Suami kepada pelakon popular, Mira Filzah, Wan Emmir Astar berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isteri telah selamat malahirkan cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Emir menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.

Menurut Emir, dia bersyukur kerana isteri serta anak lelakinya itu kini berapa dalam keadaan yang sangat baik ni tanpa sebarang komplikasi.

“Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik “Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

“Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat,” tulisnya.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Emir turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengirimkan doa yang baik-baik buat di sekeluarga sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

“Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik “Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik “Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.

“May Allah SWT bless and guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Emir dan Mira.

“Alhamdulillah, berehat secukupnya Mira Filzah.

“Tahniah, tak sabar nak tengok muka baby.

“Tahniah Emir dan Mira. Selamat berpantang.

IKLAN

“Congrats Ma dan Pa. Semoga menjadi anak yang soleh dak berbakti kepada ayah dan bonda.

“Alhamdulillah, tahniah Mira Filzah dan suami diatas kehadiran cahaya mata sulung,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik “Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik “Bergema Nyaring Tangisannnya…,” – Suami Maklum Mira Filzah Selamat Bersalin, Isteri & Bayi Dalam Keadaan Baik

Untuk rekod, Emir dan Mira telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 September 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Wan Emir Astar & Mira Filzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI