojects.com Maklumat Hotline: 012 2560082 Instagram:  Shirazprojects @shirazprojects Facebook: Shirazprojects Hashtag:  #SitiNurhalizaOnTour . Artis Management: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. @ctdk Tajaan busana sidang media: Rizman Ruzaini @rizmanruzaini Solekan: Epie Temerloh @epie_temerloh Jurufoto: Kaki Foto @kakifoto_ .

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang tak sabar untuk mendapatkan tiket-tiket konsert bersebut.

IKLAN

Berita Paling Bahagia Buat Fans, TokTi Umum Konsert Skala Mega, Ini Dia 5 Info & Senarai Harga Tiketnya Berita Paling Bahagia Buat Fans, TokTi Umum Konsert Skala Mega, Ini Dia 5 Info & Senarai Harga Tiketnya

Kali terakhir Siti terlibat mengadakan konsert skala besar ialah pada April 2016 lalu, bersama Celcom dan Yonder Music iaitu Dato’ Siti Nurhaliza & Friend Concert di Stadium Negara.

Foto/Instagram: Datuk Seri Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI